Powered by Blogger.

PANAS...ORANG GILA MENGAMUK LAGI

>> Wednesday, 14 April 2010

note:-
kehkehkeh...ini kes berat bhai...ini kes boleh jadi huru-hara...ini mesti FRU dah standby...ini kes perkauman bhai...ini kes ajaran perkasa perkakas umno...perghhh dasyat beb citer wa bawa dari hulu selangor...petang semalam umco bermesyuarat tergempar sebaik dengar je zaid bertanding...belum apa-apa dan goyang bhai...takut bayang sendiri bhai...hari ni pulak parti pembela kaum india pulak mengamuk...kehkehkeh woittttttt pergi mampos la ...wa tetap sokong dengan MIC...lu umno jangan la kacau daun...penyakit gila kalah...kehkehkeh
 
KUALA LUMPUR, 14 April — MIC akan mengadakan mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat (CWC) malam ini ketika muncul desas-desus calon disyorkannya tidak akan dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu - sehari sebelum BN dijadual mengumumkan calonnya.
“MIC adakan mesyuarat khas CWC pukul 10 malam ini... isunya berkaitan dengan soal calon,” kata pemimpin kanan MIC kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
Ini kali pertama dalam sejarah MIC mesyuarat tergempar CWC diadakan untuk menyatakan pendirian berhubung calon pilihan parti itu khususnya ketika pilihan raya kecil.


sumber Terkini...kehkehkehkeh....lagi panas beb
Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor hari ini memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mecalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya.
Tindakan itu dilihat menghangatkan lagi suasana apabila BN dijangka mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini.

Hampir separuh daripada ketua cawangan yang mewakili kira-kira 30 daripada 72 ketua cawangan hadir di ibupejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk meluahkan sokongan kepada Palanivel.

Menurut mereka jika cadangan supaya Palanivel dicalonkan ditolak oleh BN, tindakan itu sesuatu yang memalukan kepada MIC dan pemimpin parti itu.

“Kami tidak akan keluar mengundi jika calonnya bukan Palanivel,” kata K Allo Pillai, seorang penyokong akar umbi yang membayangkan BN mungkin dipulaukan.
Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, kika tuntutan mereka agara Palnivel dicalonkan ditolak.

"Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, “ kata Raily.

Beliau menjelaskan Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak semestinya dilahirkan di kawasan pilihan raya itu untuk diiktiraf sebagai anak tempatan.

"Dia (Palanivel) kenal siapa Ah Kaw, Ahmad dan Ramasamy di sini kerana telah berada 18 tahun di sini,” katanya.

Ditanya sama ada mereka akan menyokong calon MIC yang lain, Raily berkata: “Jawatankuasa pusat MIC telah memutuskan Palanivel sebagai calon Hulu Selangor dan perkara itu adalah muktamad.”

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER