Powered by Blogger.

SAKIT HATI CEMBURU UMNO BACA BERITA NI

>> Wednesday, 28 April 2010

Oleh:KetuaPolis

KUALA LUMPUR : PAS menyokong penuh pencalonan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sibu 16 Mei ini.

Ketua Peneranganb PAS Pusat, Idris Ahmad menyifatkan Wong sebagai pilihan terbaik untuk Pakatan bagi menambahkan lagi kerusi Parlimen di Sarawak.

"Pada masa ini Pakatan hanya mempunyai seorang ahli parlimen sahaja dari Sarawak iaitu Chong Chieng Jen bagi Parlimen Bandar Kuching.

"Walaupun Wong tewas kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang menang dengan majoriti 3,549 namun DAP mempunyai pengundi tegar hampir 16000 orang di situ," kata beliau dalam kenyataan kepada erapakatan.

Beliau berkata, sokongan rakyat mula meningkat sejak DAP mencipta kejutan pada tahun 1982 dengan memenangi kerusi Bandar Sibu melalui Ling Soe Ming, yang mengalahkan Tan Sri Dr Wong Soon Kai yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu.

"Rekod lama ini tidak boleh dipandang sepi kerana statistik sokongan masyarakat Cina akhir-akhir ini lebih condong kepada Pakatan seperti yang ditunjukan dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini," kata beliau lagi.

Bagi beliau, tidak mustahil Sibu yang dihuni 60 peratus pengundi Cina akan memberikan kemenangan kepada Pakatan bagi mengukuhkan suara masyarakat Sarawak yang tertindas sejak sekian lama.

Dengan tidak memandang rendah pengaruh wakil SUPP bagi BN, Robert Lau Hui Yew Pakatan akan berusaha memenangi baki 40 peratus pengundi di Sibu yang terdiri dari 20 peratus Melayu-Melanau, Iban 18 peratus, 1.1 peratus Orang Hulu dan 0.9 peratus lain-lain.

PAS melihat bahawa pengundi bukan Cina ini juga sebagai aset penting bagi memastikan Pakatan mampu merampas kerusi itu dengan lebih selesa.

PAS akan mengerakan jentera pakar dari Semenanjung tanahair untuk bersama-sama jentera di Borneo bagi mengempur BN di Sibu. PAS akan terus membiarkan BN bagai ayam berak kapur melihat begitu positifnya kerjasama jentera Pakatan yang kini lebih kuat dengan penyertaan Parti Nasional Sarawak (SNAP) menjelang PRK Sibu nanti.

!!!...Cakap pakai AKAL lah,lembu pun ada OTAK...!!! 
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala OTAK ...!!!
Read more >>

Read more...

RAJA KOTAK DAPAT JAWATAN HASIL JUAL KOTAK...KEHKEHKEH

Oleh:KetuaPolis


Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.

Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

Sementara itu, bagi timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia.

Perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.

Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.

Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER