Powered by Blogger.

Suruhanjaya pembunuh Rakyat Malaysia

>> Wednesday, 6 April 2011

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Saya Anak Bangsa Malaysia, dan Malaysians for Beng Hock hari ini menggesa siasatan segera terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan kematian terbaru dalam tahanan agensi itu.

Menurut NGO tersebut, kematian terbaru itu membuktikan SPRM gagal memelihara kepentingan awam, menyebabkan kewibawaan dan kredibiliti semakin terhakis dan dipertikai orang ramai.

“Insiden ini sekali lagi membuatkan khalayak mempertikai integriti dan akauntabiliti SPRM. Keyakinan orang ramai terhadap kredibiliti dan profesionalisme SPRM sudah berkecai,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Pagi ini, seorang pegawai kanan kastam, Ahmad Sarbani Mohamad, 56 dilaporkan mati jatuh dari tingkat tiga bangunan pejabat baru SPRM di Jalan Cochrane kira-kira jam 10.15 pagi.

Pegawai itu yang bekerja di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia baru sahaja dibebaskan dua hari lalu selepas diikat jamin, sebelum dipanggil semula ke pejabat agensi itu.  Allahyarham sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan rasuah dan pembersihan wang haram di jabatannya.

Justeru, NGO terbabit menuntut agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat secara bebas dan menyeluruh insiden tersebut.

“Suruhanjaya itu mestilah menyiasat peranan utama struktur kuasa dan perintah yang sedia ada dalam SPRM sekarang ini. Kami juga menuntut agar separuh daripada ahli suruhanjaya itu terdiri daripada ahli persatuan masyarakat sivil untuk memastikan mereka mempunyai kredibiliti,” kata NGO berkenaan.

Mereka juga menuntut agar Ketua Pengarah SPRM, Mohamad Khalid Yusuf, Pengarah Selangor, dan semua pegawai yang terlibat dalam siasatan kes itu agar digantung dengan segera, sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan mereka.

“Ia penting untuk memastikan keadilan diletakkan pada tempat yang sewajarnya dan tiada sebarang bukti disembunyikan atau halangan terhadap proses siasatan,” kata mereka.

Mereka juga menuntut agar cadangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen terhadap Kanun Jenayah dan Kanun Prosedur Jenayah untuk melaksanakan Akta Koroner di  Malaysia dan penubuhan Mahkamah Koroner disegerakan untuk menyiasat semua kes kematian mengejut orang dalam tahanan

p/s
Cadangan den kepado SPRM kalau nak siasat suspek hendaklah menyiasat ditingkat paling bawah atau ground floor.kalau jatuh tak sakit habis kuat pun luka2 kecil.


Bahana sisatan tempat tinggi inilah jadinya.tak bunuh diri atau dibunuh.

Read more >>

Read more...

Senarai penamaan calon Dun Sarawak

Siapa lawan siapa

SARAWAK: Penamaan calon Pilihan raya negeri Sarawak yang ke 10 bermula hari ini dengan proses penamaan calon dijalankan serentak di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).


Tempoh penamaan bermula dari pukul 9 hingga 10 pagi manakala sejam lagi untuk proses bantahan. Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan calon bertanding
pada jam 12 tengahari.

Di DUN N70 Ba’kelalan menyaksikan pertandingan satu lawan satu. Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Sarawak,  Baru Bian menentang lawannya dari  SPDP-BN, Willie Liau.

Di DUN N08 Satok, seramai 200 Penyokong mengiringi calon KEADILAN, Ahmad Nazib Johari yang berdepan dengan calon dari PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Di DUN N051 Balingian, kira-kira 100 penyokong mengiringi calon KEADILAN, Suriati Abdullah yang akan menentang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud. Taib turut menerima tentangan daripada sepupunya sendiri, Salleh Jafaruddin sebagai calon bebas.

Di DUN N31 Layar pula menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon KEADILAN, Stanny Emat yang berdepan lawan Alfred Jabu (BN), Joe Unggang (SNAP) dan bebas.

Di DUN N29 Batang Ai , menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon  KEADILAN dan penyandang kerusi itu, Malcolm Mussen Lamoh daripada BN.

Di DUN N16 Bengoh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon KEADILAN, Willie Mongin,  SNAP- Richard @Peter Margaret , Dr Jerip Susil dari BN dan Wejok Tomik dari bebas.

Di DUN N11 Batu Lintang, KEADILAN mempertaruhkan  See Chee How untuk berdepan dengan  lawan Sih Hua Tong dari SUPP dan Lina Soo dari Bebas.

Di DUN N065 Senadin, Dr Teo Yu Keng daripada KEDILAN akan menentang lawannya daripada SUPP,  Lee Kim Shin.
Di DUN N049 Nangka pula, calon KEADILAN Norisham Mohamed Ali, anak jati kawasan itu akan menentang Dr Annuar Rapaee daripada PBB-BN.

Di DUN N17 Tarat,  Peter Ato Mayao daripada KEADILAN akan melawan Roland Sagah daripada BN-PBB dan Ateng Anak Jeros dari SNAP.

Di DUN N62 Lambir, KEADILAN meletakkan calonnya, Zolhaidah Suboh  bagi menentang Setiausaha Politik kepada penyandang Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud

Di DUN N056 Baleh, Bendindang ak Manjah yang mewakili KEADILAN akan mencabar Datuk Seri Dr James masing dari PRS-BN.

Di DUN N054 Pelagus, Edward Sumbang ak Asun dari KEADILAN akan menentang Stanley Nyitar@ Unja ak Malang dari PRS-BN.

Di DUN N04 Pantai Damai, calon KEADILAN, Wan Zainal Abidin Wan Senusi, akan bertemu lawannya, Dr Abdul Rahman Junaidi dari PBB dan Suhaimi Selamat, bebas.

Di DUN N066 Marudi menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Gerang ak Dagom dari KEADILAN, Sylvester Entrie ak Muran dari BN-SPDP, Edwin Dundang ak Bugak dari SNAP dan calon bebas, Michael Ding Tuah.

Di DUN N036 Semop, KEADILAN Mempertaruhkan Ong Chung Siew untuk berdepan dengan calon PBB-BN, Abdulah Saidol dan calon bebas Ajiji Faizan

Di Beting Maro, Pas menurunkan calonnya, Abang Ahmad Kerdi Abang Magasus yang akan melawan seorang pendatang baru dari BN, Razaili Gapor. Pas dikatakan mempunyai peluang baik untuk menang di sini.
Di  DUN N09 Padungan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon DAP, Wong Kim Wei yang melawan calon BN, Sim Kiang Chok dan Dominique Ng Kim Ho dari bebas.

Di Batu Kawah, penyokong Dap mengiringi calon mereka, Christina Chiew ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Kota padawan untuk menentang  calon SUPP,  Tan Joo Phoi.

Di DUN Bawang Assan, berlaku pertandingan dua penjuru antara Dap dan SUPP. Dap meletakkan calonnya,  Alice Lau melawan calon SUPP, Wong Soon Koh yang sudah sudah menjangkau usia 69 tahun.
Di DUN Piasau menyaksikan satu lawan satu antara DAP yang mempertaruhkan calonnya,  Ling Sie Kiong  melawan calon BN, Dr George Chan.
Read more >>

Read more...

Harta ismit ulam raja luar negara

Sapo kato rakyat Saarawak miskin lagi hino? Mereko boleh berbangga dengan seorang orang sarawak memiliki harta berjuta-juta....INgat sarawak ingat harta mat Taib.


p/s
Pasni ada hujah yang dangkal dari pencacai berkata,biarlah itu titik peluh belaiu sebagai KM sarwak...kahakhkah

So apo sobab rakyat sarawak masih mengundi BN kali ni?

Dalam mat taib dgn bini mudo duduk dalam keadaan selesa rumah2 mewah ada lagi rakyat sarawak belum mendapat bekalan asas air dan letrik.

Masih ada lagi di kampung2 jalan berTAR

Ingat beb egeri ekau negeri pengeluar minyak.so tak do sobab mat taib bagi alasa dan hujah2 dangkal bg ,menidakkan bekalan asas uatama tidak disalurkan...kakhkahkah



Try ubah sekali wahai rakyat budiman....
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER