Powered by Blogger.

Naib pengerusi DAP gugur sebagai senator

>> Wednesday, 9 May 2012

Lain orang lain ragam , lain kepala lain rambut. macam politik juga walaupun satu parti sekalipun tapi tidak patuh disiplin parti tak kira sapa kau kena.

Sebelum ni aku ulas skit dah Tunku aziz ni pasal kritikkan bersih 3.0 dalam facebook. tapi katanya itu pandangan peribadi, halooow bro kalau kau tu setakat penyokong bawahan macam kami tarak heran la. ini taraf kepimpinan, kau kentut dalam lift pun wartawam buat citer der  muka depan akhbar, tambah2 pimpinan PR.



Tunku Aziz perangai lebih kurang Ustaz Nasa mat isa mantan Timbalan presiden PAS juga ni ,dekat2 nak pilihanraya semakin buat perangai. sama kes sama bau kata2nya memang tak setuju dengan BERSIH. bagi aku kes tunku ringan kalau nak banding dgn Ustaz Nasa.

Bagi aku kalau mantan timbalan pas ni lagi hebat der, ada ke patut kata bersih jangan buat kat dataran kerana arahan mahkamah.weh weh weh semasa awak tu timbalan presiden pas BERSIH 1.0 ada join kan? Mahkamah tak bagi juga kan? provokasi gila2 juga kan? so kenapa turun padang juga?

Tak kira lah kau stuju atau tak stuju bagi aku rajim BN wajib tumbang dgn apa cara sekalipun. pastu nak terjun lubang najis sesama pun aku peduli apa. sini

Read more >>

Read more...

Lama aku tak update BLOG

STARTING BLOGGING 16 SEP 2009


Untuk pengetahuan all fan sebenarnya aku dah lama ada blog cuma aku tak publish kat korang, Sibuk dgn fb dan ada prasaan malas nak menulis. memandangkan pulak aku tengok makin ramai blogger2 pro Pakatan Rakyat so aku ambik jalan stop nulis blog. arghhh dgn alasan serah kat blogger power.

Tambah2 plok ada fb ermmmm... lagi bertambah penyakit malas aku, sebenarnya aku aktif blogging sebelum aku setup page JkkKFanClub .so memandangkan pilihanraya dah tak lama dan rasa diri ini bertanggungjawab nak menangkis fitnah United Myanmar national Oragnization diri ini terpanggil nak menulis balik.

Memang tetiba rasa diri nak aktif balik blog cuma aku kekurangan ADMIn yang betul2 rajin menulis.so sesapa rasa nak jadi admin blog amber rajin2 lah menhantar email di alamat jkkfanclub@gmail.com insyallah aku akan tapis siapa anda mana2 tahu ada penyamaran dari SB atau caicai.

p/s SO RAKAN-RAKAN BLOGGER YANG INGINKAN BLOG ANDA DI LINK KAN SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI, tq


Read more >>

Read more...

Tetiba aku panas tengok video ini


Siyes.. aku tak boleh tengok video celaker ni. tapi aku berprasangka baik maybe mak atau kakak atau pengasuh baby ni mental atau bahasa kasar isim,

Stop ler citer sal budak mental ni, yang aku lagi cukup benggang adalah cameraman bahalol tu yang tak pertahankan baby tu kenapa? tanpa disedari cameraman ni juga dapat saham. Sumber aku rembat sini





Read more >>

Read more...

MCA Tentang tok guru


MCA menolak kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, apabila parti itu memperoleh kuasa memerintah kelak.
    
Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Presiden MCA semalam, parti itu berkata status Islam dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah mencukupi dan memadai kerana ia memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi.


"Selain itu, memberi kelebihan kepada cara hidup majoriti akan membawa kepada subordinasi psikologi agama-agama minoriti," menurut kenyataan parti itu.
    
Menurut MCA, apabila cara hidup masyarakat majoriti dinyatakan dalam Perlembagaan sebagai satu cara hidup sesebuah negara, satu halangan telah diwujudkan bagi memisahkan satu kumpulan dengan masyarakat yang lain dan ini menjelaskan bahawa pindaan Perlembagaan bagi tujuan mengiktiraf Islam sebagai addin persekutuan adalah satu tindakan tidak bijak.


"Minoriti bukan Islam tidak akan dapat melindungi diri mereka daripada 'cara hidup Islam' masyarakat yang lebih besar. Walaupun hak-hak mereka dibatasi dengan jelas dalam masyarakat sedemikian, mereka masih merasai tekanan untuk mematuhi beberapa tuntutan sosio-budaya Addin.

Parti terbesar yang mewakili masyarakat Cina itu menyatakan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa 'Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana tempat dalam persekutuan' adalah memadai kerana peruntukan sedia ada berhubung agama itu adalah yang terbaik bagi negara ini.


MCA mengulangi pendirian menyokong semangat Perlembagaan Persekutuan dan menolak sebarang perubahan yang dilakukan sewenang-wenangnya mahupun cadangan untuk memindanya kerana ia menjejaskan kebebasan dan kehidupan rakyat Malaysia.
"Kami mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan hak umat Islam dilindungi Perlembagaan Persekutuan dan hukum Syariah, dan bukannya kenyataan retorik PAS," menurut kenyataan parti itu lagi.- Bernama

    





Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER