Powered by Blogger.

Malangnya nasibmu Stadium Tganu, malang lagi rakyat jelata!

>> Wednesday, 1 February 2012




Malang nasibmu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA),
malang lagi rakyat jelata!
Dapat stadium baru kononnya,
‘canggih’ dan yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia,
Namun, tak sampai ‘setahun jagung’ usia,
bumbungnya runtuh menyembah bumi jua.

Apa gerangan ‘yang ampunya’,
dinamakan stadium atas nama baginda,
stadium yang cuai pembuatannya tidak teliti pembinaannya,
dari awal lagi atapnya,
sudah jelas ‘meliuk-liuk’ tanda alamat kukuh tiada.

Sang Menteri Besar sudah tahu, stadium yang dinama atas nama baginda,
Stadium Sultan Mizan Zaina Abidin akan ‘repih’ bumbungnya,
tatkala polis cuba membuat latihan untuk ‘gimik’ perasmiannya.

Namun Sang Menteri tidak suruh berhenti semua aktiviti,
semuanya kerana siyasah siyasi!





Malang nasibmu hanya setahun berdiri,
menjadi igauan mimpi Mantan Pak Menteri ,
yang ‘bersyair’ dengan kalimah ‘Impian Menjadi Realiti’,
setiap kali dimana jua pasti,
mendabik dada mendongak langit umpama tiada ilahi.

Malu Sang Menteri Kerjaraya, malu lagi rakyat jelata,
367 hari siap dibina, runtuh ‘beghudung’ jadi bencana.

Dua tahun berlalu,
kerajaan macam ‘kereta lembu’!
apabila ditanya sering tak tahu,
mahu di perbaiki atau dibina yang baru.

Malang nasibmu, sudahlah lambat ia dibina,
dikejar-kejar masa untuk biar siap dalam eranya,
supaya boleh dicanang ke seluruh dunia,
ini aku punya, ini aku bina.


Bukan sedikit dananya,
RM300 juta dari kantung rakyat jelata,
ada pihak yang mengaut laba,
tak dipersoal akan dia,
‘kambing hitam’ menjadi mangsa!

Dua tahun sudah runtuhnya,
habis belanja mengupah orang menjaga puing-puingnya,
yang lalu bukan saja di darat lebih jelas dari udara,
menonton ‘sebuah drama’ sandiwara?

Lalu Sang Menteri Besar berkata,
dalam laporan mengapa runtuhnya,
Hah…..salah kamu semua,
bukan salah aku salah mereka,
si Perencana, si Pembina, semua salah belaka,
rakyat jelata pun mungkin salah jua?

Ia menjadi bahan lelucon bahan jenaka,
dan ‘Ultraman’ punya angkara,
‘Transformasi’ Menteri sang Perdana,
Stadium yang runtuh pun tak diketahui sebabnya,
Hebat NKRA nya!

Ah……. Tiada siapa yang peduli,
kalau barang-barangnya pun dicuri,
nanti ada orang yang berdiri,
‘janakuasa’ yang dibawa lari,
umpama enjin jet F5E,
bukan salah sang Menteri,
bukan salah pegawai tinggi,
bukan salah kami…….
bukankah kamu semua yang mengundi kami!

Malang SSMZA, malang lagi rakyat jelata,
Mengundi sebuah kerajaan parti ‘purba’.

Malang nasibmu SSMZA,
malang lagi rakyat jelata,
aku masih makan dengan selesa,
ada duit RM100, RM500 diagih-agihkannya,
dan si politikus pun lantang bersuara,
inilah kerajaan yang prohatin namanya,
inilah kerajaan yang cakna.

Undilah…undilah lagi ‘parti purba’,
biar mereka terus berkuasa,
biar sang lembu mendapat RM250 juta,
biar dibina lagi tamadun RM300 juta,
biar senang kita berlumba,
memudik muara,
musim tengkujuh kita menjadi juara mengangkat piala.


Kan ku bina lagi ratusan juta,
Tasik Kenyir akan ditukar menjadi syurga,
walau bumbung masjid, menara yang ku bina,
nak runtuh-runtuh lah jua,
‘ada aku kesah’ katanya!

malang sungguh rakyat jelata……..
Sumber  apakhabarganu

Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER