Apo hujah Umno bilo dongar Bidio
>> Tuesday, 5 April 2011
p/s
Sebarkan video ini sebanyak mungkin beb.kito telanjangkan betul si celok ini...kahkahkah
KUALA LUMPUR: Kegagalan Polis menjaga keselamatan video fitnah yang diserahkan oleh trio Dato T membuktikan institusi itu tidak boleh dipercayai, kata bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak Voon Lee Shan.
Menurut Voon, selain trio Dato T, hanya polis memiliki video itu sebelum ia tersebar secara meluas di internet, semalam. Tegasnya, ia menunjukan pihak polis boleh diandaikan terlibat dalam penyebaran video itu.
“Dua isu utama yang perlu diambil kira dalam hal ini. Pertama, Pegawai polis yang terlibat dalam menjaga video itu harus disiasat dan kedua, jabatan yang dipertanggungjawabkan menjaga bahan bukti itu tidak boleh dipercayai,” katanya kepada Keadilandaily.
Sehubungan itu, tegas beliau, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu ditubuhkan segera kerana jelas agensi itu gagal menjaga keselamatan rakyat dan memulih imejnya yang berpihak kepada Barisan Nasional.
“Bagaimana mereka hendak menjaga keselamatan rakyat jika video seperti itu pun gagal mereka uruskan,” soal beliau yang bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Baram hampir 10 tahun.
Voon lee Shan turut menegaskan sekiranya video itu dengan mudahnya bocor di internet, ia menunjukkan bukti yang didakwa itu juga mampu direka dengan tujuan mengaibkan Anwar oleh musuh politiknya.
“Saya cukup yakin ini merupakan fitnah kali ketiga yang sengaja diwujudkan untuk membunuh kerjaya politik Anwar. Lebih-lebih lagi kewujudan video itu berkait rapat dengan musim pilihan raya di Sarawak.
“Namun berdasarkan mood rakyat dan kajian saya mendapati kes video fitnah itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Sarawak. Malah memberikan undi simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat di sini,” kata beliau yang kini seorang peguam.
Video itu mula didedahkan Datuk T yang didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan Dato Shuib Lazim.
Ia ditayangkan pada 21 Mac lalu di Hotel Carcosa Seri Negara kepada wartawan terpilih, pada hari sama Dewan Undangan negeri Sarawak dibubarkan. Semalam, sedutan video itu dimuatnaik ke laman You Tube oleh blogger pro- Umno- Barisan Nasional.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan pihak polis terlibat dalam penyebaran video lucah palsu itu.
p/s
tugas baru buat pendokong keadilan.sekianya anda ternampak tiga ekor manusia bertopeng kan syaitan ini terus tangkap tak pakai gari tak po just guno dawai ampaian, campak di balai berhampiran.
So sapo plak yang nak tangkap polis yang melepaskan video tersebut sehingga kantoi dalam youtube?
Cam mano leh terlepas sedangkan dalam kawalan polis, mulai dari hari ini, 110% polis sudah hilang kepercayaan orang ramai.
Polis...sampai bilo nak menjadi pelacur umno,tidak cukup kah pelacur belakang mati,bukit bintang? sanggupnya diperkosa oleh pembuas-buas nafsu syaitan.
PDRM untuk rakyat bukan untuk melindungi kejahatan umno.hentilah sandiwara menjadi pencacai umno.jangan jadi macam musa hassan nak pencen baru berani bersuara.bukan itu dayus?yang tahu selama ini, semasa dalam tugas banyak benda perkara yang dibuat tk betul.
KUCHING: Sikap tidak bertolak ansur Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menjadi punca parti itu tidak bersama Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, kata Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Azmin Ali.
Beliau berkata, KEADILAN sudah berlembut tetapi SNAP tetap berkeras mahu bertanding 27 kawasan dan mahu parti meletakkan calon dari suku kaum Iban atas tiket SNAP.
“Kita bersua dan bermuafakat tapi pertemuan terakhir SNAP masih mendesak dan mahu mempertahankan 27 kawasan tanpa memberikan ruang kepada KEADILAN bertanding.
“Mereka mendesak calon suku kaum Iban bertanding atas tiket SNAP. Kita tidak dapat pertimbangkan kerana KEADILAN parti pelbagai kaum, bukan sahaja Melayu, Cina tetapi kaum Murut, Kadazan, Dusun dan Iban perlu diberi ruang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding pilihan raya negeri Sarawak ke-10.
Sebelum ini, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyatakan parti sedia menyerahkan beberapa kerusi kepada SNAP atas dasar permuafakatan tetapi kecewa kerana parti berkenaan berkeras menuntut 27 kerusi.
Dalam pada itu, Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, dua kawasan iaitu Pakan dan Marudi tidak menjadi pilihan KEADILAN untuk meletakkan calon kerana atas faktor kemenangan.
“Kita bertanding dalam satu pasukan mewakili manifesto PR untuk mendapatkan kemenangan bersama-sama PAS dan DAP. Kali ini, kita tampilkan lebih 50 peratus muka baru,” katanya.
p/s
Apo sudah jadi bhai.den ghaso ini agenda umno beb.snap tak lobih dari sebagai pengacau dalam pakatan.
Lu PKR slow top beb jangan tamak sangat dengan kerusi tow.first tumbangkan umno,jangan gilo kuaso
3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?
4. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?
5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.
6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?