Powered by Blogger.

Gobala mula menari bersama Umno Be End

>> Tuesday, 5 April 2011


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan masih lagi lantang bersuara, jika dahulu ia menjadi suara untuk pembangkang, tapi kali ini dia tidak lagi bercakap menentang Barisan Nasional (BN) tetapi secara rasmi menjadi suara untuk parti pemerintah.

Gobalakrishnan, yang meninggalkan PKR pada Jan 29, muncul di sebuah pentas ceramah di Puchong dan berkongsi pentas dengan ADUN-ADUN BN dan pemimpin BN tempatan sejak berpisah selama 12 tahun.


Bekas Setiausaha Pemuda MIC itu menyertai PKR pada tahun 1998, namun keluar dari parti apabila pemimpin de facto Anwar Ibrahim melantik peguam N Surendran sebagai Naib Presiden yang baru, dan bukan dari kumpulan dari wakil India yang terpilih.




Bercakap pada ceramah UMNO yang diadakan di Puchong Indah, dia berkata hanya BN yang boleh menangani kesengsaraan masyarakat India.

Siri program ceramah BN untuk Selamatkan Selangor itu juga dihadiri oleh ketua pembangkang Selangor Satim Diman.


Gobalakrishnan, yang kini seorang ahli parlimen bebas yang mesra-BN, juga mengecam Anwar dan timbalan presiden PKR Azmin Ali.


"Anwar begitu sayangkan Azmin sehingga ia telah lupa kepada pemimpin lain di dalam PKR dan rakyat Malaysia. PKR ialah parti itu yang ditubuhkan untuk melindungi kepentingan Anwar dan Azmin. Ketua parti sanggup mengorbankan sesiapa saja disebabkan oleh sayangnya kepada Azmin.


"Anwar telah tiga kali meminta saya untuk keluar dari PKR. Jadi, saya keluar dari PKR kerana sudah tidak boleh tahan lagi," 
tambahnya.

Gobalakrishnan berkata dia memilih untuk bersama dengan BN kerana rakyat, terutamanya masyarakat India, di Selangor kami '
menderita' di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Pakatan terdiri daripada gabungan PKR, PAS dan DAP.

"Lihatlah apa yang terjadi di sini. Pentadbiran negeri penuh dengan penipuan. Yayasan Selangor sekarang muflis. Apakah ini yang diharapkan daripada rakyat kepada Pakatan? Rakyat di Selangor perlu bijak dalam memilih kerajaan negeri pada masa akan datang. Dan saya rasa kerajaan BN lah yang terbaik untul negeri dan negara,"
tambahnya.


Penyokong PKR Diserang


Namun, program ceramah itu bertukar menjadi buruk apabila beberapa penyokong PKR mulai berkumpul semakin dekat sambil memegang sepanduk memprotes ucapan berapi-api Gobalakrishnan.


Situasi menjadi semakin kacau ketika penyokong UMNO penyokong mula membalas. Pengarah pilihan raya PKR Puchong Zainal Abidin Abu Bakar dan isterinya ditendang dan dipukul berkali-kali oleh orang-orang UMNO. Dia kemudian
'diselamatkan' oleh Ketua Cabang PKR Puchong S Murali.

Mengulas insiden tersebut, Zainal berkata penyokong PKR datang bukan untuk menimbulkan masalah kecuali sekadar untuk melakukan
'protes aman terhadap Gobalakrishnan'.



"Kami juga tidak masuk ke dalam untuk mendengar ceramah tersebut. Kami hanya berdiri di seberang jalan tetapi kami diserang," katanya kepada FMT.

Sementara itu, Murali berkata beliau tidak tahu Gobalakrishnan hadir pada program ceramah tersebut sehinggalah dia pergi ke sana.


"Saya masih setia kepada PKR di bawah Anwar. Kehadiran Gobalakrishnan di Puchong ini adalah kejutan. Ini jelas menunjukkan BN terdesak untuk menang di Puchong," 
tambahnya.

Murali juga menyarankan Gobalakrishnan supaya lebih bersopan dalam ceramahnya.


"Dia tidak perlu menggunakan kata-kata kasar terhadap Anwar dalam ucapannnya. Gobalakrishnan telah kehilangan kredibilitinya,"
tambahnya lagi.FMT

p/s
Siapa sangka beb buaya beranak suatu hari nanti.
siapa sangka ibrahim ali bertanding atas tiket mic
siapa sangka beb zul 110% khawin dgn ummi filda
siapa sangka khairy masuk PKR terus ada jawatan


Siapa sangka bik mama akan slim mcm  jennifer lopez
muahahahaha

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER