Powered by Blogger.

S/U Idris Jusoh,Dr. Ramzi dipenjara setahun-sms Ugutan

>> Monday, 28 November 2011

Ulasan admin:-
siapa tak konal dongan umno? selagi tak membuncitkan diri sendiri selagi tu hentam sama sendiri akan berlaku, percayo cakap den,Insyallah tertuduh yang dipenjara setahun akan di bebaskan bilo dihadapkan satu lagi court rayuan.malaysia ni umno yang punya mahkamah,polis peguam.Tahniah umno terus bergaduh ini yang dinanti2 oleh den.Insyallah PRU tigo belas kito talkin dan bino zoo buat umno satu malaysia.



KUALA TERENGGANU - Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat Nasional (BN) dan SMS fitnah kepada bekas setiausaha sulit menteri besar Terengganu.

Hakim Mahkamah Sesyen, M Bakri Abd Majid menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan itu.

Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah, ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh dan ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu, Wan Ahamad Wan Muda, yang kini timbalan setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan berasingan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan membenarkan Ahmad Ramzi diikat jamin RM15,000 dengan dua orang penjamin.

Dalam penghakimannya, M Bakri berkata, mahkamah perlu mengikuti perkembangan semasa sejajar dengan perkembangan dunia tanpa sempadan yang menyaksikan perbuatan jenayah juga berubah termasuk menggunakan medium baru seperti internet.

"Kecederaan reputasi atau harga diri, tidak kurang pedihnya dengan kecederaan fizikal. Sehubungan itu hukuman perlu dijatuhkan seiring dengan perkembangan ini,” katanya.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Jazamuddin Ahmad Nawawi, Ooi Chooi Gaik and Nur Azimul Azami.

Pihak pembelaan ketika merayu hukuman diringankan berkata, ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan ia juga tidak melibatkan keganasan serta tidak memberi kesan kecederaan kepada mana-mana pihak.

Pihak pendakwaan pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dan meminta setiap hukuman dijalankan berasingan.

Dalam hujahnya, Mohd Jazamuddin berkata walaupun perbuatan tertuduh tidak mendatangkan kecederaan fizikal, ia telah menjatuhkan reputasi Wan Ahamad, sekali gus menjejaskan reputasi kerajaan di bawah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beberapa anggota keluarga Ahmad Ramzi termasuk isterinya dilihat hadir di mahkamah. - Bernama
Read more >>

Read more...

Bukti Pas semakin diterima masyarakat bukan Islam

Ulasan admin:-
Ada ke MCA memuji kebijaksaaan umno menjajah malaysia.ada kedengaran ke Gerakan menyanjung United malay National Organization? ada ke dewan himpunan umno untuk non muslim .selagi anda tak melayu selagi itu anda tak boleh masuk pertubuhan keramat itu...UMNO UNTUK MELAYU WALAUPUN MELAYU ITU MURTAD WALAUPUN MELAYU ITU KRISTIAN ,HINDU DAN BUDHA.TAPI PAS TETAP DENGAN PENDIRIANNNYA MEMBUKA KEAHLIAN UNTUK MUSLIM SAHAJA TAK KIRA ANDA BUGIS,JAWA, ATAUPUN KANTONIS.


KOTA BHARU, 28 Nov: Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong perjuangan di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka menyatakan demikian sempena lawatan rasmi mengunjungi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan, di kediaman rasmi, di sini petang ini.

Rombongan yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum wanita serta bekas penyokong MCA diketuai Pengerusi DHPP kawasan tersebut, Ricky Tang.

(Gambar: Tuan Guru menerima cenderahati daripada Ricky Tang.)

Ricky dalam ucapannya memberitahu, masyarakat bukan Islam di negeri ini khususnya kaum Cina sering diberi bayangan buruk berhubung perjuangan PAS dengan tujuan menakutkan mereka.

“Bagaimanapun, semakin mereka ditakuti sokongan terhadap PAS semakin bertambah dari tahun ke tahun dan pihak lawan sudak tidak boleh berbuat apa berhubung ledakan sokongan ini,” ujarnya.

Sementara itu, Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan terbabit meninjau perkembangan kehidupan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina di negeri ini sejak 21 tahun lalu melalui golongan terbabit.

“Tuan-tuan boleh bertanya masyarakat Cina Kelantan, adakah saya selaku ketua kerajaan mengkhianati mereka sama ada dari segi ekonomi, agama, kebudayaan, sosial dan sebagainya?

“Tuan-tuan tidak boleh menerima bulat-bulat maklumat yang tidak tepat dari orang tertentu tanpa merujuk sendiri dari masyarakat bukan Islam di negeri ini,” ujarnya.

Tuan Guru turut melahirkan rasa bertuah serta terima kasih kerana sudi mengunjunginya, walaupun dalam keadaan demam, namun kerana rasa gembira untuk bertemu masyarakat terbabit, beliau gagahi juga.
{hdaily}
Read more >>

Read more...

Terajang jer wakil rakyat tak boleh pakai

Ulasan admin:-
Realiti berlaku dalam mana2 parti ,penyakit ini torkono tak kiro dari mano parti,pado kebiasannya sinonim dongan parti UBN kini berjangkit pado serpihan dahannya yang patah iaitu PKR. buang2 lah perangai dalam umno bilo bersamo keluarga baru Pakatan Rakyat.rakyat yang mengundi nak lihat perbezaan parti antara BN dan PR.kalau samo juga tak do bezo rakyat sokong PR.lobih baik sokong bn jer duit pun banyak undi dapa duit lagi....UBAH SEBELUM PARAH,PUTRAJAYA DALAM PERJALANAN.


PETALING JAYA: Wakil Kedah Azman Ismail hari ini mendedahkan ada pemimpin PKR negeri itu yang berhubung dengan orang ramai melalui telefon dan khidmat SMS sahaja.

Bagaimanapun, katanya, apabila orang ramai menghantar SMS dan menelefon wakil rakyat berkenaan, wakil rakyat berkenaan tidak menjawab.

“YB selalu SMS, tidak boleh cakap. Di rumah orang mati pun, dia SMS. Tetapi orang telefon, YB tidak jawab, orang SMS YB tidak balas.

“Telefon pegawai YB tidak jawab, telefon pejabat tidak dapat. Bagaimana rakyat nak berhubung dengan pemimpin kita. Ciri-ciri ini ada dalam dalam pimpinan Kedah.,” katanya ketika membahaskan usul prestasi kerajaan Pakatan Rakyat sempena kongres nasional PKR di Pulai, Johor hari ini.

Dengan nada sinis, Azman berkata, “Kalau ada cita-cita menawan Putrajaya, kita kena belajar dulu urus SMS dan telefon”.

Azman juga mendakwa wakil rakyat dan pimpinan PKR masih tidak ada kemahiran mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

Pen Parker, kain pelikat

Katanya, wakil rakyat dan pimpinan kena uruskan hubungan dengan orang ramai supaya tidak mendapat komplen dari mereka.

“Terima kasih dengan cara yang diingati. Beri pen parker ke atau kain pelikat, orang dah tak buat lagi,” tambahnya.

Menurut Azman lagi, pemimpin perlu belajar menerima masalah besar kerana terlalu banyak sangat komen mengenai mereka.

Bagaimanapun, kata beliau, tidak ada skandal yang membabitkan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat di Kedah.

“Kalau pemimpin BN Kedah, kita sebut tahu lah,” kata beliau.

Azman juga menegur sikap pemimpin yang menghadiri majlis anjuran parti sendiri.{fmt}
Read more >>

Read more...

Siapa tahu alamat rumah pakcik ni -ilmunya Power

HULU LANGAT: Kehangatan berpacaran dengan lelaki bergelar warga emas tidak pernah pudar di hati Noraida Abdul Saman, 36, walaupun perkenalannya dengan suami, Abdul Aziz Uteh, 76, hanya dua minggu ketika mereka bertemu di Kampung Ketumbar, Ampalas, Medan, Indonesia.

Ketika berjumpa dalam pertemuan diuruskan keluarga, Noraida terpaksa membuat keputusan sama ada menerima atau tidak lamaran lelaki itu yang pada mulanya dianggap main-main kerana menyangka dia sudah berumah tangga.

“Bagaimanapun, selepas dia membawa dua daripada lima anaknya ketika itu, baru saya menyedari dia bersungguh-sungguh, malah lebih mengharukan apabila kedua-dua anaknya sibuk menguruskan perkahwinan kami di kampung saya dan menerima saya seadanya.

“Saya berkahwin ketika berusia 27 tahun manakala abang (suami) pula 67, sebenarnya saya tidak mempunyai ibu bapa dan bapa saudara saya memberitahu ini mungkin jodoh saya, manakala adik beradik lain pada mulanya risaukan keselamatan saya jika pulang ke Malaysia.

“Saya pada mulanya risau, mana tahu saya dijual atau tidak dilayan sebagai isteri, namun selama setahun kami hidup bersama saya akhirnya berasa selesa, malah hingga kini sering berulang-alik ke Medan, menyebabkan kebimbangan adik-beradik hilang,” katanya.

Kini, selepas sembilan tahun berkongsi hidup dengan Abdul Aziz, Noraida yang bunting pelamin ketika perkahwinannya mempunyai dua cahaya mata yang menyerikan hidup mereka iaitu Mohd Ashraf, 9, dan Siti Nurasnida, 5.

Ditanya apa yang membuatkannya tertarik kepada Abdul Aziz, Noraida berkata, ketika awal pertemuan mereka, dia dapat merasakan suaminya penyabar tetapi menyangka ia mungkin sekadar untuk mengambil hatinya, namun selepas hampir 10 tahun hidup bersama, telahan itu terbukti tepat.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditanya sama ada dia mengamalkan pemakanan atau senaman tertentu memberitahu, tiada amalan atau rahsia yang diamalkannya kecuali melakukan senaman ringan pada awal pagi dan mengelak minuman sejuk, selain sentiasa tenang dalam menghadapi sebarang keadaan.

“Tiada apa petua atau amalan, cuma kita kena jaga kesihatan sendiri, malah saya juga mempunyai penyakit, iaitu darah tinggi dan sakit lutut, jadi saya ikut arahan doktor dan melakukan senaman setiap pagi,” katanya yang masih berniaga sekitar daerah ini sambil dibantu isteri.

Menurutnya, perkahwinan terbarunya adalah yang ketiga. Perkahwinan pertama pada 1960 dan dikurniakan lima anak kini berusia 49, 48, 46 dan 44 tahun (anak bongsu meninggal dunia pada usia 17 tahun dalam nahas jalan raya).

“Isteri saya meninggal dunia sebelum saya mendapat pengganti, tetapi perkahwinan kedua tidak bertahan lama dan akhirnya kami berpisah. Kami juga tidak ada zuriat sebelum saya berasa kesunyian lalu bertemu jodoh dengan wanita dari seberang ini.

“Sebenarnya jodoh kami adalah hasil usaha keluarga saya yang masih ada di sana kerana saya berketurunan Mendeling dan merekalah yang menemukan kami berdua.

“Alhamdulillah sehingga hari ini saya sentiasa bahagia dengannya, malah anak saya juga menerima perkahwinan ini,” katanya.

Menceritakan mengenai sambutan Aidilfitri atau Aidiladha, beliau berkata, anaknya pulang menyambut lebaran di rumahnya dan ada kalanya ke Medan menyambut hari raya di sana.

“Kalau ada rezeki lebih, kami akan beraya di sana, malah Aidiladha lalu, anak saya turut mengadakan korban di kampung ibu tiri mereka dan ia sangat mengharukan saya,” katanya.

Abdul Aziz yang masih boleh membaca tanpa memakai kanta mata berkata, dia mempunyai 19 cucu dan dua daripadanya bakal berkahwin tahun depan.

Ditanya sama ada dia bercadang menambah zuriatnya dalam masa terdekat, katanya, tiada cadangan ke arah itu setakat ini dan kehadiran sepasang cahaya mata sebagai pengikat kasih dalam rumah tangga mereka sudah memadai kerana mempunyai tujuh anak sebelum ini.

“Kami kini lebih menumpukan pada persekolahan anak dan perniagaan, namun kita hanya merancang, tuhan juga yang menentukan,” katanya.{sinar}

Read more >>

Read more...

Siapa kata air dicincang takkan putus

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Akibat perselisihan faham, nyawa seorang abang melayang di tangan adik lelakinya sendiri disaksikan ibu bapa mereka di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dekat sini petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang melibatkan adik beradik berumur 21 dan 28 tahun itu yang bertengkar di ruang tamu sehingga suspek nekad mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan menikam abangnya.

Akibat tikaman di anggota badannya, suspek cedera parah dan segera dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum disahkan mati dua jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata motif kejadian sedang disiasat.{Sinar}
Read more >>

Read more...

{Video Inside} Audit Negara Akui Pentadbiran PR Lebih Baik Dari BN



KLANG, 27 NOV : Pentadbiran kewangan yang baik di empat negeri Pakatan Rakyat (PR) di akui oleh jentera kerajaan pusat sendiri menerusi laporan Ketua Audit Negara.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang dan Selangor mengungguli dari segi pengurusan kewangan dengan menduduki dua kedudukan teratas.

Ini secara tidak langsung, katanya, memberi pengiktirafan kepada PR yang mentadbir negeri dengan jayanya di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan berbanding negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

"Jangan dengar ucapan pemimpin PAS memuji pemerintahan Kelantan dan Kedah, jangan dengar ucapan pemimpin DAP memuji Pulau Pinang, sudah tentu pemimpin parti Keadilan memuji Selangor di sudut jaga kewangan jaga duit tetapi laporan orang tengah iaitu Audit Negara memberitahu bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat jauh lebih baik menjaga wang rakyat daripada Barisan Nasional.

"Laporan Audit Negara meletakkan di antara negeri yang terbaik jaga kewangan nombor satu Pulau Pinang dan nombor dua Selangor," katanya dalam Majlis Makan Malam DAP ke-45 yangg memnghimpunkan lebih 10,000 orang di Kompleks Sukan Pandamaran di sini malam tadi.

Selama ini katanya, PAS yang mentadbir Kelantan lebih 20 tahun telah melakukan pelbagai perubahan yang sering dikritik BN. Tetapi akhirnya, kerajaan pusat yang ditadbir BN mengikut apa yang dilakukan PAS.

"Kelantan dihentam begitu dahsyat oleh BN terutama bila memulakan pembaharuan misalnya cuti bersalin 60 hari waktu itu bekerja pegawai kerajaan cuti dua hari.

"Di dalam parlimen kami dihentam, mereka kata PAS mengajar rakyat menjadi malas bekerja tetapi sekarang kerajaan pusat sendri kerajaan BN sendiri mengikut apa yang dibuat di Kelantan," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor akan terus menjalakan pentadbiran yang mengutamakan kepentingan rakyat bersesuaian dengan program "Merakyatkan Ekonomi Selangor".

Katanya, tanggungjawab dan amanah itu perlu dipraktikkan setelah rakyat memberi mandat kepada PR dalam mengetuai Kerajaan Negeri.

"Kita di Selangor mahu tunjukkan bahawa kita boleh buat kerja kerana rakyat pilih kita bukan kerana hanya cakap sahaja tetapi rakyat pilh kita untuk kita buat kerja tunjukkan hasil kepada rakyat. Inilah yang kita laksanakan.

"Bajet kita untuk rakyat di Selangor. Hasil negeri untuk rakyat. 54 tahun kita tak ada slogan hasil negeri untuk rakyat, (yang ada) hasil negeri untuk Umno, hasil negeri untuk MCA dan hasil negeri untuk MIC," katanya.{TVS}



Ulasan admin:-

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang.

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah.

Yg remeh dan yg temeh
Berlegar di sekeliling mu
Yg remeh dan yg temeh
Berlegar di sekeliling mu.

Buatlah, buatlah tak tahu
Tepuklah, tepuklah tanganmu.

Rela jadi tunggul rela patung
Tunggu di lelong
Suruh angguk, angguk
Suruh geleng, geleng.

Oh puji lah aku
Ampunlah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak.

Yg remeh dan yg temeh
Berlegar di sekeliling mu
Yg remeh dan yg temeh
Berlegar di sekeliling mu.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER