Kekalahan Malaysia malam ni amat mengecewakan ramai peminat.Gol leading 2-0 ke atas Bahrain menambahkan keyakinan malaysia membawa pulang 3 mata .masa 90 minit sudah pun berlalu malah malaysia kecundang tiga kali berturut-turut memustahilkan malaysia layak ke sukan Olympic...Syabas malaysia kami tetap bersamamu.
jaringan cantik dari budak tak sempat ambil peperiksaan spm
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang untuk membentuk perjanjian persefahaman dengan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan pindaan kontroversi ke atas Akta Pekerjaan.
Setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan undang-undang tersebut.
Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Alias berkata, beliau juga akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan.
"Saya akan bawa usul, kita akan beri cadangan kepada Pakatan, kena buat MOU untuk kita tunjukkan keikhlasan... Awak tolong saya, saya akan tolong awak," katanya lagi.
"Beliau yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang meluluskan undang-undang berkenaan juga berkata, MTUC akan membuat keputusan untuk menyokong parti yang usaha menarik balik undang-undang berkenaan.
Tambahnya, MTUC juga akan meneruskan siri perhimpunan untuk membantah pindaan ke atas Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini.
Alias berkata, perhimpunan besar itu dijangka diadakan di hadapan bangunan Parlimen apabila undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Negara pada 12 Disember, katanya dalam perbahasan di Kongres Nasional PKR hari ini.
Dalam ucapannya, Alias turut meminta para perwakilan supaya memberi sokongan penuh untuk hadir ke perhimpunan berkenaan, disambut dengan laungan "sokong pekerja" oleh para perwakilan berkenaan.
Tambahnya, parti dalam Pakatan perlu menyokong bantahan berkenaan memandangkan golongan pekerja membentuk sejumlah lima juta daripada keseluruhan jumlah pengundi.
"Kalau biarkan (pekerja) berjuang tanpa sokongan saya takut mereka beralih sokongan," kata ahli PKR itu lagi ketika membahaskan usul memartabatkan kaum pekerja.
Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan.
Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini.{Mkini}
Majlis Peguam akan tetap meneruskan perarakan mereka Selasa depan walaupun kerajaan kini mempertimbangkan menilai semula beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dicadangkan.
"Walaupun ia sedikit positif bahawa kerajaan - sebagai reaksi kepada bantahan awam - mempertimbang meminda tujuh peruntukan, kecuali untuk mengurangkan tempoh notis, kita tahu, tidak pindaan lain ...," kata pengerusi majlis itu Lim Chee Wee.
"Bagaimanapun, ia sebenarnya mencerminkan apa yang salah dengan proses yang melibatkan rang undang-undang itu - ia amat tergesa-gesa untuk dijadikan undang-undang tanpa perundingan awam yang mencukupi."
Kata Lim, penyelesaian terbaik dengan merujuk rang undang-undang itu kepada jawatankuasa khas parlimen.
Majlis Peguam semalam mengerahkan 14, 000 anggota berarak dalam program dinamakan Walk for Freedom (berjalan untuk kebebasan) pada Selasa depan apabila rang undang-undang itu akan dibahas.
Lim berkata, rang undang-undang itu amat berbeza dengan amalan negara luar seperti United Kingdom dan Findland yang memerlukan notis lebih pendek untuk berhimpun dan langsung tidak perlu sekiranya tidak munasabah secara praktikalnya.
"Di Finland, hanya enam jam diperlukan. Di Malaysia, perhimpunan dalam gerakan atau perarakan kecuali perarakan pengebumian, adalah dilarang. Ini adalah keterlaluan," katanya.{Mkini}
Ulasan Admin:- Semua golongan ingin kebenaran tanpa kira fahaman agama,bangsa dan pangkat.hanya yang kabur dengan wang ringgit sahaja masih menyokong kemungkara,kezaliman dan pengkhiantan.Malaysia ini milik kita bukan milik umno.sayang generasi anak cucu kita? ubah sekarang,penentu kerajaan di tangan anda di PRU 13.
Bekas Menteri Mengakui Hakikat Sebenar BN Kalah?
-
Keputusan PRU13 pada 5 Mei lalu menyaksikan persaingan sengit di antara BN
dan PR. Sementara BN menguasai 133 kerusi Parlimen, lebih 44 daripada
pemba...
Timbalan Ketua Pemuda PAS berlagak macam orang tua?
-
Aku kata apa yang Nik Abduh tulis dalam facebook dia tu tak berapa nak kena
pasai yang tulis tu dia, Timbalan Ketua Pemuda PAS. Kalau yang tulis tu
Ketua D...
Hot!! Menteri KDN pantang dicabar...
-
Wow!!
Menteri Dalam Negeri dah tunjuk taring. Sesapa yang mempertikai keputusan
PRU 13 kali ni sila berambus dari Malaysia dan berhijrahlah ke negara y...
Kesetian sahabat, Ahmadinejad kepada Chavez
-
Dalam klip pendek ini, kita boleh melihat kesedihan seorang sahabat,
Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad diatas kematian teman seperjuangannya,
Hugo Chavez...
Bukti Penipuan Najib Terbongkar - SEBARKAN!!!
-
Mak ai.
Sabar Najib.. sabar.
Sebagai PM ko kena sentiasa menerima faham bahawa setiap kata2 dan tindakan ko akan direkodkan untuk kegunaan kita orang di ma...
Amah diperkosa pekerja mesin rumput
-
Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Diacu pisau di leher sebelum dirogol pekerja mesin rumput.
Begitulah nasib menimpa seorang pembantu rumah warga Indonesia yan...
DAP dedah satu lagi kes Umno beli tanah murah
-
Malunya DAP yang didakwa umno bahawa parti itu racist benci melayu, so
dengan pendedahan ini umno aan counter " ini cina dengki sama melayu..
ADUN Sekinc...