Powered by Blogger.

APA MASALAH SI ZUL NI...MEMANG GILA PUBLISITI MURAHAN MANGKUK NI

>> Wednesday, 17 March 2010

note:
kehkehkeh...cakap keluar buah bodoh sokmo...eeeee semakin geli wa tengok muka mangkuk ni...saje lu cari pasal bagi depa marah naaa...cilako lu zul...lu sudah bebas lu apa sangat sakit hati sama anwar...pasal kerusi di parlimen lu ada jangkitan siplis ka...lu rasa hebat lu perkukukan lah 
"parti seks sebebas rakyat semalaysia"...pastu lu hantam sama berahim ali berebut jawatan presiden...kahkahkah geng2 gila menyondol...kahkahkah

Saya terbaca kenyataan Zulkifli Noordin, salah seorang Ahli Parlimen bebas, bahkan dia satu-satunya Ahli Parlimen bebas yang menjadi bebas kerana dipecat, bukan keluar parti!  Dalam kenyataannya dia menasihati Anwar Ibrahim supaya berundur dari jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.  Alasannya mudah, parti yang diwakili Anwar, PKR (juga parti Zul Noordin sebelum ini) tidak lagi menjadi parti terbesar di kalangan parti-parti bukan dalam kerajaan di Dewan Rakyat.
Zul Noordin (gambar kiri, sebelah kiri), selaku pengamal undang-undang, cuba merasionalkan kenyataannya ini menggunakan hujah perlembagaan, hujah undang-undang.  Dalam bahasa undang-undangnya dia menggunakan istilah konvensyen.  Sefaham saya konvensyen yang disebutnya adalah konvensyen berperlembagaan (constitutional convention) kerajaan berparlimen gaya Westminster yang sepatutnya menjadi amalan negara kita sebagai bekas sebuah koloni British, dan juga sebagai salah sebuah negara anggota Komanwel.

Sesuai dengan Sidang Dewan Rakyat ke-12 penggal ketiga yang baru bermula dan dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung, moleklah rasanya saya berusaha mencerahkan sedikit pemikiran pembaca dengan isu berkaitan demokrasi berparlimen di negara kita ini.

Ketua Pembangkang Parlimen

Saya sedar tentang wujudnya konvensyen ini, iaitu mengikut kebiasaannya, jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen disandang oleh pemimpin dari parti terbesar dari kalangan parti-parti yang bukan dalam kerajaan.  Tetapi saya amat-amat berharap supaya Zul Noordin tidak menyalahguna ilmu undang-undangnya untuk menyatakan sebahagian dari kebenaran, sedang pada masa yang sama menyorokkan pula sebahagian darinya.  Janganlah biarkan kebencian politik saudara sampai memusnahkan terus intelektualiti yang kita ada.

Bukankah kenyataan tentang konvensyen dalam perlantikan Ketua Pembangkang itu ada sambungannya, bukan setakat itu sahaja?  

Bukankah berdasarkan konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen mengikut gaya Westminster ini juga, Ketua Pembangkang selalunya adalah pemimpin yang dilihat sebagai Perdana Menteri alternatif kepada pemegang jawatan sedia-ada, sebagai ketua kepada kerajaan alternatif yang dikenal sebagai kabinet bayangan?  Saudara sendiri semasa dalam PKR pernah mendokong citra Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya, bukan?  Apakah saudara merasa Haji Hadi atau Lim Kit Siang boleh menggantikan tempatnya?

Kalaupun Zul Noordin merasa boleh, jika kalangan pimpinan PAS dan DAP masih menerima ketokohan Anwar sebagai Perdana Menteri alternatif, sebagai ketua kepada kerajaan alternatif yang dinamakan sebagai kabinet bayangan itu, maka mereka pun mengikut konvensyen.

Masalahnya, selaku pengamal undang-undang, ada soalan yang Zul Noordin perlu jawab, sebenarnya konvensyen mana yang kita ikut?  Sebab konvensyen yang disebutnya ini tidak pula diikuti bila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan dalam kes MB lawan MB, Nizar Jamaluddin lawan Zambry Kadir.

Kes MB kembar Perak

Mengikut konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen gaya Westminster, usul undi tidak percaya hanya boleh berlaku di dalam Dewan, tidak boleh di mana-mana tempat lain, wa’ima di dalam istana sekalipun.  Hakim yang membaca teks penghakiman dalam kes MB lawan MB ini ternyata melanggar konvensyen bila mana mengesahkan kedudukan Zambry dengan alasan bahawa tiada peruntukan usul undi tidak percaya dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.  Memang ia tiada kerana ia berdasarkan konvensyen (kebiasaan)!

Hakim ketika itu membuat keputusan dengan mengenepikan konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen gaya Westminster, tetapi mengikut perlembagaan negara-negara seperti Jerman dan Sepanyol.  

Mengapa Zul Noordin waktu itu tidak pula sibuk-sibuk mahu mencari populariti, menggunakan latar belakang undang-undangnya bercakap tentang konvensyen?  Jangan jadi munafik ketika berkopiah dan bercakap berjela-jela tentang Islam.  

Sebagai seorang profesional, jangan saudara Zul merendahkan diri saudara setaraf Ibrahim Ali, hanya kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi.

Saya tidak mengatakan Zul Noordin salah, tetapi saya mengatakannya tidak berapa betul.  Tambah lagi, berdasarkan kata-kata dan tindakannya sebelum dia dipecat dari PKR, Zul Noordin juga ternyata seorang yang tidak mengikut konvensyen (kebiasaan).  Bagaimana pandangan seorang yang ternyata melanggar konvensyen (kebiasaan) boleh menjadi kredibel bila bercakap tentang konvensyen (kebiasaan)?

Lembaga Disiplin Parti

Kepada Zul Noordin, ingin saya mengingatkan bahawa bukanlah satu konvensyen (kebiasaan) untuk seorang ahli parti (ketika saudara masih menjadi ahli PKR) untuk bertindak tidak mengiktiraf 

Majlis Pimpinan Parti sendiri bila saudara mempertikaikan pilihan Majlis Pimpinan Parti saudara dalam melantik anggota lembaga disiplin parti yang membicarakan kes saudara, seterusnya tidak mengiktiraf pula lembaga disiplin yang dilantik itu.  

Bukanlah juga satu konvensyen (kebiasaan) mana-mana parti politik sekalipun, ahli yang dihadapkan ke lembaga disiplin pula yang punya kuasa untuk memilih keanggotaan lembaga disiplin tersebut.  Konvensyen mana yang saudara pakai?

Ingatan saya lagi buat Zul Noordin, jangan salah langkah dalam usaha saudara untuk memotretkan diri saudara sebagai pejuang Islam di khalayak politik Malaysia.  

Saudara mahu menjadi hero Islam di negara ini dengan bersuara lantang menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.  Adalah satu konvensyen (kebiasaan) juga, Islam di era Nabi Muhammad s.a.w, orang bukan Islam dibenar untuk menggunakan kalimah Allah.

Habis, saudara mahu menjadi hero Islam menggunakan konvensyen Islam yang mana?  Konvensyen Islam Nabi Muhammad s.a.w atau konvensyen Islam Umno?

Saya menulis tentang ini bukan kerana saya ahli PKR, bukan kerana saya memuja Anwar, kerana saya bukan kedua-duanya!  Zul Noordin pun tahu tentang ini.  Jika mahu bercakap tentang demokrasi, seseorang itu mestilah dilihat hidup berlandaskan demokrasi, jika mahu bercakap tentang iman, seseorang itu mestilah hidup didasari iman. 

Lalu, jika mahu bercakap soal konvensyen (kebiasaan), maka kita mestilah pula dilihat sebagai orang yang sentiasa patuh dan akur kepada konvensyen (kebiasaan).  Zul Noordin patuh kepada konvensyen mana?  Konvensyen berperlembagaan, konvensyen Islam, konvensyen Pakatan, atau konvensyen Barisan, atau bukan kesemuanya?  Atau bercelaru sampai gagal ditentukan?

Mentang-mentanglah Zul Noordin sekarang ini sudah menjadi Ahli Parlimen bebas, katanya akan wujud blok bebas di Parlimen sebagai kuasa ketiga dan konon khabarnya akan diketuai oleh Ibrahim Ali, maka Zul Noordin si peguam pun turut sama terheret menjadi seperti Ibrahim Ali?  Bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh ditegur…

*Zukri Aksah ialah bekas aktivis keADILan (PKN - PKR), pernah terpilih sebagai Exco AMK selama dua penggal. Beliau meninggalkan PKR pada tahun 2007, kini sebagai kolumnis Harakahdaily.
Read more >>

Read more...

GERAKAN ANTI ISA-TIDAK ZALIM KAH UMNO

Oleh:KetuaPolis

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai lebih daripada 83 buah organisasi terdiri daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Parti-Parti Poliltik, Badan Hak Asasi Manusia, Wanita, Mahasiswa, Majlis Peguam dan Pertubuhan Pekerja menggesa Kerajaan untuk menghentikan cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi sebaliknya menegaskan ISA mesti dimansuhkan.

Dalam kerajaan ingin meminda akta ini, satu penangkapan ISA terbaru telah diberi liputan besar-besaran oleh media milik kerajaan bahawa kerajaan telah menahan sekumpulan pelajar yang majoritinya adalah dari luar negara yang sedang menuntut di beberapa universiti di Malaysia dan menuduh mereka sebagai pengganas antarabangsa. Seramai 12 orang telah ditahan pada 21 Januari 2010.

Mereka telah dinafikan hak untuk bertemu peguam walaupun telah beberapa kali dipohon. Mereka telah menfailkan permohonan habeas corpus sehingga hari perbicaraan iaitu pada 11 mac 2010, mereka masih tidak dibenarkan berjumpa peguam. Kerajaan dengan ini jelas mencabul hak mereka. Apakah ini yang dikatakan pindaan yang menambah baik ISA?

Tiba-tiba mereka yang dituduh pengganas itu dibebaskan dan secepat kilat dihantar pulang ke negara masing-masing dan beberapa orang masih menunggu di Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang tanpa memaklumkan kepada isteri dan ahli keluarga mereka dan tanpa membenarkan mereka berjumpa ahli keluarga mereka sebelum dihantar pulang. Isteri-isteri tersebut adalah Bashirah isteri kepada Luqman Abdul Salam yang dihantar pulang pada 13 Mac 2010 dan Khalidah isteri kepada Abdul Alhi Bolajoko Uthman yang dihantar pada 14 Mac 2010. Kedua-duanya dihantar pulang ke Nigeria. Ummu Huzaifah isteri kepada Sheikh Aiman warganegara Syria, seorang pelajar PhD Universiti Putra Malaysia hanya dapat bercakap dengan suaminya melalui telefon sejurus sebelum suaminya berlepas (dihantar pulang) pada 16 Mac 2010.

Tindakan kerajaan Malaysia yang mempunyai elemen penderaan emosi dan psikologi terhadap isteri mangsa ISA adalah bertentangan dengan Konvensyen Antarabangsa, CEDAW yang menghendaki setiap negara di dunia menghentikan sebarang bentuk penderaan dan keganasan terhadap wanita.

Jawatankuasa Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA(PSK-GMI) mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap pasukan polis dan jabatan imigresen Malaysia yang membiarkan ahli keluarga mereka yang ditahan bersendirian terumbang ambing di Malaysia. Mereka tidak mempunyai keluarga di sini bahkan mereka datang kerana menemani suami mereka untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia.

Alangkah terkejutnya mereka apabila tiba-tiba suami mereka ditahan tanpa dibenarkan membela diri terus dihantar pulang dan meninggalkan mereka bersendirian dengan anak-anak di sini. Mereka adalah wanita yang mempunyai hak untuk dilayan seperti manusia dan bukan dibuat sesuka hati oleh Menteri Dalam Negeri.

Kami memberi amaran kepada Menteri Dalam Negeri bahawa kes penangkapan ini akan menjadi bebanan dan memburukkan imej Malaysia di mata dunia. Malaysia yang selama ini mempromosikan bahawa negara kita adalah destinasi pelancongan dan sebagai hub pendidikan pelajar luar negara khususnya dari negara timur tengah telah tercemar dan menakutkan mereka kerana adanya undang-undang drakonian iaitu ISA.

Kempen supaya ISA dimansuhkan sudah berjalan sejak 20 tahun lalu dan telah berjaya mencipta gelombang kesedaran dan perubahan hasil daripada kempen GMI dan anggota gabungannya. Isyarat jelas penolakan terhadap ISA dilihat pada keputusan Pilihanraya Umum ke-12, 8 Mac 2008 dan kejayaan Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009.

Jawatankuasa Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA(PSK-GMI) yang selama ini menjadi tempat mengadu nasib bagi kaum wanita dan kanak-kanak mangsa ISA, tetap dengan pendirian bahawa ISA telah menzalimi golongan wanita. Hasrat kerajaan yang kononnya membela wanita adalah ternyata kenyataan hipokrat apabila menggunakan ISA terhadap rakyat dan sesiapa sahaja dan sekaligus menganiaya golongan wanita dan kanak-kanak yang menjadi keluarga tahanan.

Sejak tahun 1960 hingga kini (2010), lebih 20,000 orang ditahan tanpa bicara di bawah ISA. Kesan penangkapan ISA, lebih 50,000 orang terdiri dari wanita dan kanak-kanak yang telah kehilangan ketua keluarga yang mencari rezeki dan tempat bergantung pendidikan dan kasih sayang seorang bapa.

Dengan ini kami menuntut agar:
Kebajikan isteri-isteri pelajar-pelajar ini ditanggung oleh Kerajaan Malaysia
Jika mereka ingin pulang ke negara masing-masing, kerajaan mestilah menguruskan penghantaran mereka sehingga selamat sampai Kerajaan memohon maaf atas kesilapan menahan suami mereka dan membayar gantirugi pengajian suami mereka yang terhenti disebabkan pengkapan ISA


Kenyataan Media ini disokong oleh:

1. YB Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang & Ketua Wanita KEADILAN)

2. YB Chong Eng (Ahli Parlimen Bukit Mertajam & Ketua Wanita DAP)

3. Hjh Nuridah Salleh (Ketua Muslimat PAS)

4. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja)

5. YB Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng)

6. YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu)

7. YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)

8. YB Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa)

9. YB Haniza Talha (Adun Taman Medan, Timbalan Speaker Dun Selangor)

10. YB Rodziah Ismail (Adun Batu Tiga, Exco Wanita Kerajaan Negeri Selangor)

11. YB Siti Aishah Hj Ghazali (Adun Merbau Pulas, Exco Wanita Kerajaan Negeri Kedah)

12. YB Saari Sungib (Adun Hulu Kelang)

13. YB Mumtaz Md Nawi (Senator, Kelantan)

14. YB Siti Zailah Mohd Yusof (Ahli Parlimen Rantau Panjang)

15. YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan)

16. YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang)


BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

tukartiub

          !!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
          !!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak ...!!!

Read more >>

Read more...

TAK PUAS HATI SEBAB BELUM DAPAT PELUK BIK MAMA...KEHKEHKEH

note:
kehkehkeh...tionaseng lu chong...lu apa mau...lu mau amoi ka...lu mau mak nyah ka...oooo belum di peluk selagi tu belum puas maaa...ini patut di salahkan bik mama...sebab bik mama yang ajar macamana nak berpelukan dengan perempuan yang chuby sehingga ke celah dua gunung berapi...kahkahkah...alahai mama bik lu manyak syok itu kulit putih ka...apa pasal,bijan kulang itu power ka...kasi minum kopi janda la atau kacip fatimah...kehkehkeh lu chong manyak cilidik aaaa...ha'ya manyak syok ooo peluk itu mama chuby...kahkahkah

PEMAIN badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei masih belum puas meskipun sudah mencatat nama sebagai juara Kejohanan Seluruh England.


“Saya tidak boleh terlalu gembira dengan kejayaan Seluruh England ini.


“Masih banyak kejohanan besar yang harus diberi perhatian tahun ini termasuk Piala Thomas, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel dan Sukan Asia,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Read more >>

Read more...

SCORPENE ROSAK,SUKHOI HANYA DUA DAPAT BEROPERASI DARI 16 BUAH

note:
kehkehkeh...kahkahkah...kena lebong seluruh malaysia...dulu berbangga-bangang dengan kehadiran KD tunku abd rahman..kini bersemadi dengan tuannya tanpa bernafas kerana didapati sudah lemas selemasnya...kerana di dapati kd abd rahman tidak pandai swimming...kahkahkah...kerja bodoh.kerja syaitan,kerja mengkayakan bini rosmah laki najib...waaaaaaa banggangnya rakyat mesia masih sayangkan bijan...kahkahkah.


Kenyataan Menteri Pertahanan bahawa negara tidak memerlukan penilai bebas antarbangsa bagi memastikan perjalanan dan ujian yang dilakukan terhadap kapal selam tersebut mengikut piawaian yang betul disangkal oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan pandangan penilai bebas antarabangsa itu amat perlu.

"Penilai ini sangat perlu kerana mereka lebih dahulu menggunakan kapal selam, jika kita menggunakan penilai dalam negeri pengetahuan kepakaran dalam kapal selam terlalu sedikit, sebab itu perlunya penilai antarabangsa.

"Kos proses pembaikan yang tidak sama antara RM270 juta dengan RM600 juta dan kita lihat kepada jawapan yang diberikan Menteri terbabit menyata RM270 juta adalah unjuran manakala RM600 juta adalah had maksimum harga tersebut, jadi itu perlunya penilai antarabangsa," kata Mahfuz.

Perbahasan yang tertumpu kepada masalah teknikal yang dihadapi kapal selam pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh menyelam di bawah air disifatkan kegagalan Kerajaan dalam memastikan keupayaan sebenar kapal selam tersebut sebelum sebarang urusan dilakukan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpendirian tiada keperluan untuk kerajaan mendapatkan khidmat penilai bebas antarabangsa bagi menjamin keselamatan kapal selam negara.

Katanya, masalah teknikal yang dialami kapal selam pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman telah diatasi dan ujian keselamatan telah dilaksanakan.Mahfuz menyifatkan jawapan yang diberikan Menteri terbabit bahawa kos bagi menyelenggara kenderaan lama adalah lebih tinggi berbanding dengan kenderaan baru adalah tidak masuk akal.

"Kapal selam yang kita beli itu adalah yang baru mengapa perlu kos yang tinggi jadi sebab itu perlu penilaian antarabangsa bagi memastikan nilai tersebut adalah munasabah

"Proses penilai harus di lihat bagaimana barang yang dibekal mengikut harga yang sepatutnya dan kalau kos terlalu tinggi siasatan perlu dilakukan bagi mendapat jawapan yang sebenar tanpa ada sebarang penyelewengan. Apa yang penting perlu penyiasatan bebas dalam hal tersebut," tegas beliau.

Sebelum itu Ahmad Zahid  memberitahu anggaran kos penyelenggaraan kedua-dua kapal selam tersebut berjumlah RM270 juta setahun tetapi tidak menyatakan jumlah kos pembaikan sebenar sebaliknya menyifatkannya sebagai jumlah kecil.

Namun Ahli Parlimen Selayang William Leong berkata jumlah kontrak yang ditawarkan kerajaan kepada kontraktor adalah RM600 juta.

Menjawab persoalan ini, Ahmad Zahid berkata ia merupakan jumlah maksimun di mana kemungkinan kos anggaran yang dibuat kerajaan akan meningkat bersesuaian dengan usia kapal itu, kerajaan juga masih belum melantik kontraktor berkenaan kerana ia masih diperingkat rundingan.

Selain itu Ahmad Zahid menyatakan kerajaan sudah mempunyai perjanjian penyelenggaraan antara pembekal dan tidak mempunyai masalah jika timbul masalah teknikal terhadap kapal tersebut.

"Kita bersetuju dengan kenyataan tersebut tetapi kita perlu menilai apa yang terkandung di dalam perjanjian tersebut adakan ia menguntungkan kita atau tidak, disinilah perlunya kepakaran dan penilai bebas dalam memastikan kita tidak tertipu dengan perjanjian tersebut," katanya lagi.-suarakeadilan
Read more >>

Read more...

MASIHKAH SPR ANJINGAN UMNO

Oleh:KetuaPolis


note:
kehkehkeh...wa rasa baik lu anwar bercakap dengan anjing berkaki empat lagi bagus...lu bercakap dengan animal yang berkaki dua buang masa,mulut pun jadi busuk...lu sudah tahu kan spr,sprm,polis,mahkamah...mana pembangkang punya...itu semua animal belaan umno maaa...lu jangan bingai sangatla...tapi per2 hal anwar wa salute lu...kasi pucatkan bibir najibuntuya...kehkehkeh

KUALA LUMPUR 17 MAC:Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya supaya pendaftaran mengundi dilaksanakan secara automatik bagi rakyat Malaysia yang mencapai usia 18 tahun.

Anwar menjelaskan seramai 4.3 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi, belum mendaftar.

Beliau juga menggesa SPR keluar dari cengkaman jentera pemerintah dan bergerak dengan bebas dalam meningkatkan jumlah suara rakyat yang bakal menentukan parti pilihan mereka.
Anwar turut membuat perbandingan SPR jauh lebih terkebelakang dengan badan yang sama peranannya di India, Indonesia dan Tukri dari segi kebebasan menjalankan tugas.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengusulkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas layak mengundi melalui pendaftaran secara automatik.

Usul itu ditandatangani bersama opimpinan tertinggi tiga parti iaiti Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS dalam dokumen dasar bersama Pakatan Rakyat.

Anwar berkata demikian pada sesi perbahasan sidang Dewan Rakyat dengan menyorot perhatian dewan kepada kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof pada 10 Februari lalu yang mengatakan pihaknya masih mengkaji pendaftaran melalui online.

Abdul Aziz dalam kenyataan sebelum ini mengakui pendekatan yang diambil SPR sejak sedekad lalu gagal mencapai sasaran yang diharapkan suruhanjaya itu.

Sejak 2003, SPR memperkenal pendaftaran pengundi baru sepanjang tahun dengan daftar pemilih dikemas kini setiap suku tahun, berbanding pendaftaran setahun sekali sebelum itu.

Selain itu SPR menggunakan khidmat 696 pejabat pos, kaunter statik di pejabat-pejabat SPR, kaunter bergerak dan penggunaan khidmat seramai 2,418 penolong pendaftar membabitkan wakil parti-parti politik.

Walhal, SPR melalui kenyataan Aziz mengatakan badan itu hanya mampu memproses sebanyak 300 ribu pendaftaran sahaja setahun sedangkan pengundi yang layak mengundi mencecah 500 ribu orang setahun-tvselangor
Read more >>

Read more...

MENCEGAH ZINA AMANAT UMMAH HINDARI KEMUNGKARAN

Oleh:Mohamad Isa Abd Ralip (Pgsm)


Mencegah zina

Pelacuran adalah antara profesion tertua di dunia. Sama ada kita sedari atau tidak, kegiatan pelacuran ini sudah menular di negara kita, selari dengan perkembangan spa eksekutif, pusat pelacuran atau rumah urut yang menyediakan khidmat seks. Tempat ini menjadi kunjungan lelaki bagi melepaskan nafsu mereka dengan bayaran tertentu.


Sejak kebelakangan ini, atas alasan bimbang dicekup pihak berkuasa, lelaki kemaruk seks kini cenderung menjadikan rumah kediaman mereka sebagai pusat operasi melepas nafsu. Golongan ini melanggan pelacur dengan hanya membuat panggilan telefon menyewa 'call girl' yang diiklan sama ada menerusi laman web atau e-mel.


Dengan hanya satu panggilan, pelacur ini akan datang ke rumah pelanggan mereka. Betapa mudahnya maksiat di hadapan kita. Kebimbangan kita ialah jika gejala sosial ini tidak dibendung, ia akan menyebabkan keruntuhan moral kepada generasi kini dan akan datang. Maksiat mudah saja diperoleh dengan hanya melayari internet serta menggunakan e-mel tawaran.


Aktiviti ini sewajarnya dibendung daripada terus berleluasa dan sebagai orang awam yang bencikan maksiat, perbuatan ini harus dicegah. Pencegahan boleh diambil oleh jiran atau rakan serumah yang mengetahui kegiatan yang berlaku di depan mereka. Mereka boleh menghubungi pihak berkuasa agama negeri masing-masing.


Perbuatan ini, selain salah dari segi moral, adat serta budaya timur, ia jelas berlawanan dengan kehendak agama kerana ia mengundang kepada perzinaan. Perzinaan diharamkan agama dan jelas ia banyak mengundang keburukan dari segi nasab serta juga boleh mengundang penyakit kelamin, malah lebih buruk kepada menularnya penyakit Aids.





Selain itu juga, perbuatan perzinaan ini juga salah dari segi undang-undang di negara kita. Bagi mereka yang terbabit dengan aktiviti ini, tidak kira sama ada golongan lelaki yang melanggan serta golongan wanita yang memberikan khidmat seks, perbuatan ini menjadi suatu kesalahan jenayah syariah.


Kesalahan membabitkan kesalahan moral dan individu yang melakukan kesalahan ini boleh didakwa atas tiga kesalahan mengikut Enakmen Jenayah Syariah. Setiap kesalahan mengikut kepada keadaan sesuatu kes. Mereka yang ditahan boleh didakwa, pertamanya atas kesalahan berkhalwat manakala keduanya, atas kesalahan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah dan ketiga, kesalahan persetubuhan luar nikah (haram).


Bagi kesalahan khalwat, merujuk kepada Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, Seksyen 29 (1) (a) dan (b) memperuntukkan bahawa mana-mana orang lelaki atau perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya atau berada bersama dengan seorang atau lebih seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan tidak bermoral adalah melakukan kesalahan di bawah khalwat ini.


Apabila seseorang itu disabitkan atas kesalahan khalwat, hukumannya denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Kesalahan khalwat ini boleh dikenakan terhadap orang yang ditangkap di dalam keadaan mereka ini baru disyaki melakukan sesuatu perbuatan tidak bermoral seperti bercium serta belum sampai ke tahap melakukan persetubuhan atau percubaan melakukan persetubuhan luar nikah.


Bagi kesalahan keduanya pula apabila seseorang itu ditangkap di dalam keadaan mereka itu melakukan apa-apa perbuatan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, walaupun perbuatan itu tidak sampai ke tahap melakukan persetubuhan luar nikah.


Undang-undang memperuntukkan bahawa mereka boleh ditangkap serta didakwa mengikut Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Jika disabit kesalahannya, individu berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.


Bagi kesalahan ketiganya pula, apabila seseorang itu ditangkap di dalam keadaan mereka itu melakukan persetubuhan, maka undang-undang memperuntukkan bahawa mereka boleh ditangkap serta didakwa atas kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah (haram).


Contohnya Seksyen 25 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan bahawa mana-mana lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan persetubuhan luar nikah.


Sekiranya lelaki itu didapati bersalah dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.


Bagi 'call girl' (pelacur) yang ditangkap pula atas kesalahan ini sekiranya ia beragama Islam maka wanita berkenaan juga mengikut Seksyen 25 (2) Enakmen sama apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.


Undang-undang syariah negara kita sudah memadai untuk mendakwa individu yang terbabit secara langsung dengan aktiviti yang tidak bermoral ini. Sehinggakan Mahkamah Syariah boleh mengenakan hukuman sebatan terhadap individu terbabit dengan kesalahan persetubuhan haram ini tanpa mengira individu itu lelaki mahupun perempuan, selain hukuman denda serta penjara sebagai pengajaran.


Sewajarnya kita sebagai umat Islam harus sensitif terhadap perkara berkaitan sebarang aktiviti membabitkan perzinaan. Isu seperti ini jelas bahawa mereka ini sengaja membabitkan diri kepada perzinaan.
Read more >>

Read more...

SIAPA AJAR MAT ASLI NI BERDEMO BUAT SUSAH TOPI MERAH JER...!!!

note:
kehkehkeh...perghhhhhhh letih kali ni mat topi merah nak bekerja...nak di bom asapkan si asli ni di makannya asap...nak di sembur water canon diingatkan pula salji...kehkehkeh cara terbaik untuk fru untuk menghadapi orang asli esok...segerakan dapatkan supit di jalan conlay...waaaaa sejarah membuka mata esok...geng sumpit akan menguasai putrajaya...wa nak tanya siapa ajar mamat hutan ni berdemo...mmmm dah pandai memprotes yer...lu ingat nanti mat bijan akan membakar lu punya hutan lu mana mau tinggal...kahkahkah

Sekurang-kurangnya 1,000 Orang Asli dijangka berhimpun di Putrajaya esok untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.
Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil.

Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara.

"Dalam konvensyen bersama JHEOA (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) di Cheras baru-baru ini, mereka gagal jelaskan mengenai isu-isu tanah dalam dasar ini sebab itu kita hendak bantah," katanya Jenita ketika dihubungi petang ini.

Jelasnya lagi, dasar berkenaan juga tidak memihak kepada Orang Asli dan tidak mewakili kemahuan golongan itu.

"Dasar itu menyatakan tanah seluas enam hingga lapan ekar sahaja diberikan kepada ketua isi rumah. Kita mahu semua tanah yang dbuka oleh nenek moyang kami sebelum ini diberikan milik kepada kami, bukan enam atau lapan ekar sahaja," katanya lagi.

Tambahnya, masyarakat itu juga ingin menuntut supaya sekatan-sekatan dalam dasar tersebut dimansuhkan bagi membolehkan mereka diberikan hak untuk memperdagangkan tanah berkenaan.

Perhimpunan esok dijangka menjadi perhimpunan kedua seumpamanya, selepas mereka mengadakan satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.-malaysiakini
Read more >>

Read more...

JENIS MENATANG JAHAT KERAJAAN PUSAT

note:
kehkehkeh...kalau nama penyangak tidak akan menjadi mat sabu...kalau perompak takkan menjadi noh badut...kalau rosmah takkan jadi ct haliza...kehkehkeh kalau najib boleh jadi madey wal kutty.

Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya semakin tersepit dengan isu royalti minyak mereka nafikan keatas negeri Terengganu dan Kelantan.

Satu demi satu ‘tembelang’ Umno tentang hak Terengganu dan Kelantan menerima 5% bayaran royalti ‘pecah’, dan kini rakyat sudah tahu pembohongan Umno
”Tengoklah duit royalti tu, belit bukan main….. mula boleh, masa PAS perintah (Terengganu) kena tarik, hari ni tak boleh (royalti), boleh wang ehsan,”kata Exco Kerajaan negeri Kelntan, Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah ketika berucap dalam satu majlis penerangan di Dungun, semalam.

”Kelantan tak boleh. Sebab apa? Sebab di luar tiga batu nautika, itu alasan, tiga batu nautika lebih kurang lima kilometer….kat mana ada minyak dalam lingkungan lima kilometer? Mana ada!,”kata Nik Amar mempersoalkan alasan yang diberi oleh kebanyakan pemimpin Umno, mengapa Kelantan tidak berhak menerima pembayaran royalti minyak.

Beliau menolak alasan kerajaan pusat yang menjadikan Ordinan Darurat sebagai hujah mengatakan minyak yang digali di Kelantan adalah diluar sempadan negeri Kelantan.

Katanya, ordinan tersebut adalah sempadan untuk keselamatan, bukannya sempadan sebenar sesebuah negeri.

Beliau menyelar dakwaan pihak yang mendakwa.kawasan perairan Kelantan hanyalah sekadar tiga batu nautika dan mengatakan ia adalah pendapat ‘loyar buruk’ (pendapat yang tidak betul).

”(Telaga minyak) di Sabah (dan) Sarawak (adalah) di luar (kawasan) tiga batu nautika, (tetapi) mengapa (royalti) di bayar kepada Sabah dan Serawak?,

”Di Terengganu juga diluar kawasan tiga batu nautika, (jaraknya) 150 kilometer, mengapa sebelum ini (royalti) di bayar ke Terengganu? tiap-tiap tahun bayar, (tapi bila) PAS menang baru sekat, baru jadi wang ehsan………. Selama ni apa dia?.”soalnya lagi.

Sehubungan itu, beliau mendedahkan, ada seorang Profesor daripada sebuah universiti berkata, Akta Pembangunan Petroliam (Petroleum Development Act – PDA) tidak sah.
Katanya, Professor tersebut mendakwa, PDA tidak sah di sebabkan adanya ordinan darurat.

”Sedap jugok lawyer (peguam) itu, ambo (saya) jawab mudah je, kalau PDA tu tidak sah mengikut tafsiran peguam tersebut, maka Petronas juga tidak sah,”jelasnya.

Beliau berkata demikian kerana menurutnya Petronas ditubuhkan mengikut akta tersebut.

Oleh itu, kata beliau, kalu akta itu tidak sah, bererti syarikat minyak nasional itu adalah satu pertubuhan haram di Malaysia.
“Petronas kena berhenti gali minyak di perairan Malaysia, (hak tersebut) kena beri balik (serah semula) kepada (kerajaan-kerajaan) negeri balik.

”itu kesannya kalau kita (buat) tafsira begitu, sebab PDA adalah asas penubuhan petronas, kerana ada PDA baru wujud petronas, kalau PDA ni tidak sah mengikut undang-undang, petronas adalah entiti haram di Malaysia,”tegasnya.-buletinonline
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER