Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada rakyat akibat golongan perniagaan yang menolak GST.
"Kenyataan yang dibuat oleh Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) meminta kerajaan menangguhkan GST adalah bertepatan dengan keputusan yang di buat oleh sidang meja bulat berkenaan isu GST yang di anjurkan oleh Lujnah Pengguna PAS Pusat yang disertai oleh pelbagai pihak yang turut membuat keputusan meminta kerajaan menangguhkan bacaan kedua Rang Undang-undang GST di Perlimen pada sidang yang akan bermula 15 Mac ini," kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataan medianya yang dihantar kepada Erapakatan.com.
Menurut Mahfuz, penangguhan bacaan kedua ini menunjukkan kerajaan perlu menarik balik Rang Undang-Undang tersebut.
Tuntutan FMM itu juga disifatkan sebagai 'undi tidak percaya' masyarakat perniagaan terhadap kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"Jika masyarakat perniagaan menolak GST sudah tentu masyarakat pengguna juga menolak GST," tegas Mahfuz.
Mahfuz berkata, pandangan PAS dan FMM adalah jelas iaitu kerajaan perlu mengutamakan pengurusan kewangan negara yang amanah dan cekap serta menghentikan ketirisan kewangan negara sama ada melalui rasuah mahupun pemberian subsidi kepada IPP, syarikat konsesi lebuhraya dan lain-lain.
Kerajaan juga katanya tidak boleh hanya menjadikan alasan negara di dunia sudah pun beralih kepada GST maka Malaysia perlu mengikutinya dan tindakan tersebut adalah terlalu dangkal.
"Sedangkan perlaksanaan GST di negara lain setelah pendapatan rakyat negara mereka berada pada paras yang melayakkan mereka membayar cukai pendapatan," tegas beliau lagi.
Bagi Mahfuz, di Malaysia dari 12 juta pekerja hanya 15 peratus sahaja yang mencapai kadar pendapatan yang melayakkan mereka untuk di kenakan cukai pendapatan atau pun dari 28 juta penduduk Malaysia hanya 6.4 peratus sahaja yang perlu membayar cukai sedangkan 93.6 peratus pendapatan mereka tidak sampai paras yang memerlukan membayar cukai pendapatan.
Ini bemakna jika GST di laksanakan 93.6 peratus rakyat yang berpendapatan tidak layak di cukai akan di cukaikan di bawah GST.
Tindakan Kerajaan dilihat terlalu dangkal apabila hanya menjadikan asalan negara di dunia sudah beralih kepada GST maka Malaysia juga perlu mengikutinya.
"Oleh itu saya menuntut kerajaan pada 16 Mac ini akan membawa usul di sidang Parlimen untuk menarik balik Rang Undang-Undang GST," tegas beliau lagi.
-erapakatan
Read more >>
Read more...