Powered by Blogger.

PARTI ISRAEL CUBA MAIN KOTOR DI ULU SELANGOR

>> Sunday, 18 April 2010


Oleh:KetuaPolis

HULU SELANGOR, 18 April — Calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim tidak akan menghiraukan segala provokasi ataupun serangan yang bakal dilakukan pemimpin Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen pilihan raya kerusi Hulu Selangor yang bermula secara rasmi semalam.
“Saya tidak suka untuk melabelkan seseorang dan saya tidak kisah sekiranya BN mahu melabelkan saya sebagai apa pun.
“Sebelum ini pun, Muhyiddin (Tan Sri) ada kata saya calon ‘very lightweight’.
“Saya pun tidak tahu mengapa jadi, saya tidak hiraukan sangat tentang perkara itu,” katanya selepas berucap pada program Ceramah Perdana di Taman Desa Kelisa, Ulu Yam Bharu dekat sini malam tadi.
Zahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga tidak kisah sekiranya BN mahu menyerang secara peribadi kerana bagi beliau ia bukan sesuatu yang penting jika hendak dibandingkan dengan masalah rakyat di Hulu Selangor.
“Mereka (BN) dan serang saya secara peribadi sejak empat tahun lepas lagi... sebab itu saya tidak kisah sekiranya mereka masih ingin melakukannya lagi.
“Selain itu, selama ini pun mereka sudah banyak memfitnah saya sepanjang bersama mereka dahulu. Apa yang penting sekarang saya akan terus berkempen sampai hari pengundian nanti,” katanya.
Zaid menambah, kempen pilihan raya pada hari pertama memang amat memenatkan tetapi beliau gembira kerana kehadirannya diterima dengan baik oleh pengundi Hulu Selangor.
“Saya begitu gembira kerana sambutan yang diterima amat baik dan saya harap ia akan berterusan sehingga minggu depan (hari pengundian).
“Saya hanya sempat tidur sejam sahaja... memang penat sedikit tetapi itu tidak mengapa, yang penting saya gembira melakukannya,” katanya lagi.



       !!!...Cakap pakai AKAL lah,lembu pun ada OTAK...!!! 
     !!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala OTAK ...!!!
Read more >>

Read more...

GAMBAR MERIAHNYA PRK ULU SELANGOR

HULU SELANGOR – Puluhan ribu penyokong mengiringi calon Pakatan Rakyat Dato’ Zaid Ibrahim, dihari penamaan calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang diadakan hari ini Sabtu, 17 April 
 
Zaid diiringi oleh Penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.kira-kira jam 9.00 pagi.

Sebelumnya, Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang tiba lebih awal diiringi dengan laungan takbir.

Bandar Kuala Kubu Bharu dipenuhi oleh warna warni pelbagai bendera dan kain rentang yang dihiasi pelbagai pelbagai kata-kata semangat perjuangan.



Read more >>

Read more...

CELAKANYA UMNO BARISAN NATANG

Oleh;KetuaPolis


note:-kehkehkeh...lu mana datang banyak samseng...ini ka akhlak kononya pemuda memperjuangkan bangsa,islam dan kedaulatan negara...wa tak pernah kacau lu...wa tak pernah provok program lu...so jangan jadi banggang sangat...biarkan pemimpin lu je benggong...biar tv 3 sku bodoh tapi kita jangan turut sama mem bodohkan diri kerana pemimpin yang bangsat...kesian melayu ...kehkehkeh

Bahang kehangatan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor semakin terasa apabila berlaku ketegangan antara penyokong Pakatan Rakyat dan BN di sebuah padang berdekatan Pekan Kerling, Kuala Kubu Baru, malam semalam.

Pegawai Penyelaras Pakatan Parlimen Hulu Selangor, Ali Rahman berkata kejadian berlaku apabila Pemuda BN didakwa bertindak membaling botol berisi air ke arah hadirin yang lalu lalang untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Ali mendakwa sebanyak tiga hingga empat biji botol dibaling oleh mereka ke arah hadirin yang berulang-alik di situ.

Katanya tindakan provokatif itu dilakukan seramai kira-kira 30 hingga 40 orang Pemuda BN yang berada di pondok panas mereka yang terletak bersebelahan dengan padang berkenaan.

Kejadian berlaku sejurus ketibaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sampai ke situ untuk menyampaikan ceramahnya kira-kira jam 11.15 malam.

Tiindakan membaling botol itu mencetuskan kemarahan hampir 30 penyokong Pakatan.

Mereka kemudiannya meluru ke arah Pemuda BN sambil meminta agar penyokong kerajaan itu memberi kerjasama, menjaga adab dan menghormati program tersebut tanpa sebarang gangguan.

Malaysiakini turut mendapati beberapa wakil dari Pemuda BN cuba memujuk penyokong mereka agar bertenang dan mengendurkan keadaan.

Ketegangan yang berlaku selama 10 minit itu, berjaya ditenteramkan oleh kira-kira 30 anggota polis yang berada di situ termasuk lapan anggota Light Strike Force yang datang beberapa minit kemudian.

Sebelum itu, penyokong BN bersorak dan menjerit tanpa henti bagi mengganggu ucapan beberapa pemimpin Pakatan antaranya Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub; ahli parlimen Puchong dari DAP Gobind Singh Deo dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar yang sedang menyampaikan ceramah mereka.

Selepas campur tangan polis, ceramah malam semalam berjalan lancar dan pemimpin Pakatan menggunakan peluang itu bagi menempelak tindakan Pemuda BN.




     !!!...Cakap pakai AKAL lah,lembu pun ada OTAK...!!! 
     !!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala OTAK ...!!!
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER