Powered by Blogger.

Suruhanjaya pembunuh Rakyat Malaysia

>> Wednesday, 6 April 2011

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Saya Anak Bangsa Malaysia, dan Malaysians for Beng Hock hari ini menggesa siasatan segera terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan kematian terbaru dalam tahanan agensi itu.

Menurut NGO tersebut, kematian terbaru itu membuktikan SPRM gagal memelihara kepentingan awam, menyebabkan kewibawaan dan kredibiliti semakin terhakis dan dipertikai orang ramai.

“Insiden ini sekali lagi membuatkan khalayak mempertikai integriti dan akauntabiliti SPRM. Keyakinan orang ramai terhadap kredibiliti dan profesionalisme SPRM sudah berkecai,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Pagi ini, seorang pegawai kanan kastam, Ahmad Sarbani Mohamad, 56 dilaporkan mati jatuh dari tingkat tiga bangunan pejabat baru SPRM di Jalan Cochrane kira-kira jam 10.15 pagi.

Pegawai itu yang bekerja di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia baru sahaja dibebaskan dua hari lalu selepas diikat jamin, sebelum dipanggil semula ke pejabat agensi itu.  Allahyarham sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan rasuah dan pembersihan wang haram di jabatannya.

Justeru, NGO terbabit menuntut agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat secara bebas dan menyeluruh insiden tersebut.

“Suruhanjaya itu mestilah menyiasat peranan utama struktur kuasa dan perintah yang sedia ada dalam SPRM sekarang ini. Kami juga menuntut agar separuh daripada ahli suruhanjaya itu terdiri daripada ahli persatuan masyarakat sivil untuk memastikan mereka mempunyai kredibiliti,” kata NGO berkenaan.

Mereka juga menuntut agar Ketua Pengarah SPRM, Mohamad Khalid Yusuf, Pengarah Selangor, dan semua pegawai yang terlibat dalam siasatan kes itu agar digantung dengan segera, sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan mereka.

“Ia penting untuk memastikan keadilan diletakkan pada tempat yang sewajarnya dan tiada sebarang bukti disembunyikan atau halangan terhadap proses siasatan,” kata mereka.

Mereka juga menuntut agar cadangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen terhadap Kanun Jenayah dan Kanun Prosedur Jenayah untuk melaksanakan Akta Koroner di  Malaysia dan penubuhan Mahkamah Koroner disegerakan untuk menyiasat semua kes kematian mengejut orang dalam tahanan

p/s
Cadangan den kepado SPRM kalau nak siasat suspek hendaklah menyiasat ditingkat paling bawah atau ground floor.kalau jatuh tak sakit habis kuat pun luka2 kecil.


Bahana sisatan tempat tinggi inilah jadinya.tak bunuh diri atau dibunuh.

3 comments:

Samson Friday, April 08, 2011  

SPRM: Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malysia.

MACC: Malaysian Anti Corruption Corrupt agency.

Tutup sajalah maksiat ini., buang duit Rakyat saja, kalau ada dua haprak iaitu PDRM (Polis Dungu Rakyat Malaysia) dan SPRM lebih baik tinggal satu haprak saja iaitu PDRM, lebih jimat duit dgn hanya satu haprak.

HarakahX Friday, April 08, 2011  

Saudara Islam ku Malaysiadotcom, bacalah artikel dari link ni: http://zul4kulim.blogspot.com/2011/04/kenyataan-datuk-eskay.html

Kalau tk setuju dgn artikel tu tkpelah, jadi kan pengetahuan am je.

Tq.

Anonymous,  Saturday, April 09, 2011  

AKU TAK FAHAM LA PEMIKIRAN ORANG SEKARANG... KENAPA SEMUA PERKARA HARUS DI POLOTIKAN...
KENAPA KITA TIDAK INGAT PADA AZAB ALLAH....

KO ORANG NI .... JANGAN INGAT KITA SUDAH PASTI MASUK SYURGA KERANA PERJUANGAN SEKARANG.... FIKIR LA AZAB ALLAH ITU LAGI DARI KESERONOKAN BERPOLITIK....

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER