Mati ketika mengejar pasangan kekasih buat maksiat
>> Sunday, 3 June 2012
Anggota polis trafik menunjukkan keadaan motosikal ditunggang Shahrezal
dan Afian.
SABAK BERNAM – Tindakan nekad dua sekawan mengejar sepasang kekasih yang dipercayai bermadu asmara dalam sebuah kereta di jalan Ban Canal di sini berakhir tragedi apabila motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Parit Empat Ban Canal, tengah malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, kejadian 12.10 malam itu, dua sahabat itu bertembung dengan motosikal yang dinaiki seorang mangsa dan menyebabkan kedua- dua penunggang maut manakala pemboncengnya patah kaki kanan.
“Mangsa, Shahrezal Shahari, 31, berasal dari Peket 20, yang menunggang motosikal dari arah Sungai Besar ke Pasir Panjang meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.
“Manakala, dua sahabat tadi, Afian Mohd Zaidi, 22, dari Parit Serong Simpang Lima, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak manakala rakan yang memboncengnya kenali sebagai Arif, 18, dari Parit 14 Darat Simpang Lima, mengalami patah kaki kanan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, tidak sampai sejam selepas kejadian pertama, seorang pemuda Zairul Akmal Zulkifli, 22, maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu 23, Sungai Nibong selepas bertembung kereta Perodua Kancil yang dinaiki tiga sekeluarga.
"Kejadian kira-kira 1.00 pagi itu berlaku di Kilometer Anggota polis trafik menunjukkan keadaan motosikal ditunggang Shahrezal dan Afian. (KM) 58, Jalan Teluk Intan, Klang itu menyebabkan mangsa cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala dan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tanjong Karang," katanya.
"Siasatan masih dijalankan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta datang ke balai polis berhampiran atau menghubungi Balai Gerakan di talian 03- 3224222," katanya. -sh
p/s: Al fatihah buat sahabat yang mati dalam mencegah maksiat.
0 comments:
Post a Comment