{Video inside} Jawapan kenapa air Kelantan Kotor
>> Wednesday, 23 November 2011
Laporan Lidah Rasmi Umno
KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui laporan media bahawa air di Kelantan tercemar dengan logam berat serta bakteria E-coli yang boleh menjejas serta membahayakan kesihatan penduduk negeri ini.
Beliau yang juga Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) juga mengakui gagal menyekat pembangunan di Hulu Kelantan, terutama di Lojing sehingga menyebabkan pencemaran Sungai Kelantan, sekali gus menjejaskan kualiti bekalan air.
Namun, Nik Aziz tetap menyalahkan media yang didakwa mengambil kesempatan untuk menimbulkan isu berkenaan dengan niat memburukkan Kelantan.
“Saya akui benda itu (pencemaran) berlaku, namun tidaklah seperti yang dibesarkan (akhbar perdana). Memang di Kelantan ada ‘orang terliur’ semuanya. Tapi kena ingat, selain Sungai Kelantan, sungai di negeri lain kotor juga.
Namun begitu, operasi AKSB kini semakin baik dan akan melakukan migrasi (naik taraf) apabila menerima bantuan kewangan nanti,” katanya kepada pemberita, di sini semalam. {bharian}
Dipecah oleh blogger PR
0 comments:
Post a Comment