Powered by Blogger.

HUKUMAN GANTUNG KE ATAS PENGKHIANAT

>> Wednesday 3 March 2010

Oleh:KetuaPolis


BEIRUT - Ketua Hizbollah, Sheikh Hassan Nasrallah kelmarin memberi amaran kepada kerajaan Lebanon mengenai bahaya perkongsian maklumat telekomunikasi negara itu dengan Amerika Syarikat (AS).

Beliau mendakwa perkongsian tersebut tidak ubah seperti menjalin kerjasama dengan Israel.

Sheikh Hassan turut menggesa hukuman gantung dijatuhkan ke atas rakyat Lebanon yang didapati menjadi pengintip bagi pihak Israel.

Amaran beliau itu disampaikan menerusi video dan disiarkan di hadapan penyokong-penyokongnya yang berhimpun di kubu kuat Hizbollah di selatan Beirut.

Menurutnya, kedutaan AS menghantar sepucuk surat kepada kementerian dan pihak berkuasa keselamatan Lebanon untuk meminta maklumat sulit telekomunikasi negara itu.

"Ini adalah bahaya kerana ia melanggar kedaulatan Lebanon.

”Hubungan strategik dan perpaduan antara AS dan Israel menyebabkan sebarang maklumat dikumpulkan menerusi permohonan itu akan diperoleh Tel Aviv," katanya.

Kelmarin, ahli Parlimen dan pegawai tinggi Lebanon mengadakan mesyuarat tergempar berikutan laporan media yang mendakwa Washington cuba mengintip Beirut menerusi permohonan mendapatkan data sulit sektor telekomunikasi negara itu.

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER