Powered by Blogger.

UMNO MEMANDULKAN AHLI...KEHKEHKEH

>> Wednesday, 3 March 2010

Oleh:KetuaPolis


Apabila Hishamuddin Hussien membuat kenyataan bahawa Umno melarang ahli-ahlinya daripada bercakap tentang isu royalti minyak di Kelantan, pilu rasanya memikirkan tahap penghinaan yang terpaksa diterima oleh ramai saudara kita yang masih setia kepada parti politik perkauman itu.

Lebih malang lagi apabila penghinaan tersebut dikenakan ke atas mereka oleh pemimpin yang mereka pilih sendiri.

By arifabdull 

Tindakan pemimpin Umno mengharamkan ahli-ahlinya daripada bercakap tentang perkara ini adalah jelas memberi gambaran bahawa betapa rendahnya minda dan tahap pemikiran ahli-ahli Umno.

Jelas sekali proses menutup mulut ini menunjukkan bahawa hanya beberapa kerat pemimpin tertinggi mereka yang mampu memikirkan apa yang terbaik untuk mereka, sedangkan ahli-ahli Umno seolah-olah tidak berupaya memikirkan buruk atau baik sesuatu perkara.

Sebab itulah mereka dihalang untuk bercakap. Ini adalah proses memandulkan daya berfikir ahli-ahli Umno.

Mengharamkan seseorang daripada bercakap pasti akan mengakibatkan keupayaan menggunakan fikiran orang itu akan turut terjejas. Perkara ini mudah dibuktikan kerana secara logik dan teorinya, manusia akan berfikir dahulu setiap kali dia melakukan sesuatu perbuatan.

Terbukti bahawa bercakap adalah perbuatan yang amat bergantung kepada tahap keupayaan pemikiran seseorang. Sebab itulah, kita mampu menilai dengan mudah tahap pemikiran seseorang dengan mendengar kepetahannya bercakap.

Kualiti isi kandungan percakapan seseorang merupakan cermin yang mampu memancarkan keluar ciri-ciri peribadi atau sistem pemikirannya. Sebagai contoh, Bung Karno dikagumi ramai hasil kejayaan menonjolkan tahap ketinggian daya pemikirannya. Tidak ada siapa yang mampu membaca isi kandungan pemikiran Bung Karno, tetapi melalui kepetahan percakapan (ucapan) menyebabkan para pengkagumnya dapat menilai kualiti dan sistem pemikirannya.

Berdasarkan logik di atas, ternyata tindakan Umno menghalang ahlinya daripada bercakap adalah untuk memandulkan daya berfikir mereka. Halangan tersebut juga jelas merupakan satu tindakan menidakkan hak asasi para ahli Umno.malaysiatoday

Read more at: Umno kasi ahli

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER