Powered by Blogger.

TOLONG...!!! KETUA UMNO MINTA BANTUAN

>> Tuesday 16 February 2010

Bekas ketua Wanita Umno Sungai Petani rayu bantuan

AKU TERKAYA...SILA MINTA BANTUAN DENGAN MAMAT NI.

SUNGAI PETANI- Bekas ketua Wanita Umno bahagian Sungai Petani, Khalijah L.Ali, 73, hari ini merayu bantuan orang ramai membiayai

kos rawatan anaknya, Zainurdin Awang Hashim, 39, yang menderita sakit buah pinggang.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Berapit, Tikam Batu di sini Khalijah berkata, wang simpanannya sebagai guru Kemas sejak sekian lama telah habis diguna untuk membiayai kos rawatan anaknya itu yang terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu di sebuah pusat rawatan swasta yang mencecah RM3,000 sebulan.

Khalijah juga berkata, beliau kini tidak mempunyai sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada pendapatan seorang anak perempuan yang tidak seberapa untuk menampung keperluan hidup seharian.

"Keadaan ini memaksa anak saya yang sakit itu berkerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan dengan upah RM30 sehari," katanya.

Beliau yang pernah mempimpin Wanita Umno bahagian Sungai Petani sejak awal tahun 1970 hingga tahun 1980 kini sukar untuk berjalan kerana sakit di bahagian tulang belakang.

Khalijah berkata, beliau tidak menagih simpati daripada masyarakat terhadap kesempitan hidup yang dialaminya, cuma berharap ada pihak yang dapat membantu anaknya mendapat rawatan dialisis percuma di pusat rawatan yang disediakan kerajaan.-Bernama
sinar

note:-
laaaaa....hamba ingat sokong umno boleh kaya...mana mamat terkaya dari kedah tu...sila beri bantuan...madey mana bangsa mung terkontang kanting ni...kehkehkeh

 

1 comments:

Anonymous,  Sunday, March 07, 2010  

pergi minta bantuan kat gereja.

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER