Powered by Blogger.
Showing posts with label UTUSAN DAJJAL MODEN. Show all posts
Showing posts with label UTUSAN DAJJAL MODEN. Show all posts

RM100 juta Anwar akan saman Nallakaruppan dan utusan

>> Wednesday, 20 June 2012





Kahkahkahkah saman jer jangan biarkan,pandai buat pandailah tanggung bankrup nanti, bagi pakatan Rakyat utusan adalah lubang terbaik mencari dana.
Tanpa utusan, Pakatan Rakyat terus miskin dengan adanya akhbar propaganda United monkeys Nasional ORganization neh boleh juga cari dana tambah-tambah dekat nak pilihanraya neh...kahkahkah mampus kau kali neh utusan


KUALA LUMPUR 20 Jun: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 1 November depan untuk perbicaraan kes saman fitnah berjumlah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Presiden Parti India Malaysia, Senator Datuk S Nallakaruppan dan dua lagi.
Memetik laporan sebuah portal, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu hari ini selepas peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memaklumkan bahawa pihaknya telah memfail afidavit jawapan terhadap pernyataan pembelaan Nallakaruppan.
Pada 26 Mac, Anwar memfail saman terhadap Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung perkataan-perkataan beliau (Nallakaruppan) yang mencemar nama baiknya melalui kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata, perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.
Beliau menuntut gantirugi am berjumlah RM100 juta, selain gantirugi teruk, gantirugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.kd
p/s: Macam2 akhbar umno neh
Read more >>

Read more...

Kerana utusan Meloya, saksi malu mengaku fitnah Mat Sabu

>> Tuesday, 12 June 2012


Berapa kali nak tolong ingatkan, berapa kali aku nak maki hamun kepada yang bodoh2 dalam umno neh. kalau cakap dikatanya fitnah, mengada-adakan cerita , nah bukti dah jelas saksi pun dah ngaku so tak celaker lagi kah utusan propanganda orang melayu neh?
Utusan hanya untuk manusia-manusia bodoh jer membaca.

BUTTERWORTH - Perbicaraan hari pertama membabitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkaitan isu kenyataan berkenaan dengan komunis Bukit Kepong di Mahkamah Butterworth di sini, hari ini yang awalnya dijangka akan berlangsung panas bertukar mengejutkan banyak pihak.
Ini kerana saksi pertama,Visva Nathan,75, pesara polis yang dipanggil memberi keterangan, tiba-tiba mengejutkan semua yang hadir mengikuti perbicaraan itu apabila membuat pengakuan memfitnah Mohamad, yang turut dikenali sebagai Mat Sabu, dan  pada masa yang sama, meminta maaf kerana membuat laporan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut semata-mata.
"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," katanya di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin di Mahkamah Sesyen di sini hari ini sebaik selesai membaca dua laporan akhbar berbahasa Melayu dan teks ceramah Mat Sabu yang jelas menyatakan tiada perkataan komunis yang tertera dan diucapkan oleh tertuduh yang menjadi asas pendakwaan itu.
Pengakuan pesara polis dari Raub, Pahang itu dibuatnya selepas diasak bertubi-tubi oleh peguam bela Muhammed Hanipa Maidin yang mewakili Mat Sabu, berkaitan ketiadaan perkataan komunis yang diungkapkan oleh Mat Sabu dalam akhbar yang menyiarkan berita berkenaan.
Malah saksi itu juga mengaku tidak terdapat perkataan komunis dalam teks ucapan Mat Sabu selepas ditunjukkan kepadanya semua dokumen berkenaan semasa berdiri dalam kandang saksi dalam prosiding, hari ini.
Beliau turut berkata, dakwaan terhadap Mat Sabu yang terkandung dalam laporan polis yang dibuatnya pada 27 Ogos tahun lalu berkaitan isu itu hanya bersandarkan pada laporan akhbar bahasa Melayu yang dibacanya.
Pada awal perbicaraan beliau menjawab dengan tenang semua soalan yang dikemukan oleh Muhammed Hanipa, tapi nadanya bertukar sebaliknya sebelum didengar mengiyakan dan memohon maaf atas perbuatannya itu.
Sebaik Nathan berbuat demikian,suasana mahkamah yang hening sebelumnya bertukar menjadi hampir bising apabila hadirin mula menghela nafas termasuk berpandangan antara satu sama lain dan berada dalam kehairanan.
Bagaimanapun suasana berjaya ditenangkan oleh pegawai polis yang bertugas dengan meminta hadirin diam dan menumpukan perhatian kepada perbicaraan.
Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.
Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.
Mat Sabu diwakili oleh barisan peguam yang terdiri dari Muhammed Hanipa, Nasar Khan Mirbas Khan dan Aminuddin Zulkifli manakala pendakwaan dikendalikan oleh Yusaini Amer Abd Karim.
Mahkamah Sesyen kemudiannya menetapkan 13, 16 dan 17 Jun ini untuk sambungan perbicaraan.
Sementara itu Muhammed Hanipa yang ditemui berkata, pihaknya akan tetap membuat rayuan kedua di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk mengenepikan dakwaan yang dikenakan terhadap Mat Sabu selepas usaha pertama berbuat demikian di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 22 Februari lalu ditolak.
Mat Sabu yang mengenakan baju kemeja putih dilihat sering tersenyum sepanjang prosiding berlangsung termasuk ketika berada dalam kandang orang kena tuduh.sh
p/s: Akibat kebodohan diri, malu boleh
Read more >>

Read more...

Utusan, Zul kulim fitnah dakwa mahkamah

>> Saturday, 8 October 2011

Kahkahkahkah sey tak leh nak kata apa2 bhai.den dari umur sehatri lagi den dah tahu akhbar utusan meloya dan kini terkenal dan kini terkenal denga akhbar utuseks.tapi bilo den bosar jer makhluk jadian utusan mano plak wujud ,den ghaso hasil tarbiyah utusan kot.


Apa-apa pun kini utusan Amenu tolah terlanjang bulat tunggu maso jer nak kono rogol.segalo kejahatan akhbar itu semuonya tolah tebvongkar....tak sabar sey nak ngundi .cukup umur cukup lah ekau ameno dn nak ngajar kamu.
Read more >>

Read more...

AYUH BOIKOT SAMPAI BANKRAP

>> Sunday, 14 March 2010


Angkatan Muda KEADILAN Gombak mahu rakyat terus memboikot akhbar Utusan Malaysia sehingga bankrap kerana didakwa sering menyebar fitnah terhadap pimpanan parti dan Pakatan Rakyat

Menurut Ketua AMK Gombak Jefrin Muhammad melalui "Kempen Ganyang Akhbar Utusan Malaysia" yang dilancarkan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Taman Melawati Khamis lalu rakyat akan sedar bahawa akhbar tersebut selain menjadi alat Umno hanyalah saluran untuk menyebar dakyah dan menanam bibit kebencian terhadap Pakatan Rakyat.

"Akhbar ini terus menerus tanpa rasa bersalah menyebarkan fitnah dan melaga-laga kaum di negara ini. Oleh kerana itu kita mesti mengambil langkah drastik supaya akhbar ini dibangkrapkan dalam masa terdekat," kata Jefrin semasa menyaksikan pembakaran simbolik akhbar tersebut.

Kata beliau lagi Pakatan Rakyat akan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan tertubuhnya kerajaan persekutuan baru pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Berhubung sambutan golongan muda terhadap perjuangan parti, Jefrin berkata setakat ini respons anak muda adalah amat menggalakkan.

AMK Gombak katanya telah mendaftar lebih daripada 3,000 ahli baru sejak beberapa bulan lalu.-suarakeadilan


Read more >>

Read more...

BERITA GILA DILAPORKAN OLEH AKHBAR GILA

>> Thursday, 21 January 2010

Lapan remaja dimasukkan ke hospital akibat sos cili




                                     INILAH UTUSAN MELOYAKAN

BERLIN 21 Jan. - Lapan remaja dimasukkan ke hospital selepas menguji keberanian dengan meminum sos cili yang 200 kali lebih pedas daripada biasanya.Pasukan Palang Merah di selatan bandar Augsburg berkata, seramai 10 remaja lelaki berusia antara 13 dan 14 tahun dipercayai telah bertindak meminum sos itu semalam di sekolah.

Agensi berita Jerman, DAPD memetik Palang Merah sebagai berkata, kumpulan remaja itu telah mengadu sakit dan kesemua mereka kemudiannya dibawa ke hospital.Mereka juga dirawat semalaman untuk pemantauan.

Palang Merah berkata, mengikut skala Scoville, yang mengukur tahap kepedasan sos, sos itu dikatakan 535,000 lebih pedas berbanding 2,500 bagi sos Tabasco normal. - AP

note:-
utusan yang meloya akan bercakap jujur sekiranya berita luar negara...!!!
utusan penipu melaporkan berita kebaikan kepimpinan gerombolan...!!!
utusan melebong akan menyerang habis-habisan yang menetang gerombolan...!!!
utusan shik ini akan berkekalan menjadi pelacur selagi rejim gerombolan berkuasa...!!!
itulah utusan akhir zaman menjadi perangai sebiji perangai dajjal...!!!
menyampai berita lebih dari cerita...!!!
itulah utusan talian hayat gerombolan masa kini...!!!
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER