Powered by Blogger.

Polis yang memukul Kugan hanya dipenjara tiga tahun

>> Tuesday 12 June 2012


Kugan telah mati beb, polis yang mencederakkan beliau hanya dipenjara selama tiga tahun. mungkin kugan mencederakkan diri sendiri sebelum mati, mungkin itu kata-kata tertuduh semasa dalam kandang saksi. itu biasa untuk defend  diri malah tak mustahil, kalau aku sdiri terdesak pun alasan sama.
Tak tahu menahu aku akibat kematian, samaada diseksa sehingga mati atau  beliau bunuh diri tapi yang aku tahu Kugan mati dalam tahanan polis, so PDRM bertanggungjawab, adakah dikenakan hukum keatas konstabel navindran kes ini ditutup rapat? Ker dah jadi black goat?

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas konstabel V. Navindran selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan pilihan menyebabkan kecederaan terhadap seorang tahanan tiga tahun lalu.
Navindran dituduh mencederakan suspek kes curi kereta mewah, A. Kugan yang mati ketika berada dalam tahanan polis.
Hakim Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati keterangan tertuduh bagi pertuduhan pertama adalah penafian semata-mata.
Malah, tindakan pihak pembelaan yang memanggil isteri dan bapa saudara tertuduh untuk menyokong keterangan bahawa dia tidak berada di tempat kejadian adalah tidak mematuhi Seksyen 402A Kanun Prosedur Jenayah.
Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman, sementara menunggu proses rayuan tetapi menaikkan jumlah jaminan daripada RM10,000 kepada RM20,000.
Navindran, 30, didakwa atas dua tuduhan pilihan iaitu menyebabkan kecederaan ke atas Kugan, 23, di bilik soal siasat jenayah berat (D9), Balai Polis Taipan USJ, Subang Jaya dekat sini pada pukul 7 pagi dan 4 petang, 16 Januari 2009.-ks
p/s: berapa ramai yang mati dalam tahanan PDRM, SPRM? 

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER