Najib semakin Cemas hadapi pilihanraya, sanggup buat kerja gila terang2
>> Tuesday, 12 June 2012
Kecemasan najib setakat ini menghadapi pilihanraya umum ke 13 amat-amat cemas, Kecemasan najib tidak dapat dibendung lagi sehingga sanngup berani mengumumkan dalam dewan rakyat bahawa Ahli Parlimen (BN) boleh beri wang tunai RM1,000 hingga RM5,000 kepada pengundi. ini kerja gila beb, dalam ramai2 perdana menteri, najib cukup2 berani declare kerja gila. inilah petanda begitu cemasnya Barisan Nasional nak menghadapi pilihanraya kali neh yang dijangka berubah pentadbiran Putrajaya.
Beb... bukan nama umno kalau tak merasuah.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, perkara tersebut menyalahi peraturan kewangan sekaligus menunjukkan Umno BN cemas dan terdesak dalam menghadapi pilihan raya.
“…Apa yang memeranjatkan (apabila) Najib beritahu Dewan Rakyat, Ahli Parlimen (BN) boleh beri wang tunai RM1,000 hingga RM5,000 kepada pengundi.
“Najib merupakan Perdana Menteri pertama yang tidak mempedulikan peraturan kewangan kerana terlalu cemas menghadapi PRU13,” katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di bagunan Parlimen hari ini.
Turut serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Dalam pertemuan pre-coucil dengan Ahli-ahli Parlimen BN semalam, difahamkan Datuk Seri Najib Razak juga membenarkan mereka membelanjakan RM1,000 hingga RM5,000 secara tunai kepada pengundi.
Difahamkan juga, sejumlah RM300,000 akan diberikan pada peringkat awal kepada setiap Parlimen BN pada Khamis ini.
Dakwaan ini mungkin benar sebagaimana pendedahan bekas Menteri Kabinet yang isytihar keluar Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bahawa BN sedang menggunakan ‘taktik bom’ iaitu menabur wang untuk membeli undi di kampung-kampung.
“Dia (Najib) beritahu minta disegerakan dan tumpu kepada pemuda dan wanita dan kerajaan akan pertahankan tindakan itu.
“Langkah paling baik adalah bantahan rakyat dan pilihan raya,” kata Ketua Umum KEADILAN itu lagi.-kd
p/s Kerja gila tak dapat dibendung lagi dalam Barisan Nasional
1 comments:
dia bagi aku ambik..pen dan kertas ditangan aku..so jgn tanya aku undi siapa
Post a Comment