Powered by Blogger.

2 ORANG LAGI BAKAL MP PKR AKAN KECUNDANG KE TANGAN NAJIB

>> Thursday 4 March 2010

Oleh:KetuaPolis

note:
Mana tidaknya kemungkinan besar ahli parlimen batu itu akan tersungkur di penjara sg buloh...dan kemungkinan bersama-sama ketuanya anwar turut sekali...inilah strategik najib seboleh-bolehnya menidakkan rayuan tian chua akan ditolak mentah oleh mahkamah yang dikatakan ADIL...Kepada anwar lu juga bakal meringkok sekali lagi dalam jeriji besi...maka pilihanraya di kedua-dua tempat ini mungkin akan diadakan secepat mungkin...najib mengejar-ngejar majoriti 2/3 parlimen bagi ianya terus berkuasa...dengan itu kita dapat melihat perubahan persempadan semula untuk memecahkan pengundi...maka dengan itu rakyat akan melihat umno berkuasa dan makin kuat kembali walaupun dengan cara yang tidak sah atau haram jaddah...bagi rosmah haram apa ada hal...kehkehkeh


KUALA LUMPUR 4 Mac - Keputusan rayuan Ahli Parlimen Batu Tian Chua berhubung kes gigit tangan polis akan diputuskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Rayuan yang sepatutnya diputuskan pada 29 Januari lepas ditangguhkan berikutan laporan penghakiman kes tersebut belum disiapkan oleh Mahkamah Seksyen.

Tian Chua didapati bersalah pada 22 Oktober 2009 oleh Mahkamah Majistret kerana mencederakan penjawat awam dalam satu operasi polis dua tahun lalu.

Majistret Mohd Faizi Che Abu memutuskan beliau dikenakan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak RM3,000. 

Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman tersebut ditangguhkan bagi memberi peluang kepada beliau memfailkan rayuan. 

Tian Chua atau nama sebenarnya Tian Chua Chang, 46, didakwa kononnya mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar ketika beliau sedang menjalankan tugasnya pada satu perhimpunan di Parlimen pada 11 Disember 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-suarakeadilan

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER