Powered by Blogger.

PERGI MAMPOS SAMA BN ...WA PEDULI APA

>> Wednesday, 31 March 2010

Oleh:KetuaPolis

note:-
kehkehkeh...berita baik...berita yang di tunggu-tunggu...berita di sukai ramai...kahkahkha...dalam bab ni wa amat sokong samy vellu...lu jangan dengar itu cerita professor cap ayam tu...hello vellu teruskan calon orang india...woitt umno lu kenma jaga hati  orang india juga ...jangan main bodoh...itu kerusi mic punya...mana lu punya satu malaysia...lu taruk itu mic calon hulu selangor...wa jamin parti bn manyak menang oooooooooo...kahkahkah




Ini bukan kerusi hulu selangor...tapi ini kerusi untuk madey tak lama lagi...kahkahkah

Barisan Nasional (BN) diramalkan akan terus mengalami kekalahan pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sekiranya tidak berubah dan terus berpegang kepada kepercayaan bahawa kawasan tersebut adalah milik 'tradisi' rakan komponennya, MIC sebagai calon sesuai bertanding.

Pensyarah Sains Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman berkata, BN tidak lagi boleh mengekalkan tradisi meletakkan calon daripada MIC kerana majoriti pengundi di kawasan Parlimen itu adalah Melayu.

"Tradisi berkenaan: tidak dapat dikekalkan, sebaliknya strategi perlu digunakan BN dalam usaha merampas semula kerusi berkenaan.

"Prinsip perkongsian kuasa yang diamalkan BN sepatutnya digunakan masa ini, pimpinan BN dan MIC perlulah mencari pendekatan baru dan berunding memandangkan saingan sengit daripada PR," katanya.

Menurutnya, kali ini amat penting bagi BN meletakkan calon Melayu berdasarkan faktor 'rakyat didahulukan' daripada mengekalkan kerusi sedia ada.

“Kalau kita lihat pilihan raya umum 2008, banyak kerusi MIC kalah, kalau letak calon MIC, harapan BN untuk menang amat tipis," katanya.

Sementara itu, berlainan pula bagi penganalisis terkenal, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, masih terlalu awal membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

"Kita kena tunggu sehingga proses penamaan calon bermula, barulah menampakkan gerakan pilihan raya. Faktor calon amat penting, bukanlah parti yang bertanding.

"Buat masa ini, dijangkakan 30 peratus masing-masing menyokong BN dan PR, manakala selebihnya 40 peratus masih atas pagar dan menunggu calon yang dinamakan sebelum membuat keputusan," katanya.

Ditanya apabila Presiden MIC tetap menamakan timbalannya Datuk G Palanivel yang pernah tewas pada pilihan raya lalu sebagai calon, Agus berkata, perkara itu juga perlu mengambil kira undi kaum India yang akan memihak kepadanya.

Jumaat ini, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) dijangka akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor berikutan penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia akibat barah otak.
Read more >>

Read more...

GAMBAR TERKINI SIDANG DEWAN PANAS

Oleh:KetuaPolis

IPOH 31 MAC: Semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Perak hari ini bertindak keluar dewan selepas tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan berkenaan.


Kami bersiap sedia zambry untuk merempuh sidang dewan agar pakatan tidak bernyawa...perghhhwa bekerja untuk gerombolan je...kehkehkeh...sebab gerombolan yang naikkan gaji dan kebajikan kami...kami nak jilat zambry...kahkahkah

Haiyaaaa...makahai ini mb haram bejadah...dulu itu mb nizar kasi masuk...ini mamat botol jd mb manyak cilaka...sama media pun gelombolan takut haaa...tonaseng itu zambly...kahkahkah














!!!...Cakap pakai AKAL lah,lembu pun ada OTAK...!!! 
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala OTAK ...!!!
Read more >>

Read more...

MENTERI MANA HARUS BERTANGGUNGJAWAB KERUGIAN INI

>> Tuesday, 30 March 2010

Oleh:KetuaPOlis 

note:-
kehkehkeh...terengganu darul runtuh...wang malaysia darul hilang...apa itu wang rakyat...wang yang di pegang oleh kerajaan yang di amanatkan oleh rakyat...harapkan tokki,tokki merogol cucu...semua kaki rembat merembat...ramai sungguh kaki songlap kat mesia ni...kahkahkah

 Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil pandangan yang serius terhadap ucapan YB. Wee Choo Keong (Wangsa Maju) di parlimen berhubung pendedahan bekas ahli parlimen yang juga mantan Pengerusi POS Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk 'Is whistle-blowing really serious'. Artikel berkenaan turut menyentuh secara langsung isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia.sumber Disini


!!!...Cakap pakai AKAL lah,lembu pun ada OTAK...!!! 
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala OTAK ...!!!
Read more >>

Read more...

PR MENDAPAT KEMENANGAN YANG PERTAMA DI HULU SELANGOR

note:-
kehkkehkeh...kemenangan pusingan yang pertama dengan mendapat markah 80%...Adu domba yang halal menglagakan gerombolan umno dengan mic...ayuh rapatkan saf-saf blogger kita pakat pujuk samy vellu dan najib supaya letak calon masing-masing...kahkahkah woitt vellu ini zaman mongolia lah...ini bukan zama madey kutty...ini zaman bukan lu punya anak beranak...pergi mamposs itu sama madey...bagi wa hulu selangor adalah calon terbaik adalah dari kalangan mic...sebab itu kerusi tradisi mereka turun temurun...lu umno kasi hormat sikit la lu punya cousion...kalau sekiranya gerombolan umno bertanding juga bermakna umno memang sah perompak...bagi test tengok mic ada power atau tarak...kahkahkah wa banyak rindu itu samy vellu punya muka maaaa...!!!

BN mula terasa bahang Hulu Selangor apabila sehingga berada dalam keadaan defensif kerana masalah perebutan calon antara MIC dan Umno.

Perebutan ini tidak dapat dibendung lagi keraan masing-masing mendakwa mempunyai sebab mengapa calon mereka mesti diketengahkan pada pilihanraya ini.

Umno mendakwa calonnya berupaya untuk merampas kembali kerusi ini dari PKR. Manakal MIC mendabik dada menyatakan kerusi itu adalah milik mereka sejak sekian lama.

Keputusan pilihanraya umum 12 tidak boleh dijadikan ukuran kerana menurut keadaan sudah berubah dan MIC melalui Timbalan Presidennya, G Palanivel berupaya untuk membalas dendam kerana kerana tewas kepada Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada PRU Mac 2008 itu.

Hari ini Taukeh Enjin Hilang, Zahid Hamidi memberi peringatan kepada pemimpin BN dan kuncu-kuncu mereka supaya supaya tidak membincangkan isu calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor secara terbuka.

Naib Presiden UMNO itu berkata, jalan terbaik adalah dengan menyerahkannya kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi BN untuk membuat keputusan.

Tegasnya, pertikaian atau perbincangan mengenai isu itu secara terbuka hanya akan memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk membidas.

Terbukti mula gentar dengan perkembangan ini apatah lagi komposisi pengundi di Hulu Selangor tidak memberikan kelebihan kepada Umno/BN kerana peratusan orang Melayu hanya 53.9 % sahaja manakala Cina 26.7 % dan India 19 %. Jumlah kesemua pengundi ialah kira-kira 60,000 orang.


Read more >>

Read more...

JAUHNYA PALESTIN DARI KITA TAPI UMNO DEKAT

Oleh:KetuaPolis


note:-
kehkehkeh...jauhya palestin dengan kita...jauhnya cehnya dari mata kita...jauhnya afghanistan dari hati kita...jauhnya iraq dari telinga kita...jauh...jauh...jauh...walaupun kita masih jauh dengan mereka tapi kita masih dekat dengan umno munafiq...tapi kita masih hampir dengan kafir harbi MCA...tapi kita masih dapat melihat secara kasar samy vellu...lawanlah gerombolan ini nescaya syahid kamu...kahkahkah gerombolan pun rejim yahudi juga...kehkehkeh

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?

--SIDDIQAH--



!!!...Cakap pakai AKAL lah,lembu pun ada OTAK...!!! 
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala OTAK ...!!!
Read more >>

Read more...

EDISI KHAS UNTUK RAKYAT TERENGGANU

>> Monday, 29 March 2010

note:-
kehkehkeh...negeri terengganu adalah negeri istimewa berbanding negeri-negeri lain di semananjung ketuanan melayu ...negeri suatu masa dahulu sebuah negeri semenanjung yang ada hasil minyak...negeri di mana negeri lain yang tidak mendapat royalti darul iman ni dapat...pelik anak lelaki ajaibnya tiba2 dari royalti bertukar menjadi wang ehsan...hina nya rakyat terengganu maruah lu dapat di tolak-tarik...perumpamaan negeri di mana rakyatnya senang di beli dan senang di jual... kahkahkah...saper rakyat ganung,lu jangan marah...tapi itulah hakikat lensa rakyat  ganung betapa tidak sensitifnya mereka tentang hak mereka yang di tarik balik malas di rompak tanpa sembunyi lagi...kini rakyat ganung yang bangkit bersama kelantan bersama-sama menentang pusat najib iaitu perdana menteri malaysia keenam rosmah bik...kahkahkah...kini bala datang satu demi satu di negeri darul runtuh itu...inilah bala akibat kerakusan umno segerombolan yang menjajah terengganu sejak zaman wan mokhtar botak sehingga derih menatang dan mat said songkok...bala bermula keruntuhan pagar sekolah di besut namun bala itu singgah di gong badak bertemu dengan stadium namun sultan mizan yang sedih....dengan itu bala yang tidak mengerti penat dan lelah mereka berhenti rehat pula di sebuah perhatian bas kuala berang dengan menunbangkan bumbung pejalan kaki...kahkahkah alahai bala datang kamu tepat pada saat dan waktu gerombolan menjajah...jeng..jeng..jeng kini bala itu datang lagi tanpa di jemput dan di undang kahkahkah lu tengok lah sendiri...letih lah semua wa nak cerita...kehkehkeh.

Satu lagi projek kerajaan barisan najib yang runtuh...kehkehkeh

MB dokrokchetong...kahkahkah...kesayangan Derih Natang.

Ni datang ramai-ramai buat menyemak je...bukan nak tolong pun...ambil gambar masuk blog,facebook,twiter hentan kerajaan...itulah kerja lu orang...kahkahkah

Tengok...!!!...akhirnya bomba juga jadi mangsa umno...nak harap gerombolan nak tolong...boleh tapi sediakan wang secukup rasa...kahkahkah


MStar melaporkan seorang pekerja binaan maut dan tujuh lagi cedera apabila bumbung sebuah bangunan milik UMT yang sedang dalam pembinaan runtuh lalu menghempap mereka petang tadi.

Buruh binaan yang meninggal dunia itu dipercayai pekerja dari Bangladesh. Dua lagi pekerja juga dari Bangladesh dikatakan parah.

Kejadian pada jam 5.10 petang itu berlaku ketika hujan lebat.

Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu adalah untuk Institut Oseanografi UMT.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said telah bergegas ke tempat kejadian yang terletak di Gong Badak tidak jauh dari sini sebaik sahaja mendapat berita mengenainya.

Dan ketika kejadian berlaku, Naib Canselor Profesor Datuk Aziz Deraman tidak ada di dalam negara. Jawatannya dipangku oleh Prof Yahya Ibrahim iaitu timbalan naib canselor (hal ehwal pelajar).

Kehkehkeh...mati sorang je bhai...janji kontraktor kroni sihat...next projek gua rembat lagi...huhuhuhu.

Woi...ekau ngobdap apo tu...itu bomba lah bukan bapak polisi...lu ni sah tak der permit...bomba pun dikatakan rela...kehkehkeh



Kelihatan sekumpulan gerombolan yang kononya  prihatin walaupun sudah merembat...wakakaka


Read more >>

Read more...

PERGHHH MELELEH BEB KALAU HENTAM PETANG2 MCM NI

note:-
kehkehkeh...wa kini cuba try2 ingin menjadi seorang tukang masak yang bertaraf dunia...tapi apa kan daya politik mengahalang kerjaya wa sebagai tukang masak...ini adalah di sebabkan madey wal kutty masa tu yang ala-ala firaun membuatkan wa beralih angin untuk menghentam munafiq seperti umno sampai wa bahang tanah...kahkahkah...ket bawah ni wa sediakan menu untuk tatapan pembaca blog wa...selamat beramal...lu buat lu dapat...jangan bimbang lu makan talak itu jadi munafiq punya...walaupun tajuk resepi wa hantam ja labu...sakit perut  wa apa ada hal...kahkahkah.


Resepi Nasi Goreng Umno munafik

Bahannya (untuk sajian dua orang):


4 cawan nasi sejuk
3 sudu besar marjerin Planta
1 kiub pati ayam Knorr - dihancurkan
4 ulas bawang putih - dicincang halus
3 ulas bawang merah - dihiris halus
1 cawan sayur campur sejuk beku - dicairkan semula
2 biji telur, dipukul dengan secubit garam dan lada sulah
2 sudu besar kicap cair atau 2 sudu teh kicap pekat dicairkan dengan 1 sudu besar air
3 tangkai daun bawang - dihiris halus
3 sudu besar bawang goreng untuk hiasan
*1 sudu besar sambal belacan
1 biji cili merah sederhana atau 2 biji cili padi - dihiris halus


* Untuk menghasilkan sambal belacan, tumbuk tiga biji cili merah dihiris, dengan satu sudu kecil belacan panggang dalam lesung sehingga sebati, kemudian campurkan tiga sudu kecil jus limau kasturi.


Cara memasak:
1. Panaskan dua sudu besar marjerin dalam kuali hingga cair. Masukkan bawang putih serta bawang merah dan goreng selama dua hingga tiga minit atau hingga lembut.
Masukkan sayur campur dan kiub pati, goreng selama dua hingga tiga minit. Keluarkan dan letak atas pinggan.
2. Panaskan kuali semula. Masukkan satu sudu besar Planta selebihnya dan tuangkan telur ke dalam kuali, kacau selama seminit. Kuatkan api dan tambah nasi, kicap cair atau kicap pekat yang dicairkan serta sayur campur tadi, goreng untuk dua hingga tiga minit lagi.
Tambah daun bawang dan kacau sehingga rata sebelum padamkan api. Hidangkan serta-merta.
3. Hiaskan dengan daun bawang tambahan, telur dadar dihiris dan bawang goreng atau ikan bilis goreng. Ia juga boleh dihidangkan dengan sambal belacan, cili merah atau cili padi dihiris dalam kicap cair.

Tambahan:

* Untuk nasi goreng pedas, tambahkan satu sudu besar sambal belacan, cili merah atau cili padi selepas memasukkan sayur campur ke dalam nasi.
Ramuan seperti udang, ayam, sosej atau tauhu boleh ditambah untuk menyedapkan masakan. Tambahkan bahan berkenaan sebelum memasukkan sayur campur tadi dan goreng selama dua hingga tiga minit.
* Masa persediaan: 15 minit
* Masa memasak: 15 minit
Read more >>

Read more...

LAPORAN SEDIH DAN MEMALUKAN ATAU TERSALAH LAPOR...KAHKAHKAH

note:-
kehkehkeh...berita wajib umat gerombolan percaya...siapa lu tak percaya berita sedih ini...ini berita betul-betul...ini bukan berita main-main...ini laporan ulamak haji tan seri datuk tv 3...satu dunia kenal kewarakan beliau...patut rakyat malaysia berbangga dapat seorang yang bertaraf wali ini...kehkehkeh selama mendapat tauliah title ulamak belum pernah sekali pun pak lebai ulamak ini berbohong,mengkhianati,apatah lagi berbuat maksiat...kahkahkah inila ulamak anjing berkaki dua kahkahkah...syabas lu tv 3 suku sanggup di liwat oleh gerombolan umno yang telah lama mendapat title munafiq...kahkahkah .


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Muar menafikan dan mengutuk sekeras-kerasnya berita penghijrahan 50 anggota AMK Muar sedangkan hanya tiga orang yang bermasalah sahaja bertindak melompat.


Ini ekoran media-media dan blog-blog semalam dengan bangga memaparkan berita pengisytiharan Naib Ketua AMK Muar dan 50 orang anggota AMK Muar telah pun keluar parti dan menyertai Umno/Barisan Nasional dalam satu majlis Jamuan Nasi Ambang Raksasa yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri di Parit Tengah, Air Hitam, Bakri, Muar pada Sabtu, 27 Mac.

Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan Muar, Ahmad Anwar Asyraf Ismail memberitahu, perkara itu merupakan satu bentuk fitnah jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan kekuatan AMK Muar yang semakin hari semakin mantap dan dipercayai oleh rakyat Muar untuk memimpin harapan mereka.

“Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar menegaskan bahawa ini adalah satu lagi usaha terdesak danbacul Umno/Barisan Nasional Muar. Tiada perkara seperti ini berlaku di dalam organisasi kami,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, hanya tiga orang anggota AMK Muar yang bermasalah melompat bukan 50 orang seperti yang digembar-gemburkan oleh media iaitu Razali Jaafar atau lebih dikenali oleh pengusaha kedai menjual kereta sebagai ‘Zali Allright’ atau ‘Zali Confirm’, Bekas Naib Ketua 1 AMK Muar dan 2 lagi anggota.-Harakahdelay
Read more >>

Read more...

WA TETAP SOKONG NAJIB KERANA WA SAYANG ROSMAH

note:-
kehkehkeh...lu jangan mimpi lah najib bagi...sebab tu awal-awal lagi wa tak setuju dengan cuti bersalin 90 hari di berikan kepada kaum ibu...apa pasal bro...la dalam bab ni wa lebih sokong najib bini rosmah...eh wa punya pasal lah ...lu mintalah tandatangan empat billion sekalipun wa tetap dengan pendirian wa takkan sokong...kehkehkeh wa sokong selagi najib sokong dan wa tak sokong najib tak sokong...kahkahkah wa ubah angin skit...kahkahkah...wa rasa najib takkan pinda punya...lu nak tahu apa sebab...kehkehkeh ...sebab rosmah laki najib mana boleh beranak lagi...wakakakaka


KUALA LUMPUR: "Rosmah Mansor dah bersetuju cuti bersalin 90 ini, tapi saya dengar Menteri Buruh dan Tenaga Kerja bantah, sebab itu kami adakan kempen cuti bersalin 90 kali ini," kata seorang penggerak kempen tersebut yang mahu dikenali sebagai Ahmad Ali.

Beliau berkata, kempen yang digerakkan oleh National Union of Bank Employees (Nube) itu kini sedang berusaha mencapai jumlah kutipan sejuta tandatangan untuk mendesak parlimen meminda Akta Kerja 1955.

"Sejuta tandatangan rakyat ini kami perlukan untuk menyokong usul 90 hari cuti bersalin untuk kaum ibu. Kami akan serahkan kepada Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak bagi menunjukkan sokongan rakyat terhadap syor kami ini.

"Kami akan serah sejuta tandatangan ini kepada Najib selepas 6 Jun depan agar syor 90 hari cuti bersalin dengan bergaji itu akan diluluskan," kata Ahmad kepada erapakatan.com di sini, hari ini.

Untuk rekod, Akta Kerja 1955 sebelum ini memperuntukkan tempoh cuti bersalin selama 60 hari.

Kempen 90 hari cuti bersalin anjuran dengan bergaji anjuran kesatuan sekerja Nube itu turut disokong oleh pihak-pihak lain.

Antaranya, women Aid Organization (Wao), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), World Alliance on Breastfeeding Action (Waba), Asian Pacific Resource & Research Centre for Women (Arrow), All Women's Action Society (Awam), Tenaganita Sdn Bhd, Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wanita Keadilan dan Malaysian Trade Union Congress.

Antara gerakan kesatuan sekerja yang turut menyokong perjuangan usul Nube ini adalah Union Network International - MLC.

"Kami sokong kempen Nube untuk mendesak kerajaan ke arah meningkatkan cuti bersalin daripada 60 hari kepada minima 90 hari untuk memulihkan kesihatan kaum ibu serta pertalian erat bayi menerusi penyusuan ibu.

"Kita mesti memastikan wujudnya hubungan sihat antara ibu dan anak cuti ini akan lebih membantu pembesaran anak sekali gus ia menepati ketetapan konvensyen organisasi pekerja antarabangsa 183," kata Ahmad.
Read more >>

Read more...

MCA IBARAT UMNO MUNAFIK-DAP

note:-
kehkehkeh...habislah lu mca...cina lanie tidak sebodoh yang lu sangka...cina sikalang manyak cilidik dari gerombolan maaa...olang cina tak makan subsidi...depa boleh berdiri di atas kekuatan mereka sendiri tanpa bantuan gerombolan...depa mana ada mintak wang ehsan...depa mana ada mintak atap zink,mangkuk jamban...kahkahkah melayu gerombolan je yang menyokong kerajaan korup kerana berpadalah dengan apa telah ada...air,letrik,jalan...kahkahkah inilah jawapan gerombolan bila lu berdebat dengan depa...inilah gerombolan menerima kerajaan hari ini seadanya...mengangap kerajaan hari ini tidak perlu lagi kita lawan kerana umno pun islam...kehkehkeh lupa nak tambah "munafiq"...kahkahkah.


KUALA TERENGGANU – Parti komponen Barisan Nasional (BN) Malaysia Chinese Association (MCA) sudah terlambat dan sudah tidak relevan dikalangan masyarakat Cina walaupun berjaya membuat pemilihan baru. 

Pengerusi DAP Terengganu, Encuk Ng Chai Hing berkata, kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan hanya 22% sahaja orang Cina di Malaysia yang menganggap bahawa MCA relevan, berbanding 28% yang berkata "tidak" dan "agak tidak relevan", sementara 45% memilih jawapan "agak" (somewhat) relevan.

(Gambar - Program Lim Guan Eng anjuran Pakatan rakyat Terengganu di kampung Tiong Kuala Terengganu baru-baru ini mendapat sambutan hangat dari masyarakat Cina)
”Walaupun berjaya (buat pemilihan) dan melantik Presiden baru, tapi sudah terlambat kerana orang Cina sudah menolak MCA,

”orang Cina Malaysia sekarang sudah sedar, mereka tidak boleh bergantung kepada MCA dan mereka sedar kepimpinan MCA hanya mengejar pangkat dan kekayaan,”katanya ketika dihubungi Buletinonline semalam.

Sehubungan itu, beliau yakin Pakatan Rakyat akan dapat memenangi semula kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurutnya, DAP Terengganu akan menghantar petugasnya membantu jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan kerusi tersebut kembali ke tangan Pakatan Rakyat.

”DAP Terengganu akan menghantar petugas-petugas parti untuk digerakkan ke Hulu Selangor untuk mmbantu calon Pakatan Rakyat,

”sebelum ini pun kita (DAP) banyak membantu rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dalam pilihanraya (kecil) dinegeri-negeri lain untuk menang,”ujarnya.

Beliau berkata, pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor adalah sangat penting bahgi pakatan Rakyat kerana ia menjadi pengukur kekuatan Pakatan Rakyat ketika ini

Katanya, sejak beberapa bulan yang lalu, Barisan Nasional (BN) telah mengasak dan menekan Pakatan Rakyat.

Justeru itu, katanya, Pakatan Rakyat perlu menang dalam perhitungan di parlimen Hulu Selangor pada pusingan ini.
Read more >>

Read more...

CELAKANYA PARTI KAFIR HARBI HARI INI

>> Sunday, 28 March 2010

Oleh:KetuaPolis

note:-
kehkehkeh...waaaaaaa ini hari banyak bising itu media gerombolan...media arus perdana negara kuku besi hari ini banyak gila...banyak kecoh...menyanjung parti terang-terang menetang islam...media sanggup meghambakan diri kepaada kafir harbi ini...tapi najib suka maaaaa...bik mama sayang oooooo...parti yang umno paling sayang dalam komponen itu...parti wajib ke atas umat islam menentang...wa mau tanya itu india perak kena tembak tepat ket kepala n dada apa celiter...satu hari je masuk paper...siapa sebenarnya penembak dan siapa yang menyuruh si penembak...kehkehkeh arahan siapa haaaa...kahkahkah...jangan main2 haaa...wa tahu

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.



Read more >>

Read more...

RILEKS KEJAP BOSSS...!!!

JAM GANTUNG


Pandangan dari dekat...inilah jam yang banyak tergantung didalam Masjidl Haram untuk kegunaan para jemaah semua..alhamdulilah .
Read more >>

Read more...

KAHKAHKAH...PADAH MENYOKONG UMNO

Oleh:KetuaPolis

note:-
kehkehkeh...penduduk sini beb sewaktu pru ke 12 sokong umno tahap babi gila...pas adalah bagi mereka parti tidak mengenang jasa...apa guna lawan kerajaan barisan nasioanal...air dah ada...tapi kampung ni masih lagi pakai air perigi...letrik dah ada...tapi kg gerombolan ni masih lagi pakai generator pasar mlm yang lanun2 jual cd duk pakai tu...sekarang lu rasalah sendiri nasib siapa bela siapa sebenarnya mangkuk...kehkehkeh di jumpainya adun kempas dalam surau dapat habuan makian...rumah flat dah dapat apa lagi korang mau...begitulah lebih kurang bunyi nya...mmmm yb datuk bodoh kami cuma mahu pampasan dari kerajaan untuk kos pemindahan dari sini ke rumah baru...kahkahkah pergi mampos melayu bodoh pian...Penduduk cina di situ yang tidak sampai 10 keluarga mendapat habuan sebanyak rm 40 ribu dan rumah teres dua tingkat...kahkahkah alahai gerombolan johor baik sungguh hati kamu membela basib cina ...golongan manusia yang asyik kena tipu melayu umno dan india mic...syabas lu orng kampung mangkuk ni kerana menyokong kami barisan Najis mughalazah...kahkahkah




hai bang tekun potong...kahkahkah potong...potong...potong...kehkehkeh jangan lupa potong ghani punya barang sekali ...wakakakaka

Read more >>

Read more...

MALAYSIA JANGAN JADI BADUT

note:-
kehkehkeh...negara paling lawak...negara paling badut...kerajaan yang sanggup membodohkan rakyat sendiri...gerombolan yang mengangap pemikiran rakyat seperti mereka...kahkahkah alahai gerombolan....melayu sekarang tidak sebodoh zaman madey kutty...kehkehkeh hanya gerombolan saje yang  yang bodoh sampai kiamat...kahkahkah

KUALA TERENGGANU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu mendakwa Malaysia ditertawakan oleh dunia kerana indeks rasuah merudum.
 
Katanya, indeks rasuah negara jatuh dan berada ditangga ke-56 di bawah pemerintahan Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Najib Tun Razak sekarang setaraf dengan negara-negara di Afrika. 

“Punca utama Malaysia ditertawakan oleh dunia kerana rasuah, indeks rasuah kita (negara) 4.5:10 di tempat ke-56 yang setaraf dengan negara-negara Afrika,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Pakatan Rakyat ‘Selamatkan Malaysia’ di Kuala Ibai, dekat sini, baru-baru ini.

Menurutnya, indeks rasuah tiga bekas Perdana Menteri lalu sebelum Tun Dr Mahathir jauh lebih baik dan berada ditangga ke-20 hingga ke-25 sahaja.

Katanya, di zaman Tun Dr Mahathir indeks rasuah terus naik dan berada ditangga ke-40 apabila dasar penswastaan diperkenalkan di negara ini.

“Apabila naik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM yang kelima selepas Tun Dr Mahathir gejala rasuah masih gagal dibenteras.

“Zaman ‘Pak Lah’ (Tun Abdullah) indeks rasuah terus naik ke tangga 47 meski pun ada usaha memerangi rasuah cuba dilaksanakan dengan menjadikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujarnya.

Bahkan, katanya selepas Dato’ Seri Najib mengambil alih tampuk pemerintahan Perdana Menteri indeks rasuah negara terus naik ke tangga 56 dunia. 

Menurutnya, bahaya rasuah akan menentukan maju mundur sesebuah negara sehingga mewujudkan pembangunan yang tidak berkualiti.

“Rakyat dapat melihat pembangunan yang tidak berkualiti hasil dari gejala rasuah dan ketirisan hingga boleh menyebabkan keruntuhan sesebuah bangunan.

“Negara pula mengalami kerugian dari sudut ekonomi akibat dan tidak cukup wang dengan kos yang sentiasa meningkat,” jelasnya.

Katanya, akibat gejala rasuah tersebut akan berlaku ketirisan serta kebocoran dalam mengurus wang negara dan wang rakyat secara membazir.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Read more >>

Read more...

AMBOI PERKAKAS UMNO,KUATNYA MELENTING

>> Saturday, 27 March 2010

note:-
kehkehkeh...awas dengan mangkuk celaka ni...awas dgn ketua munafiqin malaya...awas dengan geng-geng abdullah bin ubai...awas dengan pemilik saham judi ini...kahkahkah...geng-geng gerombolan pebgecut...dengan mouse pun takut...kata pejuang melayu haprak,..kata pejuang islam...islam mana ajar takut dengan laman-laman web...islam mana ajar takut dengan blog...melayu ni nak harap pergi jadi mujahiddin plestin...kahkahkah alahai persatuan perkasanyah...lu memang bacul....lu pak him potong la kasi kering buat keropok kering...kahkahkah

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia meminta orang Melayu menyokong akhbar Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai “satu-satunya akhbar yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara”.

“Walaupun menjadi sasaran dan dibakar oleh pembangkang, akhbar arus perdana lain lebih kepada komersial - dibedal kiri dan kanan, kita ucapkan tahniah kepada Utusan Malaysia yang tetap berani (memperjuangkan isu-isu Melayu-Islam),” kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Ucapan bersemangat anggota parlimen Pasir Mas itu disambut tepukan gemuruh daripada kira-kira 4,000 perwakilan yang hadir dalam mesyuarat agung pertama pertubuhan itu di PWTC di ibu negara hari ini.

Ibrahim bagaimanapun menyatakan kecurigaannya kepada media baru - laman web, portal berita dan laporan blog - seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang didakwanya mahu melaga-lagakan orang Melayu.

“Laman-laman web sebegini, seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider sikit-sikit, bekerja keras untuk melaga-lagakan orang Melayu, mahu memecahbelahkan orang Melayu,” katanya ketika menepis kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tentang PERKASA.

Nama Khary bagaimanapun tidak disebut secara langsung dalam ucapannya itu.

Pada 22 Mac lalu, Malaysiakini menyiarkan laporan dan sedutan wawancara eksklusifnya dengan Khairy menyentuh pelbgai isu mengenai PERKASA.

Menantu bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi itu dilaporkan tidak bersetuju dengan retorik PERKASA yang disifatkan sebagai ofensif terhadap bukan Melayu dan tidak selaras dengan masyarakat Malaysia yang saling hormat menghormati.

Dalam ucapannya kira-kira 40 minit, Ibrahim yang berpakaian lengkap tradisional Melayu - berbaju Melayu hitam, bersamping dan bertengkolak - turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka di akhbar milik Umno itu.

Dalam Majlis itu juga, PERKASA turut mencetak dan mengedarkan semula keratan akhbar daripada Mingguan Malaysia - edisi Ahad Utusan - tulisan kolumnis kontroversi Awang Selamat yang menyentuh soal PERKASA dan politik Melayu.

Tulisan berjudul 'PERKASA, Ibrahim dan kedudukan Melayu' bertarikh 21 Mac sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila didakwa beberapa ADUN Pakatan Rakyat Selangor sebagai “mempertikaikan tindakan Sultan Selangor”.

Sementara itu, PERKASA juga hari ini mengedarkan edisi khas akhbar rasminya yang dilaporkan baru mendapat permit daripada kerajaan 3 Mac lalu.

Akhbar berwarna 24 halaman itu - dinamakan Suara Perkasa - menyentuh pelbagai isu Melayu dan politik semasa.

Walaupun Ibrahim dalam ucapannya hari ini menyatakan perasaan tidak senang dengan Malaysiakini, akhbar rasminya sendiri memuatkan semula tiga tulisan daripada akhbar web itu, antaranya laporan dan sedutan wawancara Malaysiakini dengannya yang disiarkan pada awal bulan ini.

Tulisan ter
sebut berjudul 'Pasaran bebas ancam Melayu, kata Ibrahim Ali' (disiarkan pada 8 Mac) dan 'Perkasa dilindungi Perlembagaan' (9 Mac).

Salah satu daripadanya ditulis wartawan Salhan K Ahmad yang disifatkan Ibrahim sebagai 'dajal' Rabu lalu kerana melaporkan dakwaan negatif Setiausaha Saifuddin Nasution Ismail terhadapnya.

Laporan hasil wawancara dengan Khairy berjudul 'Perkasa bukan kenderaan Umno' jugu disiarkan kembali.

Ditemui pemberita ketika mesyuarat tersebut berhenti rehat tengah hari tadi, Ibrahim berkata, edisi khas akhbarnya dicetak sebanyak 20,000 khas sempena mesyuarat sulungnya hari ini.
Read more >>

Read more...

BERITA DARI ISTANA KELANTAN

>> Friday, 26 March 2010

Datuk Wan Hashim Wan Daud, yang ditahan malam tadi kira-kira seminggu selepas dakwaan yang beliau dilantik sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, masih berada dalam siasatan polis hari ini.


Penahanan Wan Hashim malam tadi adalah sebahagian daripada perkembangan terbaru krisis Istana Kelantan yang berlaku sepanjang semalam, termasuk kenyataan pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan.

Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider, beliau masih berada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di sini pagi ini untuk siasatan lanjut.

“Kami masih siasat beliau (Wan Hashim),” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Bagaimanapun sumber itu tidak mengulas lanjut kedudukan Wan Hashim.
Di sebalik tahanan Wan Hashim itu, satu pertemuan dipercayai telah diadakan di Istana Telipot lewat malam tadi untuk memutuskan pelantikan pengerusi baru Majlis Perajaan Negeri.

The Malaysian Insider juga difahamkan mesyuarat tergempar Majlis Perajaan Negeri diadakan bagi melucutkan Tengku Abdul Aziz yang semalam diumumkan sebagai pengerusi majlis itu dan melantik pengerusi baru ekoran perkembangan sejak pagi semalam.

Beberapa anggota Majlis Perajaan Negeri dilihat memasuki kawasan Istana Telipot sekitar pukul 11 malam.

Sebelum itu, kira-kira 10 minit lebih awal Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad kelihatan terlebih dahulu memasuki pekarangan istana tersebut.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, nama yang disebut-sebut bakal dilantik bagi menggantikan Tengku Abdul Aziz ialah Tengku Abdul Halim.

Polis menahan Wan Hashim, bekas setiausaha kerajaan negeri, di kediamannya di Taman Sri Aman berhampiran Istana Negeri, Kubang Kerian dekat sini dipercayai berhubung pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja.

Desas-desus mengatakan tangkapan tersebut berikutan satu laporan polis dibuat Pengerusi Persatuan Pegawai Tadbir Kelantan, Shafien Ismail berhubung pengumuman penamatan jawatan Tengku Muhammad Faris.

Sekali gus pada masa sama Wan Hashim yang dikatakan sebagai menjunjung titah perintah Sultan Kelantan, turut memaklumkan Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan bagi menjalankan tanggungan raja negeri berkuat kuasa serta-merta.

Beliau dibawa ke IPK Kelantan di sini kira-kira pukul 8.40 malam dengan menaiki kereta jenis spot bewarna putih diiringi kenderaan MPV dan MyV dan diikuti kenderaan polis.

Laporan Bernama pula menyebut beliau disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan.
Beberapa jam sebelum penahanan Wan Hashim, laporan awal semalam menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra didakwa melucutkan jawatan Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan Wan Hashim yang mendakwa beliau dilantik sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan minggu lalu.
Wan Hashim membacakan kenyataan itu di Istana Mahkota.

Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris masih kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota Majlis Perajaan Negeri pada 29 Mei lalu.

Berita itu disambut tenang oleh Tengku Muhammad Faris apabila tiba dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail di sini kira-kira 6 petang semalam.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati polis juga membuat kawalan ketat di sekitar Masjid Muhammadiah dan Istana Telipot yang mana ia merupakan Istana Pemangku Raja.
Read more >>

Read more...

MARI KITA PAKAT GOMO UMNO LAKNATULLAH DI SELANGOR

Oleh:KetuaPolis

note:-
firstly al-fatihah...kehkehkeh orang paling gumbira umanok anak perempuan barisan najib...yelah mana tidaknya elak sana elak sini dari berpilihanraya....akhirnya fobia umno untuk pilihanraya tiba juga...kahkahkah...mamposss lagilah umno parti najis muqhalazah....kahkahkah...alhamdulilah meninggal dunia bukan dalam umno....kerana umno sebuah parti agenda yahudi dan anti islam.



Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.
Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.
Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.
Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.
Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.
Asal sebagai cikgu
Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.
Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.
Kerusi jadi rebutan
Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.
Mengikut
peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.



Read more >>

Read more...

BETUL KER ISTANA KELANTAN TENGAH BERGOLAK...FRU DATANG

>> Thursday, 25 March 2010

Oleh:KetuaPolis

Sebentar tadi, segerombolan lebih kurang 8 buah Trak Merah FRU dan juga 2 buah bas yang membawa anggota FRU keluar dari perkarangan Istana Kelantan dan menuju ke PCB.topengperak

!!!...Cakap pakai AKAL lah,lembu pun ada OTAK...!!! 
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala OTAK ...!!!
Read more >>

Read more...

HANTAM,GOMO,SEPAK,TERAJANG JER...!!!

Oleh:KetuaPolis

note:-
kehkehkeh...dedah zul jangan jadi dayus...jangan main teka teki bodoh...siapa pihak ke tiga...jangan munafik zul..opssss lu memang munafiq dah zul...ada berani ka zul...wa sudah tahu lu banyak gosok itu najib mahu masuk umno terus jadi calon pru13 kan...wa nak jemput esok lu datang demonstrasi kedutaan sweden esok lepas jumaat...ini isu agama islam yang lu duk bising-bising sangat tu...lu memang sorang je kat malaysia ni membela islam....buktikan esok zul...kahkahkah




CANDID…apa agaknya yang diperbualkan begitu serius antara Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Gombak,Azmin Ali dengan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar, Bharu Zulkifli Nordin sejurus selepas beliau membuat pendedahan mengenai akuan bersumpah fitnah Perdana Menteri di Dewan Rakyat.Di lobi Dewan Rakyat tidak lama lepas itu.Sebelum itu mereka berdua disertai oleh Ahli Parlimen Bebas Bagan Serai,Mohsin Fadzil Shamsuri.

!!!...Cakap pakai AKAL lah,lembu pun ada OTAK...!!! 
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala OTAK ...!!!

Read more >>

Read more...

CELAKANYA KAFIR HARBI

Oleh:KetuaPolis

note:-
kehkehkeh..celaka ini punya kafir...lu apa tunggu di luar sana...jom esok berdemo menentang kafir harbi di hadapan kedutaan sweden...lu cakap lu sayang islam...nak harap lu pergi palestin perghhhh jauh pokok dari akar...lu orang semua jangan lupa esok bersolat di masjid tabung haji...ulang suara esok berdemo...esok demo...kahkahkah jangan lupa jemput pemuda-pemuda munafiq negara...kahkahkah


Dikhabarkan monumen yg terdapat di suatu pameran 'seni' di Sepanyol... memang kurang ajar...sumber sini
Read more >>

Read more...

ZUL KINI DICABAR..LU ADA BRAN KA?

KUALA LUMPUR, 25 MAC - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mencabar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifly Nordin menyatakan nama pihak ketiga yang memberi tawaran kepada beliau untuk mendapatkan surat akauan bersumpah membabitkan Perdana Menteri, Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantunya Shaariibu.


Malah beliau turut mempersoal keikhlasan Zulkifly mendedahkan perkara itu hanya selepas empat tahun perbicaraan kes itu berlangsung.


"Saya cabar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk menyatakan siapa pihak ke tiga  yang menyuruh beliau membuat satu surat akuan bersumpah untuk kaitakan Perdana Menteri dan isteri dalam pembunuhan itu.


"Kenapa sekarang 4 tahun selepas perbicaran dimulakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam? Adakah beliau rela sama ada di dalam mahupun di luar dewan untuk menyetakan siapa pihak ke tiga, adakah beliau berani buat laporan polis? Kerana jika dibuktikan laporan yang dibuat palsu, maka Kulim Bandar Baharu boleh didakwa di mahkamah bersabit kes memberi laporan palsu,"katanya.


Karpal berkata demikian pada sidang Dewan Rakyat.


Malah beliau turut mencabar keempat-empat wakil rakyat Bebas yang dulunya merupakan Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakta (PKR) supaya mengosongkan kerusi bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan.


"KUlim Bandar Baharu bukan Yang Berhormat dalam dewan malah seorang peguam tetapi jadi pengkhianat bukan kepada PKR tetapi pengundi dalam Kulim Bandar Baharu.


"Di Pulau Pinang, Yang Berhormat Bayan Baru dapat keistimewaan, baru-baru ini dianugerahkan Datuk Seri, adakah dia layak dapat darjah itu? Kelakuan dia baru-baru ini buat tomahan dalam dewan atas pemimpin dalam PKR.


"Empat ekor ini bukan lagi dalam PKR, tidak bermakna PKR lemah, lebih baik kempat-empat ini terima cabaran saya sekarang,"katanya.


Karpal berkata, sekiranya keempat-empat mereka enggan mengosongkan kerusi kerana takut tidak dapat bertanding daam pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil dalam tempoh 5 tahun, beliau mencadangkan agar mereka tidak menghadiri sidang Dewan selama 6 bulan.


Katanya, mengikut Perkara 51(1) Perlembangaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat yang tidak menghadiri sidang dewan selama enam bulan, bemakna kerusi kawasannya kosong, namun tiada halangan untuk wakil rakyat itu bertanding semula.


"Tujuan Mahathir untuk meminda Perlembagaan 48(6) adalah untuk menghalang Yang Berhormat dari Semangat 46 yang menyatakan kepada umum akan letak jawatan untuk membolehkan satu pilihanraya kecil di kawasan masing-masing. Tetapi Mahathir lupa Perkara 52(1).


"Apa yang penting sesiapa yang duduk di dewan mempunyai sokongan daripada pengundi.Bayan Baru ada 27ribu pengundi, Nibong Tebal 20 ribu dan Kulim Bandar Baharu 18 ribu, mereka tidak ada hak selepas jadi wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat untuk duduk di sini,"katanya.
Read more >>

Read more...

ZULKIFLI NORDIN SUDAH INSAF DENGAN TINDAKANNYA SEBELUM INI

>> Wednesday, 24 March 2010

note:-
kehkehkeh...aiksssss pelik bunyi makhluk ni...pak berahim ketua demo tak marah ko...si zahrain ludah kan muka mamat ni...mana prinsip ayam bebas ni...takkan lu tak berprinsip...aik zul dulu masa dalam pkr lu hantam projek 16sep...lu kata kalau jd 16sep dap akan menguasai malaysia...kahkahkah lu memang pelaq la kuk...wa masih ingat lu kata kalau 16sep tercapai bukan cikai2 anwar nak bagi lu jd menteri...paling komang spanar tpm tu bhai...lu sudah insaf ke...woitttt kuk puji lah umno untuk persiapan pru13 mana tahu dapat bertanding kerusi kalabakan...kakhakhakah


KUALA LUMPUR 24 MAC: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dari Bebas pada sidang Dewan Rakyat hari ini menganggap, tidak ada salahnya usaha melaksanakan Pelan 16 September yang dirancang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang dipecat Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, menyifatkan pelan seumpama itu tidak perlu dipertikai parti pemerintah kerana ia adalah pelan yang betul kepada mana-mana parti pembangkang.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER