AMBOI PERKAKAS UMNO,KUATNYA MELENTING
>> Saturday, 27 March 2010
note:-
kehkehkeh...awas dengan mangkuk celaka ni...awas dgn ketua munafiqin malaya...awas dengan geng-geng abdullah bin ubai...awas dengan pemilik saham judi ini...kahkahkah...geng-geng gerombolan pebgecut...dengan mouse pun takut...kata pejuang melayu haprak,..kata pejuang islam...islam mana ajar takut dengan laman-laman web...islam mana ajar takut dengan blog...melayu ni nak harap pergi jadi mujahiddin plestin...kahkahkah alahai persatuan perkasanyah...lu memang bacul....lu pak him potong la kasi kering buat keropok kering...kahkahkah
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia meminta orang Melayu menyokong akhbar Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai “satu-satunya akhbar yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara”.
“Walaupun menjadi sasaran dan dibakar oleh pembangkang, akhbar arus perdana lain lebih kepada komersial - dibedal kiri dan kanan, kita ucapkan tahniah kepada Utusan Malaysia yang tetap berani (memperjuangkan isu-isu Melayu-Islam),” kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.
Ibrahim bagaimanapun menyatakan kecurigaannya kepada media baru - laman web, portal berita dan laporan blog - seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang didakwanya mahu melaga-lagakan orang Melayu.
“Laman-laman web sebegini, seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider sikit-sikit, bekerja keras untuk melaga-lagakan orang Melayu, mahu memecahbelahkan orang Melayu,” katanya ketika menepis kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tentang PERKASA.
Nama Khary bagaimanapun tidak disebut secara langsung dalam ucapannya itu.
Menantu bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi itu dilaporkan tidak bersetuju dengan retorik PERKASA yang disifatkan sebagai ofensif terhadap bukan Melayu dan tidak selaras dengan masyarakat Malaysia yang saling hormat menghormati.
Dalam ucapannya kira-kira 40 minit, Ibrahim yang berpakaian lengkap tradisional Melayu - berbaju Melayu hitam, bersamping dan bertengkolak - turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka di akhbar milik Umno itu.
Dalam Majlis itu juga, PERKASA turut mencetak dan mengedarkan semula keratan akhbar daripada Mingguan Malaysia - edisi Ahad Utusan - tulisan kolumnis kontroversi Awang Selamat yang menyentuh soal PERKASA dan politik Melayu.
Sementara itu, PERKASA juga hari ini mengedarkan edisi khas akhbar rasminya yang dilaporkan baru mendapat permit daripada kerajaan 3 Mac lalu.
Akhbar berwarna 24 halaman itu - dinamakan Suara Perkasa - menyentuh pelbagai isu Melayu dan politik semasa.
Walaupun Ibrahim dalam ucapannya hari ini menyatakan perasaan tidak senang dengan Malaysiakini, akhbar rasminya sendiri memuatkan semula tiga tulisan daripada akhbar web itu, antaranya laporan dan sedutan wawancara Malaysiakini dengannya yang disiarkan pada awal bulan ini.
Tulisan ter
Salah satu daripadanya ditulis wartawan Salhan K Ahmad yang disifatkan Ibrahim sebagai 'dajal' Rabu lalu kerana melaporkan dakwaan negatif Setiausaha Saifuddin Nasution Ismail terhadapnya.
Laporan hasil wawancara dengan Khairy berjudul 'Perkasa bukan kenderaan Umno' jugu disiarkan kembali.
Ditemui pemberita ketika mesyuarat tersebut berhenti rehat tengah hari tadi, Ibrahim berkata, edisi khas akhbarnya dicetak sebanyak 20,000 khas sempena mesyuarat sulungnya hari ini.
3 comments:
perghhh.. islamnya.. siap ada penari gelek2 tu.. hehehe
Jangan percayalah...kalau berjuang mengutamakan bangsa dan menombor duakan Islam.....sahkan ia penipu dan pembelit semata-mata.
Junjungan besar kita nabi Muhammad saw tidak pernah memerintah Islam tetapi Islam yang memerintah.
Ada joget lagi tuuu...hehehehe..geli geleman teman...
joget2 dulu baru masyuk.. mcm ni punya bodoh pun ada org ikut.. ibrahim ali sana kencing, sini kencing situ kencing.. tokoh al-munafik no 1 malaysia
Post a Comment