Powered by Blogger.

PERGHHH MELELEH BEB KALAU HENTAM PETANG2 MCM NI

>> Monday, 29 March 2010

note:-
kehkehkeh...wa kini cuba try2 ingin menjadi seorang tukang masak yang bertaraf dunia...tapi apa kan daya politik mengahalang kerjaya wa sebagai tukang masak...ini adalah di sebabkan madey wal kutty masa tu yang ala-ala firaun membuatkan wa beralih angin untuk menghentam munafiq seperti umno sampai wa bahang tanah...kahkahkah...ket bawah ni wa sediakan menu untuk tatapan pembaca blog wa...selamat beramal...lu buat lu dapat...jangan bimbang lu makan talak itu jadi munafiq punya...walaupun tajuk resepi wa hantam ja labu...sakit perut  wa apa ada hal...kahkahkah.


Resepi Nasi Goreng Umno munafik

Bahannya (untuk sajian dua orang):


4 cawan nasi sejuk
3 sudu besar marjerin Planta
1 kiub pati ayam Knorr - dihancurkan
4 ulas bawang putih - dicincang halus
3 ulas bawang merah - dihiris halus
1 cawan sayur campur sejuk beku - dicairkan semula
2 biji telur, dipukul dengan secubit garam dan lada sulah
2 sudu besar kicap cair atau 2 sudu teh kicap pekat dicairkan dengan 1 sudu besar air
3 tangkai daun bawang - dihiris halus
3 sudu besar bawang goreng untuk hiasan
*1 sudu besar sambal belacan
1 biji cili merah sederhana atau 2 biji cili padi - dihiris halus


* Untuk menghasilkan sambal belacan, tumbuk tiga biji cili merah dihiris, dengan satu sudu kecil belacan panggang dalam lesung sehingga sebati, kemudian campurkan tiga sudu kecil jus limau kasturi.


Cara memasak:
1. Panaskan dua sudu besar marjerin dalam kuali hingga cair. Masukkan bawang putih serta bawang merah dan goreng selama dua hingga tiga minit atau hingga lembut.
Masukkan sayur campur dan kiub pati, goreng selama dua hingga tiga minit. Keluarkan dan letak atas pinggan.
2. Panaskan kuali semula. Masukkan satu sudu besar Planta selebihnya dan tuangkan telur ke dalam kuali, kacau selama seminit. Kuatkan api dan tambah nasi, kicap cair atau kicap pekat yang dicairkan serta sayur campur tadi, goreng untuk dua hingga tiga minit lagi.
Tambah daun bawang dan kacau sehingga rata sebelum padamkan api. Hidangkan serta-merta.
3. Hiaskan dengan daun bawang tambahan, telur dadar dihiris dan bawang goreng atau ikan bilis goreng. Ia juga boleh dihidangkan dengan sambal belacan, cili merah atau cili padi dihiris dalam kicap cair.

Tambahan:

* Untuk nasi goreng pedas, tambahkan satu sudu besar sambal belacan, cili merah atau cili padi selepas memasukkan sayur campur ke dalam nasi.
Ramuan seperti udang, ayam, sosej atau tauhu boleh ditambah untuk menyedapkan masakan. Tambahkan bahan berkenaan sebelum memasukkan sayur campur tadi dan goreng selama dua hingga tiga minit.
* Masa persediaan: 15 minit
* Masa memasak: 15 minit

3 comments:

Anonymous,  Monday, March 29, 2010  

mak aih ni kalo mkn jadik puak tu gamaknye harharhar

ISA Monday, March 29, 2010  

Perghh... ikut nama resepi pun gua dah was-was nih...

kena tanya tok peti silver dulu... halal.. ke.. haram...?

BUJANG SUSAH Monday, March 29, 2010  

perghhh.. ni menganjing nih...

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER