Powered by Blogger.

BERITA GEMBIRA BUAT RAKYAT TERENGGANU

>> Thursday, 11 February 2010

Tragedi Bumbung Stadium Runtuh - Rakyat Sedang Tunggu Laporan 


SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NAIONAL

KUALA NERUS – Rakyat negeri ini sedang menunggu-nunggu laporan siasatan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah runtuh pada Jun lalau sebagaimana dijanjikan Menteri Besarnya. 

Dato’ Ahmad Said, pada bulan Julai 2009, ketika bercakap ketika mengumumkan perlantikan pakar siasatan dari United Kingdom, telah berjanji akan memberitahu hasil siasatanya kepada khalayak.

”Namun, sehingga kini sudah menjangkaui lebih tiga bulan, belum dengar apa-apa hasil siasatan terhadap stadium runtuh,

”Bulan tujuh (Julai) waktu lantik pakar siasatan, dari United Kingdom, England nu…., janji tiga bulan boleh dapat hasil,”kata Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus, Zakaria Dagang.

Beliau berkata demikian sebagai alu-aluan dalam majlis penerangan yang diadakan di Padang Bola Batu Enam Dekat sini, semalam 10 Februari

Dilaporkan, Menteri kabinet telah pun menerima laporan kejadian yang agak pelik diatas, dimana stadium tersebut belum setahun digunakan telah runtuh, hampir keseluruhan struktur bumbungnya.

Namun, Ahmad yang mendakwa telah mendapat laporan tersebut minggu lalu, memberikan alasan perundangan bagi membentangkannya kepada rakyat negeri Terengganu



Buletinonline

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER