Powered by Blogger.

BANYAK SUNGGUH PELUANG PEKERJAAN KAT MALAYSIA

>> Thursday 11 February 2010

6 pekerja tanpa izin warga Malaysia ditahan di Perth


MELBOURNE 11 Feb. – Enam pekerja tanpa izin warga Malaysia, yang melanggari syarat visa, kini berada dalam tahanan di Perth, kata Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan (DIAC) Australia.


Urusan sedang dibuat bagi menghantar pulang lima lelaki dan seorang wanita itu yang ditahan dalam satu pemeriksaan pematuhan imigresen di pinggir bandar utara Perth pada Khamis.


Keenam-enam mereka bekerja dalam industri hortikultur, kata DIAC dalam satu kenyataan.
Seorang jurucakap jabatan itu berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung perihal pekerjaan mereka, termasuk sebarang pembabitan oleh syarikat yang membekal pekerja.


"Operasi ini seharusnya dijadikan amaran bahawa bekerja secara tidak sah dan pelanggaran undang-undang buruh tidak akan dikompromi.


"Jabatan ini komited dalam memastikan integriti program imigresen dan visanya, dan operasi ini membuktikan bahawa sesiapa yang bekerja secara tidak sah atau menggaji pekerja haram, akan ditahan,” kata jurucakap berkenaan. – Bernama


 note:-
cakap saper kata mesia ni peluang pekerjaan banyak oooii...binawel punya kerajaan...cakap berdegar-degar berak atas pagar...ini kerja untuk saper ni klik...sila buat laporan polis segera..penipuan seluruh rakyat kat tanah melayu.

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER