Powered by Blogger.

BERITA DARI MAHKAMAH UMNO LAGI

>> Thursday 11 February 2010

Curi Enjin: Mahkamah Tetapkan 29 Mac untuk Sebutan



Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 29 Mac depan untuk sebutan bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan kesemua dokumen berhubung kes seorang sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan seorang ahli perniagaan yang didakwa bersubahat dan melupuskan enjin milik TUDM.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan tarikh itu selepas peguambela Gobind Singh Deo yang mewakili ahli perniagaan, K. Rajandran Prasad, 38, memberitahu mahkamah pihaknya masih belum menerima beberapa dokumen yang lain.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hamidi Mohd Nor menjelaskan pihaknya tiada sebarang bantahan terhadap permohonan itu dan akan menyerahkannya.

Aslam turut menetapkan tarikh itu bagi membolehkan peguam bela, V. Ravichandran untuk menyerahkan afidavit bagi permohonan mendapatkan pengurangan wang jaminan terhadap anak guamnya, Sarjan N. Tharmendran, 42.

Terdahulu, Ravichandran memohon secara lisan kepada mahkamah agar memberikan satu jumlah jaminan yang lebih rendah kepada RM80,000 berbanding sebelum ini RM150,000.
   
Beliau membuat permohonan itu selepas kenyataan Menteri Pertahanan yang menjelaskan harga sebenar kerugian yang dialami hanya puluhan ribu dan tidak menjangkau sehingga jutaan ringgit seperti yang dilaporkan.

"Saya memohon kepada mahkamah agar dapat mengurangkan wang jaminan kerana sehingga hari ini tertuduh masih belum dapat membayar jaminan.

"Jaminan anak guam saya terdahulu telah ditetapkan berdasarkan nilai enjin yang hilang dan selepas kenyataan itu menunjukkan harga sebenar bukanlah jutaan ringgit seperti didakwa tetapi hanya puluhan ribu sahaja," kata Ravichandran.

Bagaimanapun Hamidi membantah permohonan itu atas alasan peguam tidak boleh membuat permohonan tanpa mengemukakan afidavit sebagai sokongan.

"Saya membantah atas alasan pihak pembelaan tidak boleh membuat permohonan itu tanpa afidavit bagi menyokongnya dan juga membolehkan pihak pendakwaan menjawab balas afidavit itu," kata Hamidi.
   
Pada 6 Jan lalu, Tharmendran, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.

Manakala seorang pengarah sebuah syarikat pembekalan, Rajandran, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.

Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini.

Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Rajandran, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.-Bernama

Tvselangor

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER