Powered by Blogger.

MENJAWAB KATA-KATA LIAR OLEH GENG PAS REFORM

>> Monday, 22 February 2010

Apa tujuan sebenarnya mewujudkan pas reform,kononnya memperbaharui organisasi pas yang sedia ada...mencipta cerita-cerita yang di putar belit oleh media...terbaru geng-geng pas reform menelan hidup-hidup suara utusan meloya yang di akui sendiri oleh geng2 pas reform bahawa perlu boikot utusan dan berita hairan.

utusan yang farmous memutar belitkan kenyataan pembangkang berjaya menipu geng pas reform untuk terus menghetam pemimpin sendiri...terbaru kenyataan TGHH   tentang anjakan paradigma dalam umno...kalau bahasa kasar memakan kahak hijau sendiri selepas di ludah.

Umno terus bertepuk tangan ,sambil botol carlsberg kat tangan gembira apabila geng2 pas reform berjaya di perdaya oleh jenteranya...mungkin mereka berkata kita sekarang tidak perlu bekerja kuat untuk menyerang PR khususnya pas kerana mereka sekarang bertikam lidah sama sendiri.

Itulah di beri akal suruh berfikir sebab lembu pun ada otak...kalau pakai otak tanpa akal samalah macam lembu...Itu adalah realiti apa yang  berlaku pada geng2 pas reform...geng-geng yang tidak pernah hendak berfikir secara positif apa pimpinan buat untuk kebaikan parti dan umat islam...tidak pernah hendak belajar berprasangka baik sesama jemaah untuk kebaikan negara dan islam.

Menghentam apa saja tanpa usul periksa kononnya ada pemimpin pas hendak bersekongkol masuk umno...kononya ada pemimpin kita ada berjumpa dengan umno secara senyap2...woittt belajar lah dengan jemaah tabligh macamana tahap kesabaran jemaah ini...tanya macamana cara berUSLUB dengan orang kafir agar mereka memeluk islam.

Pernah ker geng2 pas reform ni belajar cara mendakwah orang yang jahil...takkan nak suruh mat rempit yang tak pernah sembahyang terus suruh pakai jubah dan serban...harakah sendiri menganjurkan futsal suatu masa dulu di ampang sport planet tidak pun mewajibkan pemakaian menutup aurat...dah nama gah harakah suatu akhbar gerakan islam dah tentu pemain dah tahu ini mesti menutup aurat...tapi alhamdulilah ramai yang menutup aurat memakai seluar panjang...dan kita pun tak mengahalau mereka yang memakai seluar pendek...woittt geng pas reform ini lah dikatakan cara berUSLUB

Salah ker ajak umno berbincang pasal permasalahan agama,ekonomi...jangan jumud sangat woi...konon nya kita tu baik sangat...islam kita dah sempurna sangat ker.
PAS Reform mungkin beranggapan PAS akan hanya berjaya bila mana dapat menjatuhkan UMNO dan bersama2 Pakatan Rakyat. Tapi tahukah kalian betapa sukarnya menjatuhkan sebuah parti Melayu yang sudah berakar umbi di sanubari umat Melayu itu? Adakah kau orang pasti, PAS dapat menubuhkan kerajaan yang islamik melalui kerjasama dengan parti2 seperti DAP dan PKR?

Bagi gua, adalah lebih mudah mendakwahkan UMNO daripada menjatuhkannya. Sebab itulah aku berani mengatakann, Prof. Harun Din dan TGHA seorang pemimpin Islam yang jauh dan tajam pemikirannya. Mana-mana pengikut setia PAS yang wala' dan memudahkan kerja2 Presiden.Kepada geng2 PAS Reform sebenarnya yang menyusahkan keadaan. Membuatkan PAS berpecah-belah, menyuburkan amalan fitnah dan berburuk sangka.
Read more >>

Read more...

PELABUHAN KLANG MANGKUK HAYUN

Oleh:KetuaPolis

Terbaca di di media barua BN kosmo tentang tuntutan fasakh oleh is3 adun p.klang...malu sungguh mengaibkan seorang jantan lebih2 lagi bergelar wakil rakyat terjadi pada si mangkuk ni...rasa2 korang lah apa kelakuan si mangkuk tandas ni terhadap is3 beliau sehingga is3 beliau menuntut fasakh bumi.

Korang bacalah kat bawah apa yang dikatakan fasakh dan nilailah apa yang telah di lakukan oleh mangkuk ni terhadap is3 dia...samaada no satu, dua atau tujuh...paling memalukan no 6...kehkehkeh

Fasakh bererti memutuskan pernikahan, perkara ini hanya boleh diputuskan apabila pihak isteri membuat pengaduan kepada Mahkamah dan Hakim mensabitkannya setelah perbicaraan. Fasakh boleh berlaku dengan beberapa sebab sebagaimana terdapat di Fasal 49 (1) undang-undang Amla seperti berikut :
  1. Suami telah mencuaikan pemberian nafkah atau tidak memberi nafkah untuknya selama tiga bulan.
  2. Suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih dan hukuman itu telah menjadi muktamat.
  3. Suami tidak menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai seorang suami terhadap isterinya selama satu tahun dengan tiada sebab yang munasabah.
  4. Suami mati pucuk pada masa berkahwin dan terus-menerus begitu.
  5. Suami gila atau mengidap penyakit merana yang akan mengambil masa yang panjang untuk menyembuhkannya atau tiada harapan sembuh dan jika diteruskan perhubungan suami-isteri akan menjejas kesihatan isteri.
  6. Suami berlaku kejam terhadap isteri iaitu seperti :
    1. Selalu memukul isteri atau menjadikan kehidupannya sengsara disebabkan oleh kelakuannya yang kejam sekalipun tanpa menggunakan kekerasan.
    2. Bercampur gaul dengan perempuan-perempuan lucah atau hidup dalam kehinaan.
    3. Mencuba memaksa isteri supaya hidup lucah.
    4. Menghalang isteri daripada melaksanakan perintah agama.
    5. Tinggal dan bersekedudukan dengan perempuan lain yang bukan isterinya.
    6. Jika suami mempunyai isteri lebih dari satu, suami tersebut tidak melayannya dengan adil sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum Islam.
  7. Kerana sesuatu sebab yang lain yang diakui sah untuk cerai fasakh di bawah hukum Islam.
  !!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
           !!!...http://ketuapolis.blogspot.com...!

Read more >>

Read more...

PROJEK LANGGAR NIK AZIZ PART 1

Salam bro kat luar sana...aku tahu projek ini mungkin ramai tak berani join aku sebab ramai telah hilang kejantangan...lain lah join projek langgar hadi rusila.

Dengan offer yang tinggi untuk pesreta pertama pun tak termakan...he2 memang kau orang wala' tahap gaban kat nik aziz...tiada siapa boleh mempertikai kewibawaan TGNA ni.

Kenapa dengan nik aziz korang berwala'...sedangkan dengan penyelamat mangsa lemas kat pantai rusila korang hentam gila-gila macam korang hentam azwan ali...macam budak rusila tu kelas debek.

Dengan kekuasaan illahi datang pulak satu ujian pada gerakkan islam muzakarah ala nik aziz...kehkehkeh...apa beza muzakarah ala nik aziz dengan berbincang ala hadi dengan umno...tolong jawab skit bhai...mana kaki pro EGM sudah hilang taring...takut di sergah dari pulau melaka ker.

Sebab itu aku lancarkan projek yang memang tak mengutungkan dan bakal dapat cacian dari pas terutamanya yang pro nik aziz atau EGM.

wala' jangan tak wala'...dan jangan lupa wala' pun kena pilih kasih...kehkehkeh wajib wala' pada nik aziz...wajib lawan hadi...kehkehkeh.

Selamat bermaki-makian...!!!

 
Read more >>

Read more...

AKU LANCARKAN PROJEK LANGGAR NIK AZIZ

Oleh:KetuaPolis

Salam satu malaysia...kehkehkeh macam umno pulak bunyi nya...aku nak lancarkan projek langgar nik aziz memandangkan projek langgar hadi dah ada di ketuai aduka taruna...amacam ada berani ikut aku.


Aku buka keahlian hari ini melalui pendaftaran melalui email aku kat atas...aku nak kumpul seramai mungkin keahlian memandangkan projek ini memakan tenaga dan masa yang panjang...so lu di luar sana jangan tunggu lagi.


Pendaftaran ahli pertama akan mendapat corner lot banglo area KL..jangan lengah-lengah bro...terbuka semua keahlian tidak kira faktor umur,parti,dan jantina.


Ok apa-apa hal lu contact aku di talian hayat aku yang terakhir kat atas...Aku harap projek ini berjalan dengan lancar dan di rahmati allah...wa chowwwwwwww...!!!



Read more >>

Read more...

CERITA PASAL BUDAK KELANTAN MURTAD

Siapa tak kenal kelantan darul naim atau lebih di kenali darul pas.pergi lah pelusuk mana sekalipun samada luar negeri atau dalam negeri sekalipun mesti terselit budak kelantan kat tempat tu.budak kelantan yang terkenal dengan loghatnya yang pekat pada yang  tak biasa bergaul dengan mamat atau minah kelantan memang susah nak berbual.bahasanya yang terpekat di dunia sampai bergulung lidah nak mengejeknya.
Sifat orang kelantan yang lebih dikenali dengan kata lain iaitu perkauman yang kuat,tak per lah janji tak kacau periuk nasi orang,Budak kelantan yang suka merantau sentiasa membawa budu tidak kira naik bas atau jet pejuang F-5E budu tetap di dalam hati...kehkehkeh sebab tu lidah keras.Mana-mana budak kelantan yang merantau bercakap dalam bahasa luar kelantan akan di gelar kelantan murtad.

Lu tak cayer lu sentuh la budak kelantan sorang ...sat lagi satu bas depa mai serang hampa...itu lah budak kelantan menjaga keselamatan sesama kelantan...sebab itu depa ni bersatu hati dalam apa-apa hal...masa kan tidak pas dapat bertapak hampir 20 tahun...itu lah sedikit sebanyak aku nak belebel pasal budak negeri kenlantan ni.

Berbalik kepada kelantan murtad pada empat ekor kira pemimpin murtad kelantan iaitu raja lompat ibrahim ali setan,stopa mamat spek,menteri besar awang adek dan sekor ni datang dari hulu kelantan mana entah datuk mohd fatmi che salleh...ingat kan dapat datuk cerdik la dari A.samad said...rupa-rupanya bodoh macam raja nong chik.

woit mangkuk percaya lah kata aku yang tak masuk utusan meloya ni,rakyat kelantan lagi menyampah dengan hampa konon membodek kerajaan pusat dan memperbodohkan rakyat sendiri...dah terang lagi bersuluh memang royalti syaitan,kenapa nak jadi anjing kurap najib menafikan hak rakyat sendiri demi untuk anak cucu kamu juga.

Sekiranya dalam masa terdekat ada rakyat kelantan yang mati kelaparan ...empat ekor ni la pembunuh...tak payah tanya la kenapa...ini lah dajjal 2010 yang muncul di pantai timur...celako,celako memang celako.
Ingat lah rakyat kelantan kamu di tipu oleh pemimpin sendiri konon nya membela nasib rakyat pejuang hak rakyat...so untuk tindakan kamu wahai rakyat kelantan ingat lah dan pesan lah seluruh anak beranak kamu bahawa empat ekor badut ni lah sarkas yang merompak harta kekayaan negeri...untuk kenang-kenangan snaplah gambar empat ekoq badut ni buat lah memori untuk anak cucu cicit kita...bila anak cucu tanya ini lah tokoh pemimpin kelantan murtad yang membunuh rakyat sendiri.

Kepada empat badut sarkas sila keluar dari kelantan dengan segera bumi kelantan tidak dapat menerima kamu...masa kan manusia,anjing pun tak lalu nak menggigit kamu.

Read more >>

Read more...

AYUH KITA PECAH BELAH KAN GERAKKAN ISLAM

>> Sunday, 21 February 2010

PRO YANG INGIN MELIHAT KEHANCURAN PAS


 KINI PAS SUDAH BERPECAH ANGKARA ILHAM FIRAUN-FIRAUN BESAR YANG SAJE MENCARI KEHANCURAN JEMAAHNYA SENDIRI

Tajuk kat atas aku rasa memang power kan...kalau lu tak puas hati pasal tajuk kat atas sila email kat aku...aku dah lama bercita-cita untuk menghancurkan jemaah islam kat malaysia ni...terutama parti islam semalaysia...kejap lu olang tak payah nak marah gua ok...lu orang stop metar untuk maki aku baik pro UG atau pun pro ERDOGAN kehkehkeh.


Aku kenal jemaah islam ni boleh di katakan baru lagi lah nak berbanding dengan otai-otai seperti al-husseny51,penarik beca,ajijoi dan lain-lain...berblog lagi lah baru...maklumlah baru kenal IT...baru tak baru aku kenal pas ni 2-3 kali dah buang undi...itu kira lama lah nak berbanding dengan ostaz wan g-82...aku memang salute gila kat parti pas ni sebab aku tengok ustaz-ustaz,pimpinan2 atau pengikut,penyokong parti ni taat setia,wala' wal bara',thiqah.


pergh lu orang nak banding dengan umno,sori lah beb macam sial...semua keluar arahan dari pimpinan parti ahli2 ikut tanpa bantahan yang mengeji,jauh untuk mengutuk...tahu kenapa...tahun 80 an-90 an internet mana meluas lagi nak berbanding sekarang budak sekolah rendah pun dah ada blog kehkehkeh.



Tapi sekarang pergghhhhhhh pantang keluar dari mulut pimpinan tambah pulak tak kena dengan naluri dan jiwa mereka siap lah kau pimpinan...jangan kata ajk kawasan,presiden aku rembat...sebab kira ilmu tuan presiden dgn mursyidul am tahap low maaa...tak berani menegur depan-depan atau surat layan kita boleh tembak pimpinan pas ni melalui blog lah bro....itu lah kebaikan blog dan keburukan blog ni...kehkehkeh


Itu lah apa yang terjadi pada hari ini tiada respect atau wala' pada pimpinan...kalau lu orang umno,mca,mic tak per,nak tembak tok guru atau pimpinan ...sebab lu orang ni tak der usrah mingguan....lu orang takkan kenal apa itu wala',wal bara' and thiqah...sebab lu orang tak pernah bertamrin atau muqayam...lu main tembak dalam blog ikut sedap main tulis je apa terlintas dalam hati pakai yes selalu...lu orang tak pernah belajar cara berprasangka baik pada jemaah...lu orang tak pernah nak belajar cara pimpinan berUSLUB terhadap musuh...sebab itu semua tak der pada blogger-blogger pakatan rakyat hari ini.


Apa salahnya kesilapan yang berlaku pada pimpinan hari ini kita anggap lumrah perjuangan dan salah ker kita menegur mereka dengan caa berhemah atau ilmiah sekiranya mereka silap...ini tidak,sifat menghentam duk main dalam kepala tambah2 pulak pimpinan itu yang tak sehaluan dengan pendirian kita...woitttt firaun-firaun kecil lu orang ingat senang ke nak jadi pimpinan terutama presiden...keluarga lu rang apa cerita...anak-anak bini bertudung ker...anak laki tak berseluar pendek ker...hari2 lu berjemaah sama keluarga ker...itu baru asas pemimpin dalam rumah tangga bhai.


Tak cayer pergi Rusila sekarang tanya tuan guru...tuan guru-tuan guru,tuan guru nak ker jadi presiden pas... berapa gaji tuan guru jadi presiden?...lu pergi tanya pun dah bodoh...ingat,beliau jadi presiden kerana keputusan muktamar,itu kita kena akur...ilmu kita setanding dengan dia atau TGNA.


Kini lagi hebat dengan idea UG...maka adalah makhluk tukang jolok TGNA supaya diadakan EGM...tukang jolok dari kelantan ni memang power main peranan kat siti wan kembang tak cayer tengok...anwar ibrahim tak suka dengan cikgu pa samalah juga dengan TGNA..sampai TGNA keluar kenyataan PAS TERENGGANU SALAH PILIH PIMPINAN...lu orang ada ingat...pasal 16 september yang tak jadi2 sampai hari ini....sori ek aku bukan anti 16 sep atau anwar k...last sekali kata siapa lebih tepat samada cikgu pa,TGNA atau anwar?


mana firaun-firaun kecil yang duk menghentam UG...kemana mereka yang mengatakan dominasi geng terengganu...kemana kepala bana kau sembunyi...kenapa kamu senyap adakah telur kamu telah hilang di makan anjing kurap...kenapa kamu tidak berani menghentam anwar dengan projek 16 september...siapa pimpinan kamu...kepada siapa kamu harus wala' TGHH atau Anwar...opsssss sori lu orang tak der wala' sebab lu orang tak  tahu apa itu wala' sebab tk de usrah...sebab lu orang hanya semangat pilihanraya jer,macam 
keADILan.


Wal hasil lu tengok apa telah tejadi kat kelantan bermula di manik urai...siapa kata manik urai menang memang tak pandai berpolitik,memang ayam baru berpolitik...dengan bermajoriti 65 undi kalau tak silap,adakah kita berpaling kebelakang melihat kemana kesilapan jemaah?...lu ingat masa PRK manik urai...apa kenyataan terkeluar dari yb fatah harun terhadap yb nasa...ini ker adab berjemaah...apa layanan pas kelantan terhadap pas terengganu termasuk KL...banner menghentam ustaz nasa yang di dakwa umno punya kerja...kenapa orang pas tidak menurunkan sekiranya umno yang naikkan...allah maha kaya...allah balas cash...akibat keangkuhan ahli pas sendiri...oooo kita tidak perlu bantuan dari negeri lain...sebab kita cukup kuat kat kelantan...kehkehkeh firaun2 kecil masih ingat...dalam back record PRK k.terengganu,permatang pauh.bukit gantang,permatang pasir menunjukkan majoriti yang cemerlang...tiba2 di manik urai hancus lebus dek kesombongan pas negeri.


Tak cukup dengan itu pergolakan makin bertambah dengan PMBK...menglibat kan tukang jolok TGNA juga...kenapa suruhan tukang jolok tak berhenti menghentam TGNA...kenapa orang suruhan nya terus menghentam TGNA..itu lah balasan dari allah kerana perjuangan yang tak ikhlas...di muktamar yang lepas siapa mengatakan perkiraan perjumlahan undi tak boleh percaya setelah beliau kalah dalam pertandingan jawatan yang boleh di katakan sedap juga lah...lu orang tak nampak ke permasalahan ini dari kelantan sebab kelantan ada TGNA yang memerintah hampir 20 tahun...lu cari lah siapa sebenarnya yang menyekat TGNA dari mengerjakan haji...ini pembawa masalah besar dalam pas.


Oleh itu mari lah kita berpakat menghancurkan jemaah pas atau gerakan islam dengan melaga-lagakan pimpinan atau kita adu dombakan pro ug dengan pro erdogan...biar orang luar lihat kita tidak bersatu,kita berpecah ada dua puak,biar orang atas pagar benci pas...itu semua kehendak kamu kan...kita lebih suka BN memerintah lagi pada PRU13 nanti...kita lebih suka BN merampas hak rakyat perak dari pakatan rakyat bagi air free kat selangor kan...lu orang semua ada otak.


kalau lu orang semua ahli jemaah gerakan islam lu orang tak buat kerja firaun kecil ni...sebab lu orang tak pernah nak berprasangka baik pada pimpinan,lu termakan dengan agenda pemerhati bebas politik yang memang duduk atas pagar tak de wala'yang tak tahu nak menghormati pimpinan kita.Yang semata-mata nak mencari kepanasan blog biar terpampan tangga paling atas di perakex top blogs...kehkehkeh selamat menghancurkan Parti Pas Semalaysia

Read more >>

Read more...

KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA PIALA FA


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Berikut keputusan perlawanan bola sepak Piala FA pusingan kedua yang berlangsung malam ini. Pemenang perlawanan layak ke pusingan suku akhir.


PKNS 1-0 SELANGOR (Selangor mara dengan agregat 2-1)


POS 2-1 FELDA UNITED (Pos Malaysia mara dengan agregat 3-2)


NEGERI SEMBILAN 5-0 PDRM (Negeri Sembilan mara dengan agregat 8-2)


PERAK 0-2 T-TEAM (T-Team mara dengan agregat 3-1)


TERENGGANU 2-1 SARAWAK (Terengganu mara dengan agregat 4-1)


KL 1 - 1 KL PLUS (KL Plus mara dengan agregat 3-1)


KELANTAN 1-1 KEDAH (Agregat 1-1. Kedah mara selepas menjaringkan gol di tempat lawan)


ATM 3-0 UiTM (ATM mara dengan agregat 6-0)
Read more >>

Read more...

ASAL-USUL DAJJAL

>> Saturday, 20 February 2010


Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua;

Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Dan selanjutnya kita dapat mengetahuinya dari kisah Tamim Ad Dari yang telah bertemu dengan Dajjal itu di sebuah pulau..

Tempat Tinggalnya Sekarang

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir ini, pernah juga kelihatan piring-piring terbang UFO ini muncul di bandar Vatican (pusat Katolik dunia), Rome, Italy.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”

Maksud sabda Rasulullah S.a. w, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.



!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
           !!!...http://ketuapolis.blogspot.com...!

Read more >>

Read more...

NAJIB PENGECUT SIDANG TERGEMPAR

>> Friday, 19 February 2010

Najib Takut Adakan Sidang Tergempar Parlimen

 KALAU DASAR DAYUS ANAK PEKAN

Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan tuntutan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap pertuduhan konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang dijangka.

Ini mengesahkan ketakutan Najib dalam mendepani hujah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jika sidang tergempar itu menjadi realiti, sebaliknya Najib lebih rela bermuka-muka apabila berdepan pimpinan masyarakat antarabangsa.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS menyifatkan keengganan Najib itu menunjukkan Perdana Menteri itu sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

"Tetapi persepsi orang melihat ini konspirasi politik yang membabitkan dirinya sendiri. Membabitkan Najib sendiri. Dia sudah tentu la akan membuat penafian. Mana ada seorang pencuri mengaku pencuri?
"Dia akan bersumpah dengan nama Allah. Dengan menjunjung Quran di masjid dan sebagainya. Dia takkan mengaku," katanya kepada TV Selangor.

Beliau menganggap sidang tergenpar itu sebagai perkara yang  wajar kerana negara dilanda krisis kepercayaan baik masyarakat dalam negara mahupun antarabangsa.
"Jadi, sepatutnya ada satu sidang khas untuk membincangkan perkara ini. Ini bukan lagi perbicaraan yang berasaskan undang-undang tapi perbicaraan ini berasaskan kepada konspirasi politik."
                                                                    
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang mencadangkan sidang tergempar itu pula menyifatkan keengganan Najib itu, menyebabkan Parlimen Malaysia langsung tiada ketetapan dalam isu yang menarik perhatian dunia itu.

"Tapi kita semua tahu ini adalah satu isu politik. Sebab itu ia dapat penumpuan perhatian bukan sahaja rakyat malaysia tetapi masyarakat anatarabangsa," kata Penasihat DAP itu.
tvselangor

Read more >>

Read more...

RENUNGAN BUAT PENZINA

 Penzina Ditimpa 4 Kecelakaan



DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.

Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.

Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.

Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.

Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.

Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.

Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32).

Thabrani an Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaanAllah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.”

Rasulullah ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.

Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.

Firman Allah, yang bermaksud: “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agamaAllah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin.” (Surah an-Nur, ayat 2)

Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yangmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmatAllah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56).

Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.


!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
           !!!...http://ketuapolis.blogspot.com...!

Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER