Powered by Blogger.

BARISAN NAJIB MEMANG BARISAN NAJIS

>> Monday 1 February 2010

Isu royalti minyak: BN sering berdolak dalih



KUALA TERENGGANU: Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali hari ini mempertahankan Tengku Razaleigh Hamzah, sebagai jawapan balas kepada beberapa akhbar menuduh bekas pengerusi Petronas itu berdolak dalih dalam isu royalti minyak.

Dalam wawancara dengan para pemberita selepas menyampaikan ceramah pada perhimpunan raksasa menuntut hasil royalti minyak di Kota Bharu Khamis lalu, Tengku Razaleigh menyokong hasrat kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak dari kerajaan pusat.
“Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan yang benar tentang Tengku Razaleigh kerana saya tidak mahu beliau menjadi mangsa,” kata Mustafa kepada Malaysiakini.

Beliau menambah, Ahli Parlimen Gua Musang itu pernah pada tahun 2001, menyiapkan afidavit untuk membantu kerajaan Terengganu menentang kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun Tengku Razaleigh tidak membawanya ke mahkamah, kerana Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan kedua-dua kerajaan persekutuan dan Petronas supaya penghujahan kes itu menggunakan undang-undang sahaja.

“Inilah strategi mereka kerana jika Tengku Razaleigh tetap berkeras beliau pasti dapat mematahkan hujah kerajaan pusat dan Petronas,” tambah Mustafa.

Mustafa, juga exco kerajaan negeri Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 menambah, kerajaan Barisan Nasionallah yang tidak konsisten dan berdolak dalih.

Apabila PAS mengambil alih Terengganu pada 1999, kerajaan negeri menerima royalti minyak selama 20 tahun, tetapi dihentikan pada bulan September 2000. Mula disebut royalti, tetapi kini mereka sebut wang ihsan,” katanya.

Beliau menasihatkan supaya kerajaan Kelantan tidak membawa masalah royalti ini ke mahkamah supaya tidak berlaku penangguhan yang kini dihadapi oleh Terengganu.

“Jika mereka pergi ke mahkamah, maka tidak ada ruang lagi untuk memberi penjelasan kepada rakyat, kerana percakapan mengenainya menjadi satu kesalahan mendahului mahkamah (subjudice)

“Malahan ia lebih baik kerana perkara ini tidak berulang seperti mana Terengganu, setelah 10 tahun tidak ada apa-apa perkembangan,” katanya.

Kerajaan negeri menerima lebih kurang RM800 juta royalti minyak dari kerajaan persekutuan tahun 2000 dan memohon lagi RM2.79 bilion.

Malahan kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional dewasa ini tidak mendesak perkara ini di mahkamah,” kata Mustafa.

Bagaimanapun, beliau mendedahkan bahawa Menteri Besar Terengganu Ahmad Said memberitahu PAS bahawa beliau tidak akan menarik balik kes ini.

“Kerajaan pusat tidak berpuas hati dengan beliau kerana tidak mendengar arahan mereka dan pada sidang terakhir Dewan Undangan

Negeri, Ahmad Said memberi komitmen bahawa beliau tidak akan membuang kes ini,” ujar belia
Sumber dari...!!!

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER