Powered by Blogger.

GELARAN BARU UNTUK PAKLAH "DSU"

>> Monday 1 February 2010

Tun Abdullah dahului senarai penerima darjah kebesaran WP 2010




 
DATUK.......!!!!



KUALA LUMPUR 1 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mendahului senarai 240 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan 2010 sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara di sini, hari ini.

Abdullah dianugerah darjah kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran “Datuk Seri Utama” daripada Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah.

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu, turut dianugerah SUMW.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail pula antara tujuh penerima darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran “Datuk Seri”.

Turut menerima SMW ialah dua Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram dan Datuk James Foong Cheng Yuen; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Naib Pengerusi Eksekutif Yayasan Al-Bukhary, Datuk Ismail Yusof; Penasihat Media kepada Perdana Menteri, Datuk Jalaludin Bahaudin; dan Pengerusi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Datuk Alies Anor Abdul, yang juga bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjawat jawatan Menteri Pertahanan.

Tiga pemimpin media iaitu Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya; Ketua Pengarang Malay Mail, Ahirudin Attan, yang lebih dikenali sebagai blogger Rocky Bru dan merupakan presiden penaja Alliance of Bloggers (All-Blogs); serta Pengarang Kumpulan Harian Metro, Mustapa Omar merupakan antara 27 penerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran “Datuk”.

Turut dianugerah PMW ialah Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Hasnah Mohammed Hashim; Hakim Mahkamah Tinggi, Lim Yee Lan; Dr. Sharuddin Md. Salleh, yang merupakan bekas setiausaha politik kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau menyandang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi, Omar Abd Rahman.

Pengarah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr. John Antony Xavier; Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Polis Diraja Malaysia, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin; Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aziyah Mohamed; Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am Jabatan Kerja Raya, Datuk Dr. Amer Hamzah Mohd. Yunus; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran, Dr. Haili Dolhan; dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Mohamad Abdullah.
Penerima lain PMW ialah Panglima Markas 4 Divisyen Kem Wardieburn Angkatan Tentera Malaysia, Mej. Jen. Datuk Zulkiple Kassim; Pengarah Perkhidmatan Korporat Perbadanan Putrajaya, Muhamad Haitamin Ishak; bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, SAC II (B) Leong Chee Woh; dan Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Mohd. Idris Mohd Isa.
Presiden Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Bangsar, Tunku Zahiah Tunku Sulong; Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Labuan, Yussof Mohammad; Anggota Lembaga Penasihat DBKL dan Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Mustapa Kamal Mohd. Yussof; Anggota Lembaga Penasihat DBKL dan Ketua UMNO Bahagian Batu, Yahaya Mat Ghani; Setiausaha Badan Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Lai Kong Fah; Ketua Penerangan MIC Wilayah Persekutuan, K.P. Peru Karupan; dan Ketua Penerangan Parti Progresif Penduduk (PPP), A. Chandrakumanan, yang juga pengerusi PPP Wilayah Persekutuan.

Chef profesional negara, Redzuawan Ismail atau Chef Wan; perunding dan bekas pelumba basikal kebangsaan, Ng Joo Ngan; serta Pengerusi Masjid Al-Ghufran Taman Tun Dr. Ismail, Hassanuddin Ali juga turut menerima PMW.

Seramai 32 orang pula dianugerah Johan Mahkota Wilayah (JMW) termasuk Timbalan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Zulkefli Salleh; dan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima, Shaharudin Abd Latif.

Seramai 30 orang menerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW) termasuk Pengarang Kumpulan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Mohd. Ashraf Abdullah, manakala seramai 43 menerima Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 90 orang menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW). – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER