Powered by Blogger.

DAH LAH MAKANAN MAHAL MAKSIAT MAKIN BERLELUASA,INILAH TERENGGANU DARUL BALA"

>> Monday, 1 February 2010

Apa ke jadahnya gadisremaja berpeleseran sehingga 3 pagi

http://buletinonline.net/images/stories/berita21/jam3pagi.jpgKUALA TERENGGANU – Sungguh mengejutkan! Pada jam 3 pagi, masih ada anak-anak gadis remaja, mundar mandir di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu? Mereka dapat ditemui di sekitar dataran Shahbandar dan pantai Batu Burok pada malam-malam tertentu, terutama dihujung minggu.

Aksi mereka pula, persis anak-anak jalanan di kota-kota besar, seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu, dan bukan seperti anak-anak sebuah negeri yang digelar Darul Iman.

Adakah ini menandakan bahawa Kuala Terengganu kini semakin ‘maju’ atau sebenarnya ia sedang mundur ke belakang, menjadi sebuah kota jahiliyyah moden?

Di dataran Shahbandar, kehadiran ‘kumpulan peleseran’ itu boleh diperhatikan, tiba secara berpasang-pasangan menaiki kereta atau membonceng motosikal.

Yang berkereta mungkin akan keluar berdua-duaan, menghirup angin malam sambil duduk-duduk dibangku-bangku batu yang disediakan.

Atau, mereka boleh sahaja terus tinggal didalam kereta, meneruskan apa jua ‘adegan’ tanpa takut sebarang teguran atau tindakan serbuan dari Penguatkuasa.
Gelagak bersosial serta ‘bersahaja’ anak-anak muda tersebut amat memalukan dan menjadi ‘semakin hangat’ apabila tiba waktu dinihari.
http://buletinonline.net/images/stories/berita21/jam3pagi2.jpg
Ada anak-anak gadis belasan tahun, yang berpakaian umpama orang puteh yang ‘tinggal di Eropah’, dengan ber‘mini’ skirt dan memakai ‘singlet’ sahaja.

Bahkan di Batu Burok, apabila di perhatikan dengan teliti, gerak geri dan tingkah laku mereka membuktikan, mungkin ada aktiviti yang ‘lebih berat’ sedang berlaku.

Tinjauan Buletinonline ke lokasi dapat menyaksikan, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah menjadi pemandangan biasa, tanpa batasan.

Ketika warga kota lain dibuai mimpi, sekitar jam melewati 2.30 pagi, beberapa gadis remaja dilihat berkeliaran, samada di taman permainan atau di pantai.

Mereka kelihatan, seolah-olah menunggu-nunggu kedatangan seseorang.
Gadis remaja itu kemudiannya akan didekati beberapa pemuda, mereka bertegur sapa dan berbicara lebih kurang.

Selang beberapa minit, gadis itu dilihat menuruti kumpulan pemuda tersebut, samada berkereta atau dengan menaiki motosikal

Persoalannya, apakah benar wujud golongan remaja yang ‘tidak berumah’ dan ‘mencari makan’ di Bandaraya KT sebagaimana yang hangat diperbualkan?

Jika tidak, apa ke jadahnya, mereka berpeleseran tanpa arah tujuan, pada dinihari jam 3 pagi !

ingin lihat youtube sila klik link sumber dibawah
Sumber Disini...!!! 


note:-
itulah gerombolan asyik bergaduh sama sendiri rakyat merana...satu terengganu rakyat dimaksiatkan...mana perginya JAIT nak kata tangkap setan pin takut...ada polis pun tak leh harap asyik jaga geromgol...akhirnya terengganu jadi negeri maksiat darul celaka...woit umno celaka suka ke kamu dengan anak bangsa agama mu rosak di telan zaman moden...masing-masing menjaga perut yang boroi dan biarkan rakyat menjadi rosak...hancur hancur...hancur umno

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER