Powered by Blogger.

Papagomo di bayar ribuan ringgit oleh umno dan beberapa agengsi kerajaan.

>> Thursday, 24 May 2012


Pernah juga aku terbaca blog pemfitnah nombor satu ni . memang dia ada tulis bahawa dia dan geng2 blogger lain memang blogger jalanan dan tiada upah. tak perlulah aku nak sertakan link.<---baca dan paksa senyum 

Patut lah media perdana negara selalu duk promosi blog beliau jam 8 malam, rupanya ada mainan dengan menteri2 BN. celakak sungguh mung gomo, mainan kasor neh.

Kenali Pemfitnah no satu

Wah! aku dari dulu lagi tahu dan percaya semua blogger Pro-UMNO dibayar secara bulanan. Nah akhirnya terjawab bila adik saudara aku yang merupakan seorang penjawat awam gred tinggi di satu kementerian telah bercerita kepada aku kisah blogger paling popular dengan video seksnya. Siapa? Papagomo! 

Dia rupanya telah dibayar oleh beberapa agensi kerajaan hanya untuk mengeluarkan video seks serta menghentam mana-mana pemimpin baik pembangkang mahupun UMNO sendiri. Antara nama yang disebut adalah MKN, BTN, KDN, JASA, dan banyak lagi kementerian yang membayar entah atas sebab apa.

Dengan gaya penulisan yang entah apa-apa dan tidak punya isi selain serangan peribadi dan tidak mengulas tentang dasar mahupun pandangan berkenaan isu-isu semasa, dia masih menjadi pilihan orang-orang atasan UMNO. 

Diceritakan lagi kepada saya Papagomo seorang yang angkuh dan bangga dengan hasil yang diperolehnya daripada banyak sumber. Kereta yang dipakai daripada KIA Sportage kini dia punya Alphard pula. Masih nak kata dirinya blogger jalanan dan tidak dibayar.

Siap tuduh rakan blogger lain dibayar dengan satu jumlah yang banyak. Kalau anda Tanya saya saya kata mereka semua dibayar tetapi cerita yang sampai ke telinga saya bahawa Papagomo telah dibayar dengan jumlah yang banyak. 

Kata adik saudara saya lagi, Papagomo menggunakan taktik ugutan untuk menerima imbuhan daripada mana-mana menteri termasuk menteri dimana dirinya bekerja. Rasanya episode Papagomo dibayar oleh banyak pihak ini saya hentikan dahulu untuk menjadi penilaian para pembaca. 

Lebih baik baca blog politik baik Pro-PR mahupun Pro-UMNO yang mengulas sesuatu isu berbanding serangan peribadi serta berbentuk lucah kerana ianya adalah satu tindakan yang tidak bertamadun, Harus diingat blog merupakan medan yang dibaca oleh setiap peringkat umur tanpa kawalan.

p/s: Gomo, betul ka hang ni bekas anggota polis traffic yang dipecat? 
Gomo ada jawatan kosong lagi ka? ejas kasi jkk blogger upahan umno sorang. founder gua nak shahrizat NFC. sini
Read more >>

Read more...

Penyakit vandalisme menular di Kuala Langat, Ini mesti kerja PR


Kerja orang bodoh kalau cerdik manakan bak buat kerja remeh.


KUALA LANGAT 24 MEI : Gambar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sekitar Banting dan Morib sekali lagi diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ini merupakan kejadian kali ketiga yang berlaku di kawasan itu dalam masa dua bulan.

Pemangku Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Muhammad Hafiz Shaari berkata sebelum ini dua kali papan iklan diconteng dan disimbah cat.

“Tidak sampai sebulan MDKL menggantikan beberapa papan iklan yang disimbah cat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kali ini ianya diconteng pula,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata perilaku vandalisme itu merugikan harta benda awam serta mencacatkan persekitaran.

Hafiz yang kesal dengan perbuatan vandalisme yang dilakukan kerana pihaknya terpaksa menukar papan iklan itu dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Bagaimanapun MDKL sudah merancang menggantikan papan tanda berkenaan kepada papan tanda lain selewat-lewatnya minggu depan.

“Kami perlu menggantikan papan iklan sedia ada kepada papan iklan ‘Visit Kuala Langat’ minggu depan tetapi tidak sangka semalam kejadian yang sama berulang semula.

“Masyarakat perlu tahu papan iklan yang diganti semula memerlukan perbelanjaan yang besar, jadi kerjasama daripada semua pihak untuk menjaga harta awam perlu digiatkan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang kecewa dengan tindakan berulang kali itu menggesa pihak yang bertanggungjawab agar datang bersemuka jika tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pakatan.

“Lebih menyedihkan bulan ini merupakan bulan melawat Kuala Langat dan kejadian ini memberi kesan kepada tanggapan pengunjung terhadap daerah ini,” katanya.

Abdullah Sani berkata, baginya tindakan memangkah gambar pemimpin PR merupakan tindakan sabotaj selain menakutkan orang ramai untuk memilih PR dalam pilihan raya akan datang.

p/s: Tak berani aku nak tuduh mana-mana pihak, kata geng itu, puak ini jadi fitnah plak. kalau tengok gambar atas rasa2nya budak2 mabuk pil kuda  ni...bersangka baik. sini
Read more >>

Read more...

Kemungkinan besar saya buta sebelah akibat terkena tear gas

Umno kata padam muka


SAPER SURUH CARI PENYAKIT, duk rumah layan anak bini bersama keluarga lagi bagus, buat apa susah-susah berhimpun bukankah kita dah aman nak pergi kerja balik kerja mana ada orang nak halang. korang tak bersyukur lansung duk kat malaysia, lebih baik geng2 bersih lucutkan kerakyatan warganegara<---kahkahkah kalau aku layan dgn aku2 jadi bodo


Salah seorang peserta yang cedera serius terkena kanister gas pemedih mata sewaktu berlaku kekecohan ketika perhimpunan BERSIH 3.0, tampil hari ini untuk mencerita apa yang telah menimpa dirinya.

Asrul Wadi Ahmad, 29, (dua dari kanan) dari Kepala Batas, telah diperiksa oleh empat 
orang doktor dan mungkin didiagnosis buta mata kanannya  jika 
keadaan tidak bertambah baik dalam tempoh enam bulan.

Asrul berkata dia terkena kanister gas pemedih mata tepat di mukanya pada kira-kira jam 3.15 petang di sekitar Masjid Jamek, ketika dia menyertai bantahan BERSIH pada 28 April.

Katanya, dia hilang penglihatan di mata kanannya, dan setiap kali dia melihat, terdapat tompok hitam di dalam pandangannya.

Para doktor memberitahunya bahawa kesan pada matanya disebabkan oleh satu objek yang mengenainya pada kelajuan yang tinggi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang, Asrul berkata keadaan adalah tenang ketika dia berada di sekitar Masjid Jamek, 
tetapi ia tiba-tiba bertukar menjadi kacau-bilau apabila gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai.

Apabila dia terkena kanister tersebut, Asrul rebah dan dibantu oleh orang ramai yang membawanya ke sebuah hospital berhampiran, di mana beliau menerima sembilan jahitan di bawah matanya.

Apabila ditanya sama ada dia menyesal dengan keputusannya untuk menyertai perhimpunan tersebut, Asrul berkata, "Tidak, ini adalah perjuangan rakyat."


Katanya, dia akan menyertai lagi perhimpunan jika BERSIH 4.0 dianjurkan.

Sebagai belia, kata Asrul, mereka mempunyai tanggungjawab untuk memastikan negara kekal demokratik.

Asrul dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap polis ekoran apa yang menimpa dirinya.

Dia juga telah hilang pekerjaan sebagai seorang jurutera mekanikal di sebuah syarikat pembuatan di Pulau Pinang, yang ditawarkan kepadanya sebelum perhimpunan BERSIH diadakan.

"Mereka memberitahu saya bahawa pekerjaan tersebut memerlukan seseorang yang mempunyai penglihatan yang baik," katanya sambil menambah, dengan keadaannya itu, dia tidak lagi sesuai untuk pekerjaan tersebut.

Nah layan video bawah neh, tengok bagaimana fru rejim umno buat kerja. bukankah menjadi kesalahan melepaskan gas dgn mendatar 180 darjah bukankah mengikut sop fru sepatutnya melepaskan gas mendongak iaitu 45 darjah.


perhatikan mini 1.09
p/s: Sabar bro, bukti jelas bila nanti orang tanya kenapa dgn mata kau, jawapannnya "inilah kekejaman rejim barisan Nasional ditunjangni umno zaman najib". aku berbangga dengan pemuda ni , aku sedih dan aku kesian, tapi lawan tetap lawan, kena sorang ramai berdiri blakang kau, ini bukti jelas yang amat bro kau menjadi mangsa KEZALIMAN UMNO DEMI MENGEMBALIKAN KEADILAN UNTUK SEMUA RAKYAT BUKAN UNTUK INDIVIDU KAU SORANG-mkini


<

Read more >>

Read more...

Bukti jelas PAS sudah menyeleweng dari dasar islam

Sebelum korang nak maki hamun aku dengan kata aku ni agenda umno, barua umno atau seangkatan dgnnya elok lah kau bawa bersabar dan bertenang dulu, sebab aku pun tengah pening neh betul ke tajuk aku tulis tu. dan betul ke apa aku merabang dalam blog neh weh,,,adoiii sabar2 dan be emosional penyokong2 PR. hal ini dah tentu memberi kesegaran buat penyokong2 umno...kahkahkhakha nah baca print sreen neh.



Sebab tu aku cakap berulang kali  "INGAT UMNO INGAT BANGANG SEPANJANG MASA".

P/S: MADEY KATA PENYOKONG2 UMNO NEH BODOH.sini
Read more >>

Read more...

Awani 501 dayus potong cabaran debat najib dgn Anwar


Dayus betul awani astro neh



KUALA LUMPUR: Astro Awani dalam siaran ulangannya semalam, memotong bahagian moderator Dr Maszlee Malik yang mencabar debat antara Datuk Seri Najib Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan segera.

(Dr Maszlee, moderator debat Rafizi KJ yang memanaskan Najib)

Malam semalam, stesen berbayar itu menyiarkan secara langsung debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang dikendalikan Dr Maszlee Malik sebagai perantara.

Menariknya, dalam debat itu moderator secara terbuka mencabar perdana menteri dan ketua pembangkang berdebat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Tindakan itu sekaligus menghangatkan semula politik tanah air apabila cadangan debat itu sebenarnya pernah dibuat sendiri oleh Anwar sejak tahun lalu, namun tidak dilayan oleh Najib sehingga isu itu tenggelam begitu sahaja.

Namun dengan cadangan terbaru Maszlee dalam forum yang dipancar secara langsung di televisyen swasta itu, membuka semula isu tersebut untuk diperdebat rakyat.

Saksi video neh dan bagi kat awani pondan

Di Facebook, Twitter, blog sibuk memperkatakan perkara itu dan mahu Najib menerima cadangan untuk berdebat dengan Anwar yang telah lama dinanti-nanti oleh rakyat.

Di Youtube pula, rakaman cabaran debat yang diajukan oleh moderator itu juga turut dimuat naik.

Bagaimanapun Astro didakwa memotong bahagian cabaran debat itu pada siaran ulangannya semalam.

Harakahdaily diberitahu, sebaik sahaja selesai debat itu, beberapa pemimpin Umno yang turut hadir telah menyerang pihak Astro kerana menyiarkan cabaran Dr Maszlee itu secara langsung.

p/s: Di akhir video atas nung ternyata penyokong2 umno mengamuk marah kat moderator doktor maszlee Malik
Lu sape moderator<---kahkahkah ingat bhai najib dah goyang habis satu dunia dah tahu najib sudah dicabar, tak payah dgn Anwar dgn jkk sudah cukup, debat tajuk "kenapa najib takut kat Rosmah". hdaily
Read more >>

Read more...

Mustafa Mohammad dibidas pelakon sohor

Siapa tak kenal dengan artis bernama hairie Othman seorang perlakon terkenal dalam dunia hiburan tanah air, hahaha jkk dikejutkan mamat artis ni membidas datuk stopa mamat mp barisan National Jeli kerana stopa mamat mengkritik kemasukan artis kedalam PAS Keadilan sejak dua menjak ini. 


Kebingungan United Monkey National Organization sejak2 akhir ini makin terserlah kebimbangan apabila berbondong-bondong pelbagai golongan mula suka kepada Pakatan rakyat.  Semakin difitnah semakin dihina, dimaki semakin ramai sambutan yang menggalakan menyokong PR khusunya PAS.


Bila artis, pelakon  nak berak, kencing lapan liter   mengandung media2 kerajan melaporkan, apatah lagi kalau artis nak khawin, bercerai semua paper banjingan umno melaporkan, tapi bila status sebegini membidas orang umno di mana editor2 wartawan utusan tv3 seangkatan dengannya pergi? Cover himpunan sejuta belia purajaya ka? kahkahkah

p/s: bangang sokmo lah rakyat kalau ikut kata tv3 utusan.khaikkk tuih sini
Read more >>

Read more...

95% peniaga jln masjid India tidak meyokong meniaga depan rumah Ambiga

Kononya bersih 4 mencuci bersih 1,2,3


Sekumpulan penjaja di Lorong Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur meluahkan rasa tidak berpuas hati terdapat pihak yang cuba melibatkan mereka untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk  S Ambiga mulai hari ini.

Mereka juga mengambil sikap "berkecuali dan tidak mahu main politik", tidak seperti yang dilakukan oleh Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL), dan hanya mahu mencari rezeki dengan menjaja di lorong itu setiap Sabtu.

Malah, mereka juga bimbang pelanggan akan lari jika mereka dikaitkan dengan tindakan berniaga di hadapan rumah Ambiga, sehingga boleh menjejaskan pendapatan mereka selepas ini.

"Ini memberi kesan negatif... Kami tidak bersetuju dengan tindakan menjual (di hadapan rumah Ambiga). Ia memberi nama buruk kepada peniaga.

"Jangan guna nama platform penjaja Jalan Tunku Abdul Rahman. Guna nama lain. Kita bebas, tidak berpolitik, kita nak cari rezeki... Kalau nak berpolitik berhenti berniaga dan masuk politik," kata seorang peniaga, yang enggan namanya didedahkan.

Dilaporkan MBPKL yang diketuai Datuk Jamal Md Yunus akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman di hadapan rumah Ambiga selama dua hari bermula hari ini bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan pada 28 April lalu.

'Tak sampai 10 sokong BERSIH 4.0'

Selain menamakan tindakan mereka sebagai "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3", semalam mereka membida tapak perniagaan sehingga mencecah nilai tertinggi sebanyak RM5,000.

Mengunjungi Malaysiakini semalam, kumpulan penjaja itu mendakwa kira-kira 95 peratus daripada kira-kira 300 penjaja di lorong tersebut bersikap berkecuali dengan tindakan majlis Jamal yang mahu berniaga di hadapan rumah Ambiga.


Penjaja itu mendakwa penjaja di situ tidak diajak berbincang dengan rancangan tersebut, sebaliknya hanya mengetahui melalui kain rentang dan risalah yang diedarkan kepada mereka.

"Boleh dikira dengan jari, tak sampai sepuluh orang (penjaja) yang menyokong Datuk Jamal," katanya menjawab soalan berhubung jumlah penjaja yang menyertai rancangan Jamal -  pemilik peniagaan kereta mewah dan restoran.

Sementara itu, menceritakan suasana pada hari demonstrasi, kira-kira 50 peratus penjaja menjalankan aktiviti seperti biasa, tetapi terpaksa menghentikannya selepas polis berpangkat biasa didakwa mengarahkan ia dihentikan sewaktu berlakunya kekecohan di situ.

"Tidak ada arahan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," kata penjaja itu yang mendakwa tindakan polis dibuat kerana penjaja dikatakan "melindungi" peserta BERSIH. mkini


p/s: Kahkahkah adnan mansor kata ianya tak terlibat dgn agenda umno, itu belum brahim ali bersuara, peniaga lebih cerdik dari sibangang datuk jamal tu. kalau kerja bodoh rupa ini tak lain tak bukan organize United Monkey National organization boh. bukan madey dah kata ahli2 umno ni bodoh.
Read more >>

Read more...

Najib akan disapina oleh mahkamah Perancis,masihkah beliau boleh tersenyum?

>> Wednesday, 23 May 2012

Senyuman ini akan menjadi semasam masanya lepas ini

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.
  
(Apakah Najib dan Zahid boleh tersenyum lagi di mahkamah Perancis nanti)

Peguam Suaram yang baru pulang dari Perancis Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.

Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya Mazlinda.

Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpean yang dibuat oleh syarikat Perancis.

“Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah.

“Kami memberikan nama Najib Tun Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda,” kata Fadiah dengan mendapat tepukan gemuruh dari lebih 2,000 yang hadir dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching Ahad lepas lapor Free Malaysia Today.

Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh.

Namun, baru-baru ini selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya.

"Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis, " soal Zahid.

Fadiah (gambar) dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan.

Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.

Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.

"Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke mahkamah Perancis," katanya.

Sementara itu, rakyat Malaysia mula memberikan respon ke atas laporan ini dengan berkata mereka sedia menyumbang untuk membolehkan mereka berdua (Najib dan Zahid) menjadi saksi.

"Saya akan menyumbangkan RM1.00 dari wang yang saya cari dengan susah payah untuk menampung kos mereka. Jika tak cukup, saya boleh tambah RM1.0 lagi," kata Cheong Seng Keong.

Namun katanya, "Saya tidak mahu menyumbang untuk kondom mereka."


p/s: Adakah sempat Najib nak berdebat dengan Anwar?
Read more >>

Read more...

Siapakah Rafizi Ramli yang berjaya buat Khairy Jamaluddin gelabah tadi.

Biodata anak muda 


Lahir: 14 September 1977

Tempat Lahir: Besut, Terengganu

Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)

Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan


Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)

Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Pengawas
Orkestra Morrison’s Academy
Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)

lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia
PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik
PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)

Pengurus Kanan termuda semasa dilantik

Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)

Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion
Pharmaniaga Berhad (2009)

Pengurus Besar
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – )

Ketua Eksekutif

p/s : Rafizi, Betul ke anda bekas presiden pelajar sedunia sewaktu anda pelajar di Uk dahulu dan betulkan tony blair waktu itu presiden pelajar Uk hendak mengenakan yuran  setiap pelajar 1000 us dolar setahun tapi anda membatalkannya? dan betulkah anda lebih dihormati disana berbanding Khairy? bukan gua nak bodek tapi sedikit info aku dapat dari budak junior beliua sewaktu anda student sana? kalau betul perghhhh salute.
Read more >>

Read more...

Pengarah jsj bakri zini mengamuk pasal facebook

>> Tuesday, 22 May 2012


Facebook punya cerita 


KUALA LUMPUR- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin mengecam individu yang menyamar sebagai beliau melalui akaun Facebook palsu.

Dalam kenyataan, Isnin, Mohd Bakri menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai akaun Facebook sama ada secara peribadi atau atas kedudukannya sebagai pengarah jabatan itu.

"Saya mendapat tahu ada individu tidak bertangggungjawab mencipta akaun paslu Facebook atas nama saya dan menampalkan status palsu," katanya dalam kenyataan yang ditampalkan pada laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semakan terhadap rangkaian sosial itu menemui satu akaun Facebook yang menyamar sebagai milik Mohd Bakri Mohd Zinin dengan menggunakan kata-kata kasar dalam maklumat profil serta dindingnya dengan tujuan mencemarkan imej polis.

Berdasdarkan catatan log, akaun palsu itu dicipta Jumaat lepas dan setakat ini mempunyai 14 rakan yang disahkan.

Melalui kenyataan itu, Mohd Bakri juga mengingatkan orang ramai bahawa seseorang yang mencipta profil Facebook palsu untuk menyamar sebagai orang lain dan menimbulkan kemarahan orang berkenaan, boleh dikenakan tindakan kerana menyalahgunakan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.- BERNAMA

p/s: Hahahaha pasal facebook pun nak kecoh, Akaun menghina islam , gay akaun berbaur kemaksiatan , mengajak ke arah murtad asal tak melenting. alasan takde orang report? buang lah pangkat sekejap buang lah ego, belajar jadi orang awam  tengok dunia cyber skang apa jadi. facebook macam talipon skang tau. buat malu jek pegawai buta IT.

Plissss takut dgn akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, akta ini penyelamat cybertrooper umno. seperti auku<--- jangan nak auta, fakta dah bersepah.

Baru aku tahu rupanya pengarah jsj takde akaun fb, weh jangan buat malu seorang pegawai tinggilah. patut la siri pendedahan dalam  segala isu terutamanya BERSIH 3 polis tak alert. ermmm babi pun ada fb

ermmmm... kalau umno tumbang sila salahkan pengarah ini sebab bodoh dalam it dan tak membantu BN dalam dunia fb.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER