Powered by Blogger.

Kemungkinan besar saya buta sebelah akibat terkena tear gas

>> Thursday, 24 May 2012

Umno kata padam muka


SAPER SURUH CARI PENYAKIT, duk rumah layan anak bini bersama keluarga lagi bagus, buat apa susah-susah berhimpun bukankah kita dah aman nak pergi kerja balik kerja mana ada orang nak halang. korang tak bersyukur lansung duk kat malaysia, lebih baik geng2 bersih lucutkan kerakyatan warganegara<---kahkahkah kalau aku layan dgn aku2 jadi bodo


Salah seorang peserta yang cedera serius terkena kanister gas pemedih mata sewaktu berlaku kekecohan ketika perhimpunan BERSIH 3.0, tampil hari ini untuk mencerita apa yang telah menimpa dirinya.

Asrul Wadi Ahmad, 29, (dua dari kanan) dari Kepala Batas, telah diperiksa oleh empat 
orang doktor dan mungkin didiagnosis buta mata kanannya  jika 
keadaan tidak bertambah baik dalam tempoh enam bulan.

Asrul berkata dia terkena kanister gas pemedih mata tepat di mukanya pada kira-kira jam 3.15 petang di sekitar Masjid Jamek, ketika dia menyertai bantahan BERSIH pada 28 April.

Katanya, dia hilang penglihatan di mata kanannya, dan setiap kali dia melihat, terdapat tompok hitam di dalam pandangannya.

Para doktor memberitahunya bahawa kesan pada matanya disebabkan oleh satu objek yang mengenainya pada kelajuan yang tinggi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang, Asrul berkata keadaan adalah tenang ketika dia berada di sekitar Masjid Jamek, 
tetapi ia tiba-tiba bertukar menjadi kacau-bilau apabila gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai.

Apabila dia terkena kanister tersebut, Asrul rebah dan dibantu oleh orang ramai yang membawanya ke sebuah hospital berhampiran, di mana beliau menerima sembilan jahitan di bawah matanya.

Apabila ditanya sama ada dia menyesal dengan keputusannya untuk menyertai perhimpunan tersebut, Asrul berkata, "Tidak, ini adalah perjuangan rakyat."


Katanya, dia akan menyertai lagi perhimpunan jika BERSIH 4.0 dianjurkan.

Sebagai belia, kata Asrul, mereka mempunyai tanggungjawab untuk memastikan negara kekal demokratik.

Asrul dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap polis ekoran apa yang menimpa dirinya.

Dia juga telah hilang pekerjaan sebagai seorang jurutera mekanikal di sebuah syarikat pembuatan di Pulau Pinang, yang ditawarkan kepadanya sebelum perhimpunan BERSIH diadakan.

"Mereka memberitahu saya bahawa pekerjaan tersebut memerlukan seseorang yang mempunyai penglihatan yang baik," katanya sambil menambah, dengan keadaannya itu, dia tidak lagi sesuai untuk pekerjaan tersebut.

Nah layan video bawah neh, tengok bagaimana fru rejim umno buat kerja. bukankah menjadi kesalahan melepaskan gas dgn mendatar 180 darjah bukankah mengikut sop fru sepatutnya melepaskan gas mendongak iaitu 45 darjah.


perhatikan mini 1.09
p/s: Sabar bro, bukti jelas bila nanti orang tanya kenapa dgn mata kau, jawapannnya "inilah kekejaman rejim barisan Nasional ditunjangni umno zaman najib". aku berbangga dengan pemuda ni , aku sedih dan aku kesian, tapi lawan tetap lawan, kena sorang ramai berdiri blakang kau, ini bukti jelas yang amat bro kau menjadi mangsa KEZALIMAN UMNO DEMI MENGEMBALIKAN KEADILAN UNTUK SEMUA RAKYAT BUKAN UNTUK INDIVIDU KAU SORANG-mkini


<

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER