Powered by Blogger.

Suruhanjaya pembunuh Rakyat Malaysia

>> Wednesday, 6 April 2011

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Saya Anak Bangsa Malaysia, dan Malaysians for Beng Hock hari ini menggesa siasatan segera terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan kematian terbaru dalam tahanan agensi itu.

Menurut NGO tersebut, kematian terbaru itu membuktikan SPRM gagal memelihara kepentingan awam, menyebabkan kewibawaan dan kredibiliti semakin terhakis dan dipertikai orang ramai.

“Insiden ini sekali lagi membuatkan khalayak mempertikai integriti dan akauntabiliti SPRM. Keyakinan orang ramai terhadap kredibiliti dan profesionalisme SPRM sudah berkecai,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Pagi ini, seorang pegawai kanan kastam, Ahmad Sarbani Mohamad, 56 dilaporkan mati jatuh dari tingkat tiga bangunan pejabat baru SPRM di Jalan Cochrane kira-kira jam 10.15 pagi.

Pegawai itu yang bekerja di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia baru sahaja dibebaskan dua hari lalu selepas diikat jamin, sebelum dipanggil semula ke pejabat agensi itu.  Allahyarham sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan rasuah dan pembersihan wang haram di jabatannya.

Justeru, NGO terbabit menuntut agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat secara bebas dan menyeluruh insiden tersebut.

“Suruhanjaya itu mestilah menyiasat peranan utama struktur kuasa dan perintah yang sedia ada dalam SPRM sekarang ini. Kami juga menuntut agar separuh daripada ahli suruhanjaya itu terdiri daripada ahli persatuan masyarakat sivil untuk memastikan mereka mempunyai kredibiliti,” kata NGO berkenaan.

Mereka juga menuntut agar Ketua Pengarah SPRM, Mohamad Khalid Yusuf, Pengarah Selangor, dan semua pegawai yang terlibat dalam siasatan kes itu agar digantung dengan segera, sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan mereka.

“Ia penting untuk memastikan keadilan diletakkan pada tempat yang sewajarnya dan tiada sebarang bukti disembunyikan atau halangan terhadap proses siasatan,” kata mereka.

Mereka juga menuntut agar cadangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen terhadap Kanun Jenayah dan Kanun Prosedur Jenayah untuk melaksanakan Akta Koroner di  Malaysia dan penubuhan Mahkamah Koroner disegerakan untuk menyiasat semua kes kematian mengejut orang dalam tahanan

p/s
Cadangan den kepado SPRM kalau nak siasat suspek hendaklah menyiasat ditingkat paling bawah atau ground floor.kalau jatuh tak sakit habis kuat pun luka2 kecil.


Bahana sisatan tempat tinggi inilah jadinya.tak bunuh diri atau dibunuh.

Read more >>

Read more...

Senarai penamaan calon Dun Sarawak

Siapa lawan siapa

SARAWAK: Penamaan calon Pilihan raya negeri Sarawak yang ke 10 bermula hari ini dengan proses penamaan calon dijalankan serentak di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).


Tempoh penamaan bermula dari pukul 9 hingga 10 pagi manakala sejam lagi untuk proses bantahan. Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan calon bertanding
pada jam 12 tengahari.

Di DUN N70 Ba’kelalan menyaksikan pertandingan satu lawan satu. Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Sarawak,  Baru Bian menentang lawannya dari  SPDP-BN, Willie Liau.

Di DUN N08 Satok, seramai 200 Penyokong mengiringi calon KEADILAN, Ahmad Nazib Johari yang berdepan dengan calon dari PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Di DUN N051 Balingian, kira-kira 100 penyokong mengiringi calon KEADILAN, Suriati Abdullah yang akan menentang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud. Taib turut menerima tentangan daripada sepupunya sendiri, Salleh Jafaruddin sebagai calon bebas.

Di DUN N31 Layar pula menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon KEADILAN, Stanny Emat yang berdepan lawan Alfred Jabu (BN), Joe Unggang (SNAP) dan bebas.

Di DUN N29 Batang Ai , menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon  KEADILAN dan penyandang kerusi itu, Malcolm Mussen Lamoh daripada BN.

Di DUN N16 Bengoh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon KEADILAN, Willie Mongin,  SNAP- Richard @Peter Margaret , Dr Jerip Susil dari BN dan Wejok Tomik dari bebas.

Di DUN N11 Batu Lintang, KEADILAN mempertaruhkan  See Chee How untuk berdepan dengan  lawan Sih Hua Tong dari SUPP dan Lina Soo dari Bebas.

Di DUN N065 Senadin, Dr Teo Yu Keng daripada KEDILAN akan menentang lawannya daripada SUPP,  Lee Kim Shin.
Di DUN N049 Nangka pula, calon KEADILAN Norisham Mohamed Ali, anak jati kawasan itu akan menentang Dr Annuar Rapaee daripada PBB-BN.

Di DUN N17 Tarat,  Peter Ato Mayao daripada KEADILAN akan melawan Roland Sagah daripada BN-PBB dan Ateng Anak Jeros dari SNAP.

Di DUN N62 Lambir, KEADILAN meletakkan calonnya, Zolhaidah Suboh  bagi menentang Setiausaha Politik kepada penyandang Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud

Di DUN N056 Baleh, Bendindang ak Manjah yang mewakili KEADILAN akan mencabar Datuk Seri Dr James masing dari PRS-BN.

Di DUN N054 Pelagus, Edward Sumbang ak Asun dari KEADILAN akan menentang Stanley Nyitar@ Unja ak Malang dari PRS-BN.

Di DUN N04 Pantai Damai, calon KEADILAN, Wan Zainal Abidin Wan Senusi, akan bertemu lawannya, Dr Abdul Rahman Junaidi dari PBB dan Suhaimi Selamat, bebas.

Di DUN N066 Marudi menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Gerang ak Dagom dari KEADILAN, Sylvester Entrie ak Muran dari BN-SPDP, Edwin Dundang ak Bugak dari SNAP dan calon bebas, Michael Ding Tuah.

Di DUN N036 Semop, KEADILAN Mempertaruhkan Ong Chung Siew untuk berdepan dengan calon PBB-BN, Abdulah Saidol dan calon bebas Ajiji Faizan

Di Beting Maro, Pas menurunkan calonnya, Abang Ahmad Kerdi Abang Magasus yang akan melawan seorang pendatang baru dari BN, Razaili Gapor. Pas dikatakan mempunyai peluang baik untuk menang di sini.
Di  DUN N09 Padungan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon DAP, Wong Kim Wei yang melawan calon BN, Sim Kiang Chok dan Dominique Ng Kim Ho dari bebas.

Di Batu Kawah, penyokong Dap mengiringi calon mereka, Christina Chiew ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Kota padawan untuk menentang  calon SUPP,  Tan Joo Phoi.

Di DUN Bawang Assan, berlaku pertandingan dua penjuru antara Dap dan SUPP. Dap meletakkan calonnya,  Alice Lau melawan calon SUPP, Wong Soon Koh yang sudah sudah menjangkau usia 69 tahun.
Di DUN Piasau menyaksikan satu lawan satu antara DAP yang mempertaruhkan calonnya,  Ling Sie Kiong  melawan calon BN, Dr George Chan.
Read more >>

Read more...

Harta ismit ulam raja luar negara

Sapo kato rakyat Saarawak miskin lagi hino? Mereko boleh berbangga dengan seorang orang sarawak memiliki harta berjuta-juta....INgat sarawak ingat harta mat Taib.


p/s
Pasni ada hujah yang dangkal dari pencacai berkata,biarlah itu titik peluh belaiu sebagai KM sarwak...kahakhkah

So apo sobab rakyat sarawak masih mengundi BN kali ni?

Dalam mat taib dgn bini mudo duduk dalam keadaan selesa rumah2 mewah ada lagi rakyat sarawak belum mendapat bekalan asas air dan letrik.

Masih ada lagi di kampung2 jalan berTAR

Ingat beb egeri ekau negeri pengeluar minyak.so tak do sobab mat taib bagi alasa dan hujah2 dangkal bg ,menidakkan bekalan asas uatama tidak disalurkan...kakhkahkah



Try ubah sekali wahai rakyat budiman....
Read more >>

Read more...

Apo hujah Umno bilo dongar Bidio

>> Tuesday, 5 April 2011

Den harap kalau nak bagi lomen tu biar berfakta bukan auta.pado kebiasanya umno banyak spin,auta dan konar bearing....muahahahahaha







p/s
Sebarkan video ini sebanyak mungkin beb.kito telanjangkan betul si celok ini...kahkahkah
Read more >>

Read more...

Mangsa culik pertama setelah tonton video Eskay



Kanak-kanak perempuan diculik?





KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan hilang dipercayai diculik lewat petang semalam ketika bersama kakak iparnya, 23, dan seorang saudaranya berusia 10 tahun, di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC T. Narenasagaran berkata, kejadian itu berlaku di sebuah kedai telefon bimbit milik ibu kanak-kanak itu di Jalan Kuantan-Gambang berhampiran dengan sebuah pasar raya kira-kira 7 petang.
Bercakap kepada pemberita Narenasagaran meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kanak-kanak berkenaan, Nur Hafiqah Zarissya Mohd Nawawi, menghubungi polis di talian 09-5751999. - Bernama
p/s
Baru  kes culik bhai,selepas video seks tersebar dalam tenet.
Tunggu jelas pasni beribu laporan polis akan di buat terhadap kes rogol cucu,main bini orang,rakan sepejabat dan bini papa gomo.
Jangan salahkan sapo2 kecuali pembikin video pengarah filem blue pertamo.
Mulai skang awasi pergerakan anak2 kito,bini2 kito dan nenek kito
jib ikat elok2 queen rosmah takut2 papukari rembat.bukan boleh kira mamat macha ni.air kencing setan pun di tonggang...kahkahkah
Read more >>

Read more...

Tangkap polis tangkap Datuk T


Polis bertanggungjawab bocor video fitnah- bekas Ketua Polis Daerah Baram

KUALA LUMPUR: Kegagalan Polis menjaga keselamatan video fitnah yang diserahkan oleh trio Dato T membuktikan institusi itu tidak boleh dipercayai, kata bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak Voon Lee Shan.

Menurut Voon, selain trio Dato T, hanya polis memiliki video itu sebelum ia tersebar secara meluas di internet, semalam. Tegasnya, ia menunjukan pihak polis boleh diandaikan terlibat dalam penyebaran video itu.

“Dua isu utama yang perlu diambil kira dalam hal ini. Pertama, Pegawai polis yang terlibat dalam menjaga video itu harus disiasat dan kedua, jabatan yang dipertanggungjawabkan menjaga bahan bukti itu tidak boleh dipercayai,” katanya kepada Keadilandaily.

Sehubungan itu, tegas beliau, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu ditubuhkan segera kerana jelas agensi itu gagal menjaga keselamatan rakyat dan memulih imejnya yang berpihak kepada Barisan Nasional.

“Bagaimana mereka hendak menjaga keselamatan rakyat jika video seperti itu pun gagal mereka uruskan,” soal beliau yang bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Baram hampir 10 tahun.

Voon lee Shan turut menegaskan sekiranya video itu dengan mudahnya bocor di internet, ia menunjukkan bukti yang didakwa itu juga mampu direka dengan tujuan mengaibkan Anwar oleh musuh politiknya.

“Saya cukup yakin ini merupakan fitnah kali ketiga yang sengaja diwujudkan untuk membunuh kerjaya politik Anwar. Lebih-lebih lagi kewujudan video itu berkait rapat dengan musim pilihan raya di Sarawak.

“Namun berdasarkan mood rakyat dan kajian saya mendapati kes video fitnah itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Sarawak. Malah memberikan undi simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat di sini,” kata beliau yang kini seorang peguam.

Video itu mula didedahkan Datuk T yang didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan Dato Shuib Lazim.

Ia ditayangkan pada 21 Mac lalu di Hotel Carcosa Seri Negara kepada wartawan terpilih, pada hari sama Dewan Undangan negeri Sarawak dibubarkan. Semalam, sedutan video itu dimuatnaik ke laman You Tube oleh blogger pro- Umno- Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan pihak polis terlibat dalam penyebaran video lucah palsu itu.


p/s

tugas baru buat pendokong keadilan.sekianya anda ternampak tiga ekor manusia bertopeng kan syaitan ini terus tangkap tak pakai gari tak po just guno dawai ampaian, campak di balai berhampiran.

So sapo plak yang nak tangkap polis yang melepaskan video tersebut sehingga kantoi dalam youtube?

Cam mano leh terlepas sedangkan dalam kawalan polis, mulai dari hari ini, 110% polis sudah hilang kepercayaan orang ramai.

Polis...sampai bilo nak menjadi pelacur umno,tidak cukup kah pelacur belakang mati,bukit bintang? sanggupnya diperkosa oleh pembuas-buas nafsu syaitan.

PDRM untuk rakyat bukan untuk melindungi kejahatan umno.hentilah sandiwara menjadi pencacai umno.jangan jadi macam musa hassan nak pencen baru berani bersuara.bukan itu dayus?yang tahu selama ini, semasa dalam tugas banyak benda perkara yang dibuat tk betul.

Read more >>

Read more...

Pakatan Rakyat belum mampu utk Sarawak


Itulah ucapan patut den sebut2 kan.memandangkan perosak pakatan rakyat ini dengan pendirian merekan masing2 yang keras kepalo.perebutan kerusi antara PKR dan snap masih berebut.

Apo ni bhai?
Kato Pakatan Rakyat.mano sefahaman? mano pakatan yang kononya nk tumbangkan umno first?Nampaknyo misi menawan sarawak 60% dh hampir gagal,terus bonus buat BN.

Snap dan PKR masing2 ado ego.Den harap jangan menyosal lopeh ni.tak payah la sibuk2 buat post mortem.ekau buat ekau tanggung

Nah ambil ekau den baco nak terkeluar kahak biru.tunjuk ego2 masing2


p/s
Ponet lolah duk bertahan hujah dongan pihak lawan umno dalan blog atau Fb atau twiter.menyebarkan segalo bentuk kebenaran kepado rakyat bahawo PR macam ni macam ni,last2 di peringkat pimpinan tak boleh nak slow top? masing dan bosar panjang tak kan masih ado ego.macmano nak pimpin negaro kalau di peringkat UPSR dah gagal.


Syabas Umno will Be End
Read more >>

Read more...

Youtube, kenapo di deleted bidio seks?

Analisis fitnah jahat

Adakah permainan Datuk T yang di taja oleh mamat mongolia hampir menemui jalan kesudahan dengan kemenangan kepada keadilan rakyat?

Adakah kerana bidio tu di edit tak menjadi dan bakal di keluarkan edition berlainan dengan nampak real bagi menyakinkan hati rakyat?

Hujah kantoi yang tak boleh bla:-

Apakah kerana kantoi pada minit yang ke 0.31-0.34 yang menyaksikan dua kelibat mirip Anwar keluar masuk bilik hotel sorang kurus sedang keluar dan sorang lagi dengan perut boroi sedang masuk?dan begitu copet amoi buko pakaian,nampak sangat edit bhai.

Di tambah hujah kuat dengan kekantoian pada minit yang ke 0.51-0.53 yang menyaksikan video di edit sehingga menjadikan kelibat mirip Anwar dan pengarah video mirip (datuk Eskay) seramai 4 orang?


Apakah tulisan berbahasa Thai yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa adalah menunjukkan nama sebuah jalan di bangkok. Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand. Lihat gambar di bawah dan klik gambar untuk pandangan lebih jelas klik edyesdotcom.


p/s
kalau nak menipu, biar yang menipu tu lobih cerdik dari orang yang keno tipu.kalau diri tu jahil jangan mengajak orang lain turut jahil samo.

moral of the story:-
kebenaran pasti menjelma.umno tunggu untuk di talkin...kahkahkah



Read more >>

Read more...

Datuk 110% masih yakin itu Anwar

Apa punya tur ini orang .dulu pakai motor from kulim ke KL. sekarang apa kereta tanya jpj Wangsa Maju la beb.


p/s
Siyes bhai den tak leh tengok muko mamat ni dari sojak duk dalam PKR laie.sojak dio duk kondem alim ulama'den dah mulo mual dgn perilaku si munafiq paling besaq tanah air kuku.den tak tahu apo dio kojar sbonar nyo ni.memalukan kupiah jo.dongar2 kepalo ekau botak tongah zul.sobab tu la ek.ekau menyebab kan pemakaian islam difitnah zul.celako.

Masih yakin laie tu memang Anwar dalam bidio tu.dulu datuk Tipu dah buat pengakuan lopeh tu zul kato sayo yakin itu memang Anwar dan sayo jamin 110%, sobab tu dapat datuk.ingatkan dah insaf setelah pengakuan Datuk Tionaseng.dakwaan den dangkal beb.tolor ekau memang dah di gengam oleh najib.manusio paling celako bagi den adalah ekau Zulkifli Noordin....bullshittttttttttttt
Read more >>

Read more...

Gobala mula menari bersama Umno Be End


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan masih lagi lantang bersuara, jika dahulu ia menjadi suara untuk pembangkang, tapi kali ini dia tidak lagi bercakap menentang Barisan Nasional (BN) tetapi secara rasmi menjadi suara untuk parti pemerintah.

Gobalakrishnan, yang meninggalkan PKR pada Jan 29, muncul di sebuah pentas ceramah di Puchong dan berkongsi pentas dengan ADUN-ADUN BN dan pemimpin BN tempatan sejak berpisah selama 12 tahun.


Bekas Setiausaha Pemuda MIC itu menyertai PKR pada tahun 1998, namun keluar dari parti apabila pemimpin de facto Anwar Ibrahim melantik peguam N Surendran sebagai Naib Presiden yang baru, dan bukan dari kumpulan dari wakil India yang terpilih.




Bercakap pada ceramah UMNO yang diadakan di Puchong Indah, dia berkata hanya BN yang boleh menangani kesengsaraan masyarakat India.

Siri program ceramah BN untuk Selamatkan Selangor itu juga dihadiri oleh ketua pembangkang Selangor Satim Diman.


Gobalakrishnan, yang kini seorang ahli parlimen bebas yang mesra-BN, juga mengecam Anwar dan timbalan presiden PKR Azmin Ali.


"Anwar begitu sayangkan Azmin sehingga ia telah lupa kepada pemimpin lain di dalam PKR dan rakyat Malaysia. PKR ialah parti itu yang ditubuhkan untuk melindungi kepentingan Anwar dan Azmin. Ketua parti sanggup mengorbankan sesiapa saja disebabkan oleh sayangnya kepada Azmin.


"Anwar telah tiga kali meminta saya untuk keluar dari PKR. Jadi, saya keluar dari PKR kerana sudah tidak boleh tahan lagi," 
tambahnya.

Gobalakrishnan berkata dia memilih untuk bersama dengan BN kerana rakyat, terutamanya masyarakat India, di Selangor kami '
menderita' di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Pakatan terdiri daripada gabungan PKR, PAS dan DAP.

"Lihatlah apa yang terjadi di sini. Pentadbiran negeri penuh dengan penipuan. Yayasan Selangor sekarang muflis. Apakah ini yang diharapkan daripada rakyat kepada Pakatan? Rakyat di Selangor perlu bijak dalam memilih kerajaan negeri pada masa akan datang. Dan saya rasa kerajaan BN lah yang terbaik untul negeri dan negara,"
tambahnya.


Penyokong PKR Diserang


Namun, program ceramah itu bertukar menjadi buruk apabila beberapa penyokong PKR mulai berkumpul semakin dekat sambil memegang sepanduk memprotes ucapan berapi-api Gobalakrishnan.


Situasi menjadi semakin kacau ketika penyokong UMNO penyokong mula membalas. Pengarah pilihan raya PKR Puchong Zainal Abidin Abu Bakar dan isterinya ditendang dan dipukul berkali-kali oleh orang-orang UMNO. Dia kemudian
'diselamatkan' oleh Ketua Cabang PKR Puchong S Murali.

Mengulas insiden tersebut, Zainal berkata penyokong PKR datang bukan untuk menimbulkan masalah kecuali sekadar untuk melakukan
'protes aman terhadap Gobalakrishnan'.



"Kami juga tidak masuk ke dalam untuk mendengar ceramah tersebut. Kami hanya berdiri di seberang jalan tetapi kami diserang," katanya kepada FMT.

Sementara itu, Murali berkata beliau tidak tahu Gobalakrishnan hadir pada program ceramah tersebut sehinggalah dia pergi ke sana.


"Saya masih setia kepada PKR di bawah Anwar. Kehadiran Gobalakrishnan di Puchong ini adalah kejutan. Ini jelas menunjukkan BN terdesak untuk menang di Puchong," 
tambahnya.

Murali juga menyarankan Gobalakrishnan supaya lebih bersopan dalam ceramahnya.


"Dia tidak perlu menggunakan kata-kata kasar terhadap Anwar dalam ucapannnya. Gobalakrishnan telah kehilangan kredibilitinya,"
tambahnya lagi.FMT

p/s
Siapa sangka beb buaya beranak suatu hari nanti.
siapa sangka ibrahim ali bertanding atas tiket mic
siapa sangka beb zul 110% khawin dgn ummi filda
siapa sangka khairy masuk PKR terus ada jawatan


Siapa sangka bik mama akan slim mcm  jennifer lopez
muahahahaha
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER