Powered by Blogger.

PILIHANRAYA UMUM KE 13 LEBIH AWAL?

>> Thursday, 4 March 2010

Oleh:Tranungdaily

Penulis dapat maklumat bahawa PRU 13 akan diadakan lebih awal iaitu seawal-awalnya Mac 2011. Ini berdasarkan kepada 'iddah' PRU 13 selama 3 tahun penuh. PRU 12 yang lalu berlaku pada Mac 2008. Penulis diberitahu oleh rakan2 dalam PAS bahawa PAS Pusat mula buat countdown yang akan berakhir pada 11 September 2011.

PERSEMPADAN SEMULA

Kalau nak pakai teori PRU 13 akan diadakan sebaik sahaja selepas persempadan semula diluluskan, maka kena ambil kira tempoh 8 tahun yang ditetapkan. Seingat penulis, tahun terakhir persempadan semula ialah pada 2003. Ini bermakna memang munasabah PRU13 dijangka pada tahun 2011.

Adapun tempoh maksimum bagi kerajaan buat PRU13 ialah tahun 2013. Kerajaan akan menjadi tidak sah sekiranya PRU tidak dibuat selepas 2013.

Jadi, untuk lebih 'ihtiyat', maka adalah lebih baik disasarkan ia berlaku Mac 2011. Kempen daftar pengundi dan keahlian parti-parti pakatan rakyat harus digiatkan untuk ke arah itu. Serangan-serangan mesti diatur dan dilancarkan. Papan Skor sepatutnya sudah dinaikkan. Elakkan kita menari mengikut gendang musuh. Fokuskan kerja. Jauhi percanggahan dan perbezaan yang meluaskan jurang antara parti pakatan. Lupakan sengketa. Jauhi menyerang sesama sendiri. Tumpukan muncung pistol dan senapang ke arah musuh yang Satu(Malaysia) iaitu UMNO Barisan Nasional.



!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

DAH PANDAI UGUT-MENGUGUT PULAK DAH

Oleh:KetuaPolis

note:
macam2 alasan lu ni zul...nak kuar jangan buat onar...kuar je kalau lu anak kulim...usah mencari alasan-alasan yang menganggu jiwa orang ramai...kehkehkeh...tumpang tanya...kenapa tak singgah semasa perhimpunan anak felda kat suhakam baru ni...takkan lalu dan tengok je kot...yb tian chua dengan yb sallehudin pun ada...ke gua salah mata memandang kot...kehkehkeh...ooo mungkin uzur syarie kot

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin melangkah keluar dari mesyuarat jawatankuasa displin Parti Keadilan Rakyat sebagai membantah kehadiran bukan  Islam dalam panel itu.

Zulkifli berkata panel siasatan harus terdiri dari orang Islam sepenuhnya kerana salah satu dari pendakwaan yang beliau hadapi adalah isu kalimah Allah.

Menurutnya, panel sedia-ada terdiri dari seorang Muslim, dua pengaaut Kristian dan seorang beragama Hindu.

Panel bagaimanapun menolak tuntutan itu dan berkata kuasa untuk melantik panel terletak dalam bidang kuasa Majlis Pimpinan Pusat.

Demikian itu, Zulkifli menyeru MPP untuk melantik panel baru sebelum Selasa minggu hadapan. Jika tidak, beliau akan meletak jawatan.tvselangor

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

GARA-GARA BERMUKA BUKU,TERKANTOI PULAK

OLeh:KetuaPolis

BAITULMAQDIS:Tentera Israel menyatakan rancangan untuk menyerang sebuah perkampungan di Tebing Barat terpaksa dibatalkan selepas seorang askar Israel mendedahkan maklumat itu di Internet.

Tentera itu berkata, askar tempur terbabit menyiarkan waktu dan lokasi serangan itu pada laman Facebook miliknya selain menyatakan pasukan tentera sedang merancang untuk `membersihkan’ perkampungan tersebut.

Beberapa askar lain telah melaporkan kebocoran maklumat itu kepada pihak berkuasa tentera, yang kemudiannya membatalkan serangan itu selepas khuatir maklumat itu mungkin akan sampai kepada tentera musuh.

Askar terbabit telah dibicarakan di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 1o hari. / AP

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak...!!!
Read more >>

Read more...

BEKERJA UNTUK NAJIB ATAU RAKYAT

Oleh:KetuaPolis

note:
Lu polis harus ingat saper yang bayar gaji lu...jangan jadi bodoh kerana gaji tak seberapa...pakatan rakyat pun bayar gaji untuk lu...cina,india,tok imam,jkk,semua bayar gaji lu...jangan sampai gua menyumpah lu kena stroke...kehkehkeh...yela lu polis buat baik pun rakyat kutuk lu...sebab lu sudah sinonim dengan polis raja di malaysia yang sombong,berlagak,tidak mesra rakyat dan suka menibai...hakkkk ptuiiiiiiiiiiiiiiiihhh sohai lu...kehkehkeh

PULAU PINANG 4 Mac - Tindakan pihak polis menyoal siasat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang berhubung kandungan ceramah mereka adalah satu taktik Umno dan Barisan Nasional untuk menjatuhkan dan merampas kerajaan negeri sebagaimana yang dilakukan di Perak.

Terbaru Ketua Menteri Lim Guan Eng, Ahli Dewan Negeri Sim Tze Tzin, ADUN Kebun Bunga Jason Ong dan ADUN Batu Uban S. Raveentharan akan disoalsiasat polis pada pukul 12 tengahari hari ini di Pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 Komtar.

Sim ketika dihubungi Suara Keadilan berkata ceramah dan penerangan yang diberikan merupakan sebahagian daripada tugas asas sebagai wakil rakyat.

Kata beliau antara isu yang diterangkan kepada rakyat termasuklah isu semasa berhubung ekonomi dan politik termasuk perbicaraan Konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita yakin kita hanya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat untuk memberi penjelasan yang betul kepada rakyat.

"Tindakan polis ini hanya satu bentuk tekanan yang dikenakan sebagaimana mereka lakukan kepada Sivarasa dan Salehuddin tempoh hari tetapi kita akan tabah melalui semua tekanan ini," tegas Sim.

Pada 23 Februari lalu Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa dan Ahli Parlimen Kubang Kerian
Salehuddin Ayob disoalsiasat di bawah Akta Hasutan 1948 di bangunan Parlimen selama sejam oleh dua pegawai polis berhubung ceramah mereka di Seberang Jaya 7 Januari lalu.

Sim berkata pihak polis juga mahu menyiasat Jason ong kerana mengadakan majlis sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

"Inilah pertama kali dalam sejarah saya mendengar ada sambutan Tahun Baru Cina haram!," katanya sambil ketawa.-suarakeadilan

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!









Read more >>

Read more...

MANA PERGI GUA PUNYA POSTING "BEKERJA UNTUK NAJIB ATAU RAKYAT"

note:
tionaseng ...sudah hilang maa...mungkin para pembaca atau blogger sempat membaca artikel tu...tiba2 je hilang selepas gua posting artikel baru bertajuk "2 ORANG LAGI BAKAL MP PKR AKAN KECUNDANG KE TANGAN NAJIB"  ...tolong gua kemana hantu tuya sembunyikan artikel gua...kemana dia merajuk...pertama kali terjadi kat blog gua...mana2 blogger yang pernah kena macam gua tolong royak,habaq mai,kabor sikit...gua sudah pening atau pun gua akan buat report polis mengatakan blog gua di hack...pinto punya ker?...kehkehkeh...tolong gua beb.
Read more >>

Read more...

2 ORANG LAGI BAKAL MP PKR AKAN KECUNDANG KE TANGAN NAJIB

Oleh:KetuaPolis

note:
Mana tidaknya kemungkinan besar ahli parlimen batu itu akan tersungkur di penjara sg buloh...dan kemungkinan bersama-sama ketuanya anwar turut sekali...inilah strategik najib seboleh-bolehnya menidakkan rayuan tian chua akan ditolak mentah oleh mahkamah yang dikatakan ADIL...Kepada anwar lu juga bakal meringkok sekali lagi dalam jeriji besi...maka pilihanraya di kedua-dua tempat ini mungkin akan diadakan secepat mungkin...najib mengejar-ngejar majoriti 2/3 parlimen bagi ianya terus berkuasa...dengan itu kita dapat melihat perubahan persempadan semula untuk memecahkan pengundi...maka dengan itu rakyat akan melihat umno berkuasa dan makin kuat kembali walaupun dengan cara yang tidak sah atau haram jaddah...bagi rosmah haram apa ada hal...kehkehkeh

KUALA LUMPUR 4 Mac - Keputusan rayuan Ahli Parlimen Batu Tian Chua berhubung kes gigit tangan polis akan diputuskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Rayuan yang sepatutnya diputuskan pada 29 Januari lepas ditangguhkan berikutan laporan penghakiman kes tersebut belum disiapkan oleh Mahkamah Seksyen.

Tian Chua didapati bersalah pada 22 Oktober 2009 oleh Mahkamah Majistret kerana mencederakan penjawat awam dalam satu operasi polis dua tahun lalu.

Majistret Mohd Faizi Che Abu memutuskan beliau dikenakan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak RM3,000. 

Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman tersebut ditangguhkan bagi memberi peluang kepada beliau memfailkan rayuan. 

Tian Chua atau nama sebenarnya Tian Chua Chang, 46, didakwa kononnya mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar ketika beliau sedang menjalankan tugasnya pada satu perhimpunan di Parlimen pada 11 Disember 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-suarakeadilan

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

APA ORANG TUA NI MERAPU

>> Wednesday, 3 March 2010

Oleh:KetuaPolis

note:
Setelah di buang dan ditolak oleh rakyat...kini paklah menunjuk taringnya semula setelah membisu hampir 1 tahun...mungkin ingin menjadi seperti madey kutty penasihat petronas...lu paklah lembab bukan sepantas formula one...cakap lu mana ada harga...lu punya cakap kasi simpan itu lori alam flora lah...kehkehkeh

PUTRAJAYA, 3 Mac — Barisan Nasional (BN) tidak boleh menganggap parti itu akan menjadi lebih kuat secara automatik dengan keretakan yang melanda parti pembangkang, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila beberapa anggotanya keluar daripada parti itu baru-baru ini.


Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) berkata BN termasuk Umno hendaklah terus bekerja keras untuk memastikan ia lebih kuat dan mampu untuk berjasa dan membantu melaksanakan pembangunan bagi rakyat.

“BN jangan menganggap dengan apa yang berlaku kepada pembangkang, BN akan automatik mejadi kuat. Setakat nak harap jadi kuat dan menang hanya kerana pembangkang sedang menghadapi masalah saya ingat harapan itu akan meleset.

“Yang penting ialah usahakan bersungguh-sungguh supaya apa yang dijanjikan termasuk reformasi parti,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sebuah restoran di sini hari ini.

PKR hari ini kehilangan seorang lagi Anggota Parlimen setelah anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, mengumumkan keluar parti itu dan menjadi anggota Parlimen bebas berkuatkuasa serta-merta.

Ini menjadikan PKR hilang tiga Anggota Parlimen dalam tempoh kurang sebulan selepas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) bertindak keluar parti. Selain Mohsin Fadzli, Zahrain dan Tan, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin turut meninggalkan parti itu.

Abdullah tidak menolak kemungkinan BN akan kembali memegang majoriti dua pertiga di Parlimen jika trend anggota PKR keluar parti itu berterusan. Beliau berkata parti itu kini dalam keadaan yang “begitu teruk” kerana semakin ramai ahlinya meninggalkan parti.

“Kalau dulu 16 Sept bukan main heboh mereka kata BN akan tumbang jadi hari ini yang tumbang PKR nampaknya.. Itu kedudukannya sekarang ini,” katanya.

Abdullah berkata walau apapun perubahan dalam politik apa yang lebih penting adalah untuk mengekalkan keselamatan dalam negara serta memajukan ekonomi.

“Memanglah dalam demokrasi sihat macam-macam peristiwa ada hubung kait dengan parti politik, tapi yang pentingnya biarlah ekonomi itu berjalan terus tanpa terjejas,” katanya. — Bernama


!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

ANAK MUDA LU APA TUNGGU...KALAU JANTAN TURUN LAH

Oleh:KetuaPolis

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Sekumpulan pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang akan berhimpun secara besar-besaran bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila Dewan Rakyat bersidang 15 Mac ini.


Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Protes, berharap berjaya menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dijadualkan tiba di bangunan Parlimen pada 9 pagi.

Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat akan datang. - Malaysiakini
 

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

PKR PARTI TIONASENG

Tajuk je kurang ajar tapi ahlinya tidak kehkehkeh...inilah projek pembasmian beramai-rami ahli pkr yang di anggap pengkhianat kepada pengundi di tempat masing2...kenapa ahli perlimen pasir mas melenting bila dr maza mengeluarkan kenyataan harus MP yang melompat meminta maaf kepada pengungdi2 di tempat masing-masing...lu dah dikira murtad...harus mengucap dua kalimah syahadah dengan memohon maaf dan harus meletak jawatan ahli parlimen masing-masing.


Kemungkinan inilah bala ke atas PKR...perjanjian projek 16 september yang di lancarkan oleh anwar sendiri tidak terlaksana...apabila anwar menghalalkan sistem lompat parti...namun ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri...patutlah kemarahan ahli parlimen bukit gelugor suatu masa dahulu perlu di ambil perhatian serius...Kini anwar kena mengambil perhatian lebih serius dengan kata-kata sallehudin hashim yang beliau mengatakan 10 ahli parlimen pkr akan keluar parti...walaupun kata beliau ini adalah suatu provokasi namun ianya harus di beri perhatian yang sewajarnya.

Seeloknya PRK harus menyediakan borang keluar parti untuk ahlinya supaya senang memantau ahli2 nya yang benar-benar konsisten...biar mereka yang ingin keluar parti harus gentleman dan patut memberi penerangan kepada pengundi-pengundi mereka agar dapat di terima pengundinya.


inilah tamparan yang amat hebat sebuah parti baru dengan mendapat ujian yang getir dari illahi...untuk itu kepada semua ahli-ahli pkr haruslah muhasabah diri dan perkuatkan kekuatan rohani...jangan duk pikir nak menawan negara sahaja sehingga ahli-ahli terbiar terkontang kanting dengan ilmu agama yang kosong...bersabarlah dengan projek 16 sep...siapa tak mahu menawan negara agar di lihat lebih bersih...perbetulkan nawaitu bukan memerintah negara untuk menjahanam kan lawan...lawan harus ditarbiyah bukan di musuhi...kerana sasaran tarbiyah adalah musuh-musuh...dan musuh bukan untuk di lawan...pelajari lah sebagaimana rasullulah s.w.t mendakwah melalui akhlak 
Read more >>

Read more...

KAHKAHKAH...KEHKEHKEH APA SUDAH JADI

note:
Perghhhhhh menyirap gua dengar berita yang membuat gua sekali lagi rasa nak tembak PKR ni...kehkehkeh tapi gua masih bersabar...lagi sembilan orang yang masih menunggu signal dari najib untuk buat kejutan keluar dari parti itu...mungkin kata-kata selluhudin hashim semalam hampir menjadi kenyataan...kehkehkeh harap-harap di luar sana bersabar...kemas kan kawasan masing2...ingat PRU 13 semakin hampir...bungkus kan celaka-celaka ini...tersenyum luas la si brahim anak pak ali...kehkehkeh...woit zul hang tak payah buat kejutan lah...tahu dah  lama hang bergelomang dengan najib...esok hang pulak keluaq Parti Keluar Ramai2...kami blogger tak terkejut pun...kehkehkeh

Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas

Mohsin (foto), 65, merupakan ahli parlimen ketiga dari PKR yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Mereka ialah Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).

Mohsin mengumumkan keputusannya keluar parti itu dalam sidang akhbar yang sekali lagi turut dihadiri oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim di Ampang hari ini.

Salehuddin juga turut hadir di sidang akhbar Zahrain dan Tan ketika mereka mengumumkan keluar dari PKR.

KALAU DAH DASAR PERJUANGAN TAK IKHLAS INILAH JADINYA

Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Kelmarin, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian parti itu berhubung isu Allah.

Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Salehudin pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.

Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.
Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi. malaysiakini
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER