Powered by Blogger.

Saya akan pertahankan kerusi Pasir Mas-Ibrahim Ali

>> Wednesday, 6 June 2012


Muka bantal satu2nya berada di kelantan khuusnya jajahan Pasir Mas


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengesahkan akan bertanding mempertahankan kerusi tersebut pada  Pilihan Raya Umum ke-13, namun enggan mengulas tiket yang akan digunakan.

Beliau berkata, ia terpulang kepada dirinya sendiri sama ada mahu menerima tawaran daripada mana-mana parti.

Pada 2008, Ibrahim bertanding atas tiket Pas.

"Bertanding di PRU ini tidak kira parti ke tidak parti ke, kalau kita mahu bertanding kita boleh bertanding, jadi tiada masalah. Saya bertanding atas tiket apa itu soal lain.

"Ia terpulang kepada saya, ini strategi saya, bila sampai masa nanti baru saya beritahu. Cuma kalau panjang umur, tubuh badan sihat, atas kehendak rakyat Pasir Mas, saya akan pertahankan posisi saya sebagai Ahli Parlimen," kata beliau  yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Beliau dalam sidang media sama turut menyatakan pendapat berhubung tarikh PRU13, yang mana katanya dijangka berlangsung bulan depan iaitu sebelum bulan Ramadan.

"Ia boleh berlaku dalam tempoh dua hingga tiga minggu dari sekarang , ada yang kata September, November malah tahun hadapan, tetapi saya kata Julai, sebelum puasa.

"Saya tidak tolak kemungkinan kerana itu kerana saya punya kiraan biasanya selepas Dewan Rakyat dibubarkan, ia mengambil masa dua minggu untuk SPR membuat persediaan sebelum PRU, tidak semestinya dibuat pada musim cuti sekolah, Jadi, saya jangka ia boleh berlangsung pada tarikh 15 atau 16 Julai," katanya tidak menolak spekulasi yang dibuat antara lain sebagai motivasi kepada semua parti yang akan bertanding.- sinar

p/s: Tahniah yb Ibrahim Ali berjaya memperdayakan orang pasir Mas dan penyokong2 PAS khusunya, amber tak nafikkan pengikut sebenar kamu kira2 lingkungan 6000 orang di jajahan itu, dan tahniah semangat masih berkobar-kobar nak jadi mp pasir mas pru 13. tapi adakah pengundi2 pasir mas akan memberi undi skali lagi untuk kamu? kahkahkah,,, orang umno sdiri dah meluat dgn kamu apatah pengundi2 PR?

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER