Powered by Blogger.

Pembinaan lebuhraya Kelantan tidak penting-kata NGO utan

>> Wednesday, 6 June 2012


Inilah melayu utan selama neh yang aku labelkan apa yang aku maksudkan, sebab kemelayuan utannya tak dapat disekat lagi malah kalau disekat maka keutanannya makin menjadi-jadi. 

Cakap nak kemajuan, dah buat halang. tak utan ke namanya? cakap nak nolong melayu ? tapi bila tolong buat melayu utan neh juga yang nak mengamuk.lahai melayu utan.

 Sumbangan ngo melayu utan perli hasrat kerajaan kelantan nak buat lebuhraya

KOTA BHARU - Kira-kira 300 orang berkumpul secara aman di sini hari ini bagi menyerahkan memorandum yang mengandungi banyak "tanda tanya" berhubung pembinaan lebuh raya Kota Baharu-Kuala Kai, kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka yang mewakili badan-badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan itu berkumpul lebih sejam mulai 10.30 pagi di pintu masuk Kompleks Kota Darul Naim dengan membawa kain rentang dan sepanduk antaranya berbunyi 'Kerajaan Batu Asas', 'Selesai Air  Dulu', 'Manisnya Janjimu' dan 'Rakyat Derma Doh, YB dan Exco Bila Lagi'.   

Kompleks itu menempatkan pejabat-pejabat Kerajaan Negeri dan Menteri Besar.
   
Kumpulan itu turut membawa peralatan seperti kereta sorong, cangkul, penyodok dan penyapu sampah untuk Nik Abdul Aziz sebagai sindiran terhadap kerajaan negeri pimpinan Pas itu.
   
Memorandum dan peralatan tersebut diserahkan wakil kumpulan itu, Kamaruddin Mohd Kasim kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Fazli Shaari yang mewakili Nik Abdul Aziz.
   
Kamaruddin, yang juga Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi  Rakyat (TUKAR), berkata tindakan mereka itu merupakan satu sindiran terhadap kerajaan Kelantan yang didakwanya banyak membuat janji kosong kepada rakyat selama ini.
    
"Memang benar ini sebagai menyindir kerajaan Kelantan yang hanya pandai  berjanji kosong terutama menjelang pilihan raya. Ini tidak salah kerana kerajaan Pas Kelantan telah lama menyindir rakyatnya sendiri dengan tidak menunaikan janji lama," kata Kamaruddin. 
   
Antara lain, memorandum itu menyebut pembinaan lebuh raya bukan satu keutamaan kerana ada ada lagi perkara lebih penting yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri.
   
"Yang lebih utama dan perlu dilaksanakan segera oleh kerajaan PAS Kelantan ialah...menyelesaikan dulu masalah rakyat seperti penyediaan rumah mampu milik, masalah air yang berlarutan, bantuan kepada rakyat miskin serta penyelesaian janji-janji lama," kata dokumen itu.     
   
Perkasa salah satu ngo yang menyumbang

Antara NGO dan persatuan yang hadir ialah Angkatan Generasi Melayu Muda, Persatuan Pemandu-pemandu Teksi Kelantan, Majlis Intelektual Muda Darul Naim, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.
   
Sementara itu, Setiausaha Perkasa Kelantan Shariff Mahmud berkata kerajaan negeri kini boleh diibarat 'kerajaan batu asas' yang hanya pandai membuat janji tetapi gagal melaksanakannya.
   
Upacara pecah tanah projek lebuh raya sepanjang 73km bernilai hampir RM2 bilion yang dicadang dibina dengan sumbangan rakyat Kelantan itu, dilakukan Nik Abdul Aziz pada 28 Mei lepas. - Bernama
p/s: tak leh nak huraikan lagi memang jelas dan terbukti mana2 individu rakyat kelantan mengundi BN kali neh betul2 malah terlebih bangang.
Patut dah tepat sekali umno memang parti untuk2 lembu malah lebih hina sebab bodo terlampau. Ingat umno ingat lembu, ingat lembu ingat Shahrizat.
 Melayu utan baca  sini kejap

Lebuhraya: Umno tabur janji sejak 1986

Kota Bharu Kegagalan Umno mengota janji sejak 1986 kini cuba diselesaikan kerajaan PAS apabila melakukan upacara pecah tanah membina lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu.

Ketika itu kerajaan Barisan Nasional (BN) menyenaraikan projek pembinaan lebuh raya berkenaan dalam Rancangan Malaysia Ke-5, malangnya sehingga sekarang gagal dilaksanakan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, janji Umno sejak 26 tahun lalu gagal dilaksanakan sehingga kerajaan negeri sekarang terpaksa mengambil tanggungjawab tersebut.

“Kita buat lebuh raya bagi menunaikan janji yang ditinggalkan Umno sejak 1986.

“Namun malangnya sehingga RMK-10 projek berkenaan tidak menjadi kenyataan. Inilah isu sebenar, bukannya soal PAS mahu berjanji kepada rakyat,” katanya selepas perasmian Pusat Penerangan PAS Kelantan di sini hari ini.

Perasmian tersebut disempurnakan Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya, Dato’ Ahmad Yakob dan wakil-wakil rakyat.

Pusat penerangan tersebut beroperasi di tingkat bawah Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, mempunyai dua petugas tetap bagi menyalur pelbagai maklumat kepada orang ramai.

Pagi tadi sebuah NGO Umno yang dikenali sebagai Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (Tukar) mengadakan demontrasi di hadapan Kota Darulnaim dengan membawa cangkul dan peralatan pembinaan usang.

Demontrasi itu disifatkan sebagai mempersendakan projek lebuh raya rakyat disertai beberapa pemimpin Umno. Mereka turut menyerah memorandum kepada kerajaan negeri.

Dr Fadzli yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan berkata, lebuh raya rakyat diletak batu asas baru-baru ini sebagai langkah kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya, lebuh raya tersebut apabila siap kelak dilalui semua rakyat dan ia dianggap satu keperluan mendesak bagi menyelesaikan kesesakan lalu lintas.

“Bukan bermakna kita sampai meminta sedekah apabila membina lebuh raya tersebut. Apa yang kita tekankan ialah konsep berkebajikan bagi membolehkan semua pihak mengambil bahagian.

2 comments:

Zul Wednesday, June 06, 2012  

Banyak tu dapat pahala sumbang duit untuk bina kemudahan org ramai...kalau kita buang batu atas jalan pun dapat byk pahala,ini kan pula bina jalan raya...subhanallah...

Ummu Hurairah Wednesday, June 06, 2012  

macam tambak pantai dungun tu la. bila jalan tu dah runtuh baru kalut belake. da baper kali tambak tu tersenarai dalam rancangan malaysia tuh. duitnya bagi juta2, tapi tambak pakai guni pasir je. huh...

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER