Powered by Blogger.

Kes NFC settle dalam masa singkat tapi kes azmin sudah 17 tahun beb?

>> Wednesday, 6 June 2012


Menjelang PRU ke 13

Baca tajuk dapat buat kesimpulan bahawa keadilan sedang dirogol...kahkahkah, dirogol oleh sang penguasa yang sedang tergugat beb. anak muda masih tidor terlena dgn dunia umno semakin pincang? ubah ler sebelum parah.

Pegawai sprm masuk menyiasat

PETALING JAYA, 6 Jun — Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan pertuduhan rasuah terhadapnya dan turut mempersoalkan badan pencegahan rasuah itu kerana baru sekarang menyiasat semula kes tersebut.

Malah, ahli Parlimen Gombak itu juga menegaskan, tindakan itu dilihat hanyalah sebagai “pertuduhan politik” terhadapnya memandangkan pilihan raya umum bakal dijalankan tidak lama lagi.

“Kenapa sekarang baru nak siasat, sudah 17 tahun, kenapa tidak dari dulu?” katanya.

“Pilihan raya dah dekat. Mungkin bulan hadapan. Ini adalah ‘pertuduhan politik’ terhadap saya,” tambahnya.

Malah, Azmin (gambar) turut menyifatkan SPRM sebagai “super efisyen” kerana kebanyakan kes seperti kes yang melibatkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, ia diselesaikan dalam tempoh masa singkat, walaupun individu yang sepatutnya memberikan keterangan tidak dipanggil.

“Saya respon mudah, mereka super efisyen. Kes NFC (Pusat Fidlot Nasional) boleh disiasat dalam tempoh paling pantas dan telah membersihkan nama Shahrizat walaupun banyak soalan belum dijawab.

“Walaupun mereka yang terlibat dalam isu itu belum dipanggil untuk memberikan keterangan, tapi isu itu  ditutup,” tegasnya merujuk kepada NFC.

SPRM sebelum ini berkata mereka akan membuka semula siasatan kes rasuah melibatkan Azmin. sekiranya bukti-bukti sahih dan kukuh sudah berada di tangan mereka.

Barisan Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM juga mengeluarkan arahan supaya siasatan kes rasuah Azmin diteliti semula.

Pengerusi PPO, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan semula kes berat itu akan dilakukan dan memerlukan masa yang panjang untuk mengumpulkan segala bukti kerana maklumat berhubung kes rasuah itu masih tidak lengkap sebelum ini.

“Pada tahun 1999 kes Azmin telah dibuka semula kerana ada maklumat baru diberikan kepada SPRM.

“Namun pada masa itu, maklumat yang diberikan tak lengkap dan perlu ditambah. Sekiranya terdapat maklumat dan dokumen-dokumen yang sahih, maka kita akan siasat Azmin. Kes itu juga akan dipanjangkan,” kata Hadenan.

Hadenan mengatakan sesiapa sahaja yang bersengkongkol akan turut dipanggil dan disoal siasat termasuklah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Senang untuk saya katakan, secara umum dan konsisten, mana-mana pihak yang berkaitan akan tetap juga dipanggil dan perlu memberikan keterangan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan pemilik portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendedahkan Azmin terlibat dengan kes rasuah yang melibatkan nilai wang jutaan ringgit 17 tahun lalu.

Raja Petra memaklumkan semua dokumen yang diterimanya itu diperolehi daripada seorang bekas pegawai SPRM yang menyerahkan dokumen sulit tersebut di bawah Akta Rahsia Rasmi di London bulan lalu.


Bagaimanapun, kes rasuah Azmin itu jelasnya tidak disiasat kerana Anwar ketika itu yang merupakan  Menteri Kewangan mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak mengambil tindakan lanjut ke atas Azmin meski pun mempunyai bukti kukuh yang membolehkan Azmin didakwa.

Hadenan juga berkata, SPRM juga akan turut memanggil bekas Ketua Pengarah BPR, Shafee Yahaya untuk memberi keterangan, manakala pegawai penyiasat kes tersebut telah meninggal dunia.Tmi
p/s: Siapa tak kenal maka takkan bercinta dgn SPRM. duk bawah suruhanjaya sesaja berlakon jer. hakikatnya semua duk jadi barua umnuuuuuuuuu, weh tak kira sapo nak siasat silakan pegawai pemimpin PR atau BN silakkan tapi jangan jadi barua UMNO, rakyat dah meluat dgn anjing2 barisan Nasional neh.
Kalau pengadil perlawanan berat sebelah pandai pulak mengamuk kata pengadio bodo rasuah atau bagai. ptuihhh melayu utan.
Gua bukan penjilat KEADILAN atau PR malah jauh sekali nak cium mulut dgn umno. tapi yang benar tetap benar yang salah dakwa , tak kira mu saper bodo...!!!

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER