Powered by Blogger.

Ketua Wanita MCA Melaka support bersih, tapi pemuda umno?

>> Monday, 21 May 2012


Dimana akal waras pemuda2 umno?


Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Har, yang ditegur Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 di Melaka pada 28 April lalu, bertegas bahawa parti itu mesti bangun menentang sebarang salah laku BN.

"Pada masa ini, kita tidak boleh bersikap neutral. Kita perlu membuat pilihan antara yang benar dan yang salah.

"Parti mungkin ada pendiriannya sendiri, tetapi kita mesti memihak
kepada keadilan. Kita tidak boleh mengikut secara membuta tuli jika BN atau MCA melakukan sesuatu yang salah.

"Jika anda berfikir ada sesuatu yang tidak kena, maka kita mesti menyuarakannya. Betul tetap betul, salah tetap salah, dan kita tidak perlu takut (untuk bersuara)," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini di pejabatnya di Melaka minggu lalu.

Sebagai contoh, kata senator yang berusia 73 tahun itu, ialah pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mengetuai panel bebas untuk menyiasat keganasan di perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur.

Dalam nada kecewa, Kian berkata: "Sudah pasti pembangkang akan menuduh kita tidak adil. Bagi saya pun, Hanif tidak sesuai.

"Selepas berkata BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan, bagaimana anda boleh memintanya menganggotai panel tersebut?

"Kami (di perhimpunan BERSIH) tidak pernah terfikir untuk menjatuhkan kerajaan semasa protes," kata Kian.

p/s:kahkahkah berita wajib disebarkan biar anak muda yang masih menyokong umno terbuka akal, kalau pemimpin tertinggi MCA komponen BN boleh support bersih dimana maruah kamu wahai ahli umno yang menyokong BN membabi buta har?

Aku kalau sembang bab cina suka bebenor, sebab ramai ahli umno mengamuk kalau bercakap pasal cina tambah2 kita melayu ni puji sikap cina, yang buruk jgn tiru beb.

kalau soal politik cina boleh bangkit petanda mampuslah umno pasni. secara teorinya, cina kalau tak ambil port pasal politik diorang memang dah kaya raya, senang lenang dgn bisness masing2 diorang. "arghhh apa nak sibuk2 pasal politik kita kan kontrol ekonomi malaysia. apa nak pening2 turun ke jalan utk BERsIH?"<--- dah nampak? masih blur? ermmmm saper suruh sokong umno, banyak sangat tgk tv3 al musyrikin ni.

beb cina dah bangkit beb, berbeza 10 tahun lepas dimana cina ambil sikap silent tapi sokong BN, tapi masa mahathir sudah berlalu. bila sebut cina sah pembangkang.

hahahahha cina yang kaya raya kontrol ekonomi boleh sokong PR tapi kamu umno naik honda cup 70cc sokong umno, ermmmm baik jadi mesin nyor hidup pun nyusoh katku. sini

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER