Powered by Blogger.

Baju Bersih 3.0 dikoyak orang gila dalam masjid

>> Monday, 21 May 2012

Semestinya orang gila buat kerja gila



NILAI: Berang dengan tindakan seorang jemaah yang memakai baju Bersih 3.0, seorang siak di sebuah masjid di Kampung Jijan di sini didakwa bertindak menyentap baju pemuda tersebut hingga koyak.


Kejadian berlaku malam tadi ketika pemuda terbabit sedang bersalam-salaman dengan jemaah lain sejurus selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid Masjid Saidina Abu Bakar di sini.


"Tiba-tiba tok siak tersebut telah meluru kepada pemuda yang memakai baju Bersih dan menyentap bajunya dari belakang sehingga terkoyak.


"Jemaah yang lain  menegur beliau supaya menghormati masjid tetapi dia buat tak peduli," cerita seorang saksi yang mengirim emel kepada Harakahdaily.


Menurut saksi itu lagi, kejadian semalam merupakan kemuncak kepada kemarahan siak tersebut yang sebelum ini pernah menghalau pemuda sama dari bersolat di masjid berkenaan gara-gara memakai baju Bersih itu.


Kejadian kali pertama itu didakwa berlaku pada 14 April lalu iaitu sebelum himpunan besar-besaran Duduk Bantah Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April.


Ketika itu pemuda dengan berbaju Bersih itu hadir dan bersiap sedia untuk solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.


Namun tidak semena-mena, siak tersebut meninggikan suara dan menghalau keluar pemuda tersebut dan tidak membenarkan beliau bersolat jemaah di masjid berkenaan.


"Ahli-ahli jemaah yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain dan mengeleng-ngelengkan kepala. 


"Sebelum ini, siak tersebut sangat disenangi dan disegani oleh para jemaah kerana komitmen yang ditunjukkan dalam menyelenggarakan hal-hal masjid sangat baik, tetapi kesan daripada kejadian tersebut kepercayaan kepada beliau tergugat," kata saksi itu lagi.


Lantas saksi itu menimbulkan persoalan termasuk adakah siak tersebut menerima arahan supaya tidak membenarkan orang memakai baju Bersih bersembahyang di masjid tersebut.



Atau juga siak tersebut mendapat mendapat 'fatwa' yang menyatakan memakai baju Bersih tidak sah sembahyang di masjid.
p/s:
Jangan jadi tok siak lah kalu bodoh macam supik. kalu kata bodo maroh perut masuk angin. kalu otak mu waras takkan mu fobia dgn kaler kuning? jadi tok siak sangat bodo macam lipar jepung tow 
Bhai kalau orang waras dia takkan buat kerja2 orang gila di luar kewarasan otaknya yang berakal,orang gila mana ada akal. ini bukan kerana terpedaya dgn tv3 utusan meloya malah ditelannya tv3 dan akhbar utusan buat lauk pauk setiap kali makan nasi. sini

3 comments:

samhakim Monday, May 21, 2012  

Sekadar lakonan utk hiburkan diri selepas keletihan berdemontrasi......

Anonymous,  Wednesday, May 23, 2012  

Astagfirullah... bukannya dia tak tutip aurat atau pakai baju lambang salib pun

Anonymous,  Thursday, May 24, 2012  

Tok siak karat UMNO sampai ke buah pinggang.

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER