Powered by Blogger.

Tok Guru Nik Aziz Akan saman si penumbuk mata Anwar

>> Thursday 17 May 2012


Aku ingatkan lepas tumbuk Anwar Ibrahim pergi lah merantau2 mana-mana tempat bertaubat, rupa-rupanya Si Rahim ni bertapa nak mengeluarkan  fatwa Nik aziz kafir



KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka memfail saman tidak lama lagi terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor ekoran kegagalan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai 'bapa kafir'.


Semalam Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pas Kelantan memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan.


Pengerusi lajnah terbabit, Hisham Fauzi berkata, selepas peluang yang diberi untuk menarik balik kenyataan dan memohon maaf tidak dimanfaatkan, maka tindakan mahkamah perlu diambil.


"Tindakan saman juga akan dikenakan terhadap NST yang menyiarkan kenyataan bekas Ketua Polis Negara terbabit kerana belum melakukan pembetulan.


"Saman itu dibuat atas nama Menteri Besar sendiri. Kita juga sudah berbincang dengan pasukan peguam Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia Pas Pusat," katanya di sini.


Bekas Ketua Polis Negara itu dalam kenyataan seperti dilapor sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam melabelkan Menteri Besar Kelantan itu sebagai 'bapa kafir' kerana dianggap mengelirukan umat Islam berhubung kenyataan wajib menyokong Bersih 3.0.


Sebelum itu Nik Abdul Aziz meminta rakyat keluar beramai-ramai pada himpunan Duduk Bantah pada 28 April lalu sebagai membantah ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan.


Hisham berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan undang-undang ekoran peluang diberi semalam tidak dimanfaat sepenuhnya Rahim.


Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Pemuda Pas Tanah Merah membuat laporan polis terhadap bekas Ketua Polis Negara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah hari ini.


                                                    Firaun mengkafirkan nabi musa

Laporan berkenaan dibuat Mohd Darulhisham Kamaludin mewakili Pemuda Pas Tanah Merah.


Hampir 100 pemuda Pas Tanah dan AMK hadir bagi memberi sokongan. Turut hadir Anggota Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani.


Petang semalam laporan serupa dibuat Pemuda Pas Pasir Puteh.


Sementara itu Pemuda Pas Negeri Kelantan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Rahim dan menyifatkan bekas ketua polis itu seperti hilang kewarasan dan pertimbangan akal.


Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, sindrom hilang akal dan kewarasan seperti itu bukan perkara baru kerana Rahim pernah disabitkan kesalahan kerana menumbuk Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa bekas timbalan perdana menteri itu ditahan pada 1998.

3 comments:

Anonymous,  Thursday, May 17, 2012  

KALUT JUGA YA PUAK PAS BILA ORANG KATA BEGITU. CACI MAKI YANG JUAK-JUAK PENYOKONG PAS LAKUKAN KEPADA MANA2 ORANG YANG DIA TAK SUKA, TAK APA PULA. NAMPAK SANGAT TIADA KEWARASAN DALAM BUAT PERTIMBANGAN

Anonymous,  Thursday, May 17, 2012  

Kalut tak kalut, mu hak mu, kami hak kami,jangan sama puak mu yang banggang bdengan puak aku..k

Anonymous,  Friday, May 18, 2012  

mcm mane pulak yg ahli pas dok mengkafirkn umno???betul jgk ka..??

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER