Powered by Blogger.

ORANG KAMPUNG HULU MISKIN,PENYELAMAT NEGARA

>> Wednesday 7 April 2010

note:-
kehkehkeh...di bagi otak letak kat lutut...dah ustaz mengajar bab akidah dikata ustaz tu sesat...bila berceramah tentang isu semasa,di kata pembangkang ni asyik duk kata kat orang...bukan ke namanya bodoh,banggang tu...sudah lah miskin ,ketinggalan harus pembangunan,kemodenan pulak tu...bila mengadap lebai rtm yang sesat itu lah kitab yang di tadah siang sampai kemalam...berjayanya umno menyesatkan rakyat,membodohkan,membingaikan rakyat...dan berjayanya kepala bana rakyat di doktrin kan oleh haji utusan bin hairan...baru senang beb time undi kita bagi baja cap dacing,atap zink,mangkuk jamban...itu lah maruah rakyat yang di hina oleh umno barisan nasi ayam...mahal lembu bhai dari orang...kehkehkeh


kehkehkeh...ini buka hulu selangor tau...ini di pekan...kehkehkeh

KUALA LUMPUR : Sekelompok rakyat luar bandar Selangor telah diabaikan hak untuk mendapatkan tahap kehidupan dan kesihatan yang sempurna sejak sekian lama di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Itu adalah antara suara kekesalan yang dilahirkan  Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar semasa program Turun Padang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ke Sekolah Kebangsaan Cina (SKC) Bernam Seksyen, Hulu Bernam di daerah Hulu Selangor.

Dr. Xavier menegaskan kerajaan negeri akan terus memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk luar bandar.

Beliau juga akan berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah untuk menyediakan klinik kesihatan bergerak  ke kawasan tersebut.

Pada program turun padang tersebut, Persatuan Badan Bertindak Bencana Alam Selangor (EHSAN) dengan kerjasama NGO kemanusian, INSAF Humanitarian Relief telah menyediakan sebuah khemah kesihatan dengan 5 orang doktor dan jururawat sukarelawan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan. 

Aktivis Wanita Keadilan yang juga Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Dr. Doroyah Alwi,  turut menyumbang tenaga memberikan khidmat pemeriksaan pergigian di dalam bas bergerak ‘Mobile Dental Clinic’.

Selain itu, Dr. Xavier Jayakumar bersama Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari turut meluangkan masa untuk meninjau perkhidmatan kesihatan yang disediakan.

Sebanyak RM10,000 telah disediakan oleh kerajaan Negeri bagi penyediaan ubat-ubatan dalam khemah kesihatan tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER