Powered by Blogger.

BAGUSNYA WA BEKERJA

>> Tuesday, 6 April 2010

note:
kehkehkeh...polis bekerja untu umno sejak bila...polis bekerja untu parti korup ni tahun bila...bila masa pula pr bermusuh dengan polis ...yang wa tahu dari dulu lagi polis memusuhi pr...siap kena ISA lagi...woit musa banggang lu pergi lah siasat najib ...lu pergi la tangkap rosmah...sekeluarga menjadi saksi banyak kes dalam negara...ooo undang2 baru membuat pertuduhan sahaja kena siasat yang kena tuduh selamat dari siasatan...inilah undang2 kejahatan umno dulu dan kini...patutlah lebih dua juta rakyat malaysia keluar negara bermaustatin...geram dengan undang2 umno dan pemimpin yang diktator...kehkehkeh



KUALA LUMPUR, 6 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaannya ada ejen Israel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dedahkanlah bukti tentang perkara terbabit, supaya senang kami buat siasatan sebab kita tidak  boleh melakukan sesuatu penyiasatan tanpa sebarang bukti atau maklumat,” katanya ketika dihubungi Bernama, disini hari ini.

Musa yang enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut berkata,  polis akan membuka kertas siasatan sebaik sahaja mendapat maklumat lengkap daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Adalah penting untuk kita mendapat segala maklumat terlebih dahulu sebelum kertas siasatan dibuka, kalau tidak macam mana kami nak siasat,” katanya.

Anwar semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat, di sini hari ini mendakwa antara lain pembabitan ejen Isreal itu adalah menerusi sebuah syarikat yang diberi subkontrak untuk menaiktaraf system komunikasi PDRM.

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER