Powered by Blogger.

KENA BOM LAGI BOHHHHHHH

>> Wednesday, 24 March 2010

note:-
kehkehkeh...ini mesti kerja budak2 israel...ini mesti kerja anti islam...ini mesti kerja puak munafiq...ini mesti kerja budak-budak toghutttttt...kahkahkah lu teka lah saper raja munafiq kat mesia...kahkahkah



SEREMBAN 24 MAC: Rumah ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBad, di sini, menjadi sasaran serangan bom petrol awal pagi ini dipercayai perbuatan bermotifkan politik.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak mengakibatkan kerosakan teruk kecuali kesan kebakaran di lantai dan dinding luar rumah teresnya yang terletak di Taman Chedang, Seremban.

Ketua Cabang PKR Rembau itu menyedari rumahnya dibaling dengan bom petrol kira-kira 1.30 pagi.

“Kira-kira 1.30 pagi tadi saya terdengar bunyi kaca pecah dan apabila saya dari keluar rumah, saya nampak api di luar rumah dan secara kebetulan jiran saya menggunakan air dari paip luar rumah untuk memadamkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi Malaysian Insider awal pagi.

Turut berada di rumah ketika kejadian ialah isteri dan dua anaknya.

Ini kali pertama rumahnya dibaling dengan bom petrol, kata beliau.

Keretanya juga mengalami kesan kebakaran tetapi tidak rosak teruk.

“Saya tidak pasti apa punca tindakan pihak yang membaling bom petrol ke atas rumah saya kecuali saya percaya ini dilakukan oleh musuh-musuh politik saya,” kata beliau yang lazimnya lantang menyuarakan isu berkaitan kepimpinan peringkat negeri dan juga pusat.

Bekas calon pilihan raya umum ke-12 bagi kerusi Parlimen Rembau ini membuat laporan polis kira-kira 3 pagi tadi.

“Berdasarkan maklumat diberikan jiran saya, mereka ada lihat dua orang yang menaiki motosikal membaling bom petrol ini,” katanya.

2 comments:

Pak Oncu Wednesday, March 24, 2010  

jgn jgn kerja kerja org dalam,,, ingin mencari publisiti murahan !!!!

checkmate Wednesday, March 24, 2010  

org dalam bakar roti la woi..lg kenyang

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER