Powered by Blogger.

AKU KATA DAH MAMAT PARLIMEN NI POWER...!!!

>> Wednesday 24 March 2010

note:-
kehkehekeh...terduduk kemaman,dungun,besut,setiu dan hulu ganung...wah orang ganung paling suka kalau kereta lipan bara bawa masuk ke bumi mereka...cilaka lu mp umno  ganung...apa lu buat dalam itu parlimen...korek hidung ka...lu makan elaun buta ka...lu gentel telur ka layan cik azalina...wa caya la sama lu wahid...kehkehkeh mat said lu hantam ini kan bijantuya...peteh najib peteh...wa sudah melalut ma...kahkahkah

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahi Endut telah membawa hasrat kumpulan para peniaga Terengganu supaya beliau dapat menyampaikan kepada kerajaan Persekutuan, peri pentingnya perkhidmatan keretapi di negeri Terengganu.

Saranan tersebut telah disampaikan kepada Wahid dalam program Dailog Bersama Dewan Perhimpunan Cina beberapa minggu dua minggu lalu.

Justeru, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata Kajian mengenai kemungkinan untuk mengadakan perkhidmatan rel ke Pantai Timur yang dilaksanakan kerajaan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dijangka siap hujung tahun ini.

Katanya, secara umum, ECERDC mengenal pasti laluan landasan kereta api dari Lembah Klang ke Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kuala Terengganu, Besut iaitu hampir semua bandar besar di Terengganu dan seterusnya ke Pasir Putih, Kota Baharu hingga ke Tumpat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut di Parlimen semalam.

Wahid ingin tahu adakah kerajaan berhasrat untuk mengadakan rangkaian perkhidmatan kereta api sehingga ke Terengganu pada masa akan datang sebagai tambahan kepada perhubungan dan pengangkutan yang sedia ada bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi serta menambah baik sistem pengangkutan di Terengganu.

"Pertimbangan seterusnya adalah tertakluk kepada rumusan dan syor kajian berkenaan kelak," katanya

Bernama memetik Abdul Rahim berkata, hasil kajian itu akan membolehkan kerajaan menentukan larasan landasan serta bentuk perkhidmatan kereta api yang akan dilaksanakan di Pantai Timur kelak.

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER