POLIS BUKANYA BODOH TAPI TAK CERDIK
>> Sunday, 7 February 2010
Tangkap peguam: OCPD hadapi siasatan awam Suhakam
OCPD PUN BENGAP APATAH LAGI KOPERAL YANG BINGAI
KUALA LUMPUR, 7 Feb: Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid terpaksa hadir di kandang siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini kerana menahan lokap lima peguam muda yang sedang melaksanakan tanggungjawab masing-masing pada 7 Mei tahun lepas.
Mereka terbabit ditangkap ekoran bersikap tegas mahu bertemu kesemua 14 peserta demonstrasi yang ditangkap polis sebelum itu kerana berhimpun secara aman di pekarangan Balai Polis Brickfields sebagai membantah penangkapan seorang penulis blog, Wong Chin Huat.
Di hadapan ketiga-tiga Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Dr. Michael Yeoh dan Datuk Dr. Denison Jayasooria, Abdul Bari dalam suara yang tidak bermaya mengaku tidak tahu bahawa wujudnya Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenazah yang membenarkan setiap mereka yang ditangkap untuk mendapat khidmat peguam.
Abdul Bari juga mengaku tidak bertanggungjawab atas penangkapan Puspawati Rosman, Fadiah Nadwa Fakri, Murnie Hidayah Anuar, Syuhaini Safwan dan Ravinda Singh Dalliwal.
Puspawati yang ditemui di luar kamar siasatan awam berkata, mereka ditangkap walaupun masing-masing mengaku sebagai peguam dan berniat untuk bertemu anak guaman masing-masing.
"Mereka (polis) menyuruh kami beredar, memang kami beritahu kami peguam, tetapi mereka tetap tangkap kami," jelasnya.
Beliau yang juga angota Biro Bantuan Guaman, Majlis Peguam Malaysia turut menjelaskan bahawa ketua kepada Abdul Bari, DSP Judy Blacious Pereira bertanggungjawab menyampaikan kenyataan palsu bahawa 14 pesrta demonstrasi yang ditangkap enggan bertemu peguam-peguam terbabit.
"Judy Blacious Pereira yang beritahu mereka (anak guam) tolak khidmat guaman kami," jelasnya.
"Tapi, dia tidak menunjukkan borang 28A yang ditandatangani oleh mereka, apabila kami minta."
Menurut Murni pula, Majlis Peguam pasca mesyuarat agung luar biasa (EGM) lalu bersedia membawa kes tersebut ke mahkamah, selepas selesai siasatan awam Suhakam itu.
Tambahnya, Majlis Peguam turut memandang serius insiden tersebut kerana kes sedemikian merupakan rekod hitam pertama dalam sejarah guaman tanah air.
Ekoran itu, Majlis Peguam menyediakan tiga peguam kanan untuk mewakili kelima-lima mereka di mahkamah kelak sebagai mengambil tanggungjawab bersama.
Beliau turut menjelaskan, siasatan awam Suhakam akan diteruskan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada jam 8 malam esok.
note:
kahkahkah...gaji naik pun bodoh lagi...ingatkan polis cerdik undang2..rupa2nya kerja hanya semata2 membuncitkan perut...kahkahkah akibat kebodohan mu jadi ayam lah dalam kandang saksi mahkamah umno...!!!
1 comments:
bereh..
Post a Comment