Powered by Blogger.

MANA UG,MANA ERDOGAN-SILA BACA

>> Saturday 13 February 2010

Tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Guru Nik Aziz’ – Presiden PAS


SAYANGILAH TOK GURUKU


MARANG – Tidak ada percanggahan diantara Presiden PAS, dengan Mursyidul Am, dan tidak ada pemisahan antara agama dengan cara hidup dalam Islam.

Demikian kata Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengulas isu perbincangan antara PAS-Umno yang kini ‘timbul kembali’. 


”Apa sahaja masalah dalam dunia ada kaitan dengan agama. Di mana, Tuan Guru Nik Aziz bercakap dalam konteks ‘ad-deen’ (agama dengan cara yang menyeluruh) dan saya mungkin menyentuh aspek-aspek tertentu. Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Guru Nik Aziz,”jelasnya dalam satu wawancara khas yang diadakan di kediamannya, di Rusila, semalam.


Menurutnya, apa yang disebut oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz ialah tentang surat yang dihantar kepada Perdana Menteri.

”Surat itu menyatakan PAS sedia berbincang dengan Umno dalam aspek Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini sebagai satu penyelesaian cara hidup bagi negara kita,

”setelah kita melihat kegagalan-kegagalan yang dialami dalam negara kita talu-bertalu-talu,”ujarnya.

Beliau berkata, antara masalah yang dihadapi oleh Negara adalah masalah politik yang belum selesai dan masalah ekonomi serta sosial yang semakin parah

Katanya, Umno sepatutnya mencari penyelesaiannya dan PAS bersedia mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian secara Islam.

”Dalam hal ini, kita mengambil sikap yang terbuka dan boleh berbincang dengan semua pihak termasuk dengan kerajaan,”katanya.

Beliau berkata PAS pernah melibatkan diri dengan forum Islam, bukan sahaja melalui Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun), bahkan, PAS pernah menyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen).

Katanya, PAS pernah menyertai apa sahaja forum secara khusus yang diatur oleh kerajaan.

”Termasuklah yang terkini dalam isu kalimah Allah. Di mana, PAS telah menghantar wakil dalam perbincangan dengan IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia),

”dan kita mengemukakan pandangan kita sebagaimana dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama’-ulama’ dalam kitab yang banyak yang dikarang oleh mereka,”katanya.
buletinonline 

note:-
kahkahkah... yang kaki menyalak itu perpaduan ini erdogan mana...korang dah kena check mate...kahkahkah samdul...woi kaki munafik dalam jemaah pergilah pulang kepangkuan umno...kepulangan mu di nanti2 bagai dacing jatuh berdebok...kahkahkah

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER