LAGI BERITA BARU TENTANG LIWAT
>> Saturday, 6 February 2010
Bayi lelaki lima bulan mati dipercayai didera, diliwat
PETALING JAYA 6 Feb. – Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mati dipercayai akibat didera dan diliwat.
Sehubungan itu, sepasang suami isteri ditahan di tanah perkuburan Islam di Sungai Buloh sebaik selepas pengkebumian bayi pertama mereka itu Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.
Beliau berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh pasangan yang masing-masing berusia 33 dan 19 tahun itu pada malam 31 Januari lalu kerana mendakwa bayi mereka tidak sihat.
"Menurut ibu bayi itu, anaknya masih hidup ketika mereka tiba di hospital tetapi doktor yang memeriksanya mengesahkan bayi itu telah mati.
"Bedah siasat dijalankan sejurus selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis polis bersama masyarakat di Subang Perdana di sini, hari ini.
Beliau berkata, ibu berusia 19 tahun itu membuat laporan polis mengenai kematian bayinya di bit polis Hospital Sungai Buloh.
Arjunaidi berkata, siasatan lanjut polis mendapati bayi itu mempunyai kesan luka di seluruh badan dan dia turut diliwat.
Pasangan dari Sungai Buloh itu direman sehingga 12 Februari. –UTUSAN LOTA
note:-
ini semua hal media yang tak bertanggungjawab macam tv1,2,3 melaporkn kes liwat anwar yang melampau...menyebut perkataan yang tak bertapis seperti memasukkan kedalam dubur...ini semua kerja banggang...ini semua sengaja memalukan si tertuduh...tengoklah dunia akibat kesan media yang tak bertanggungjawab...lagi pun kes anwar belum tentu si tertuduh bersalah...melaporkn berita seolah-olah kawan tu dah bersalah...akibat kesanya seorang bayi menjadi mangsa hasil didikan media haram jaddah...boikot media kera jaan adalah salah satu menunjukkan kita protes tindakan beliau yang melampau...stupid lu rtm,tv 3 suku...!!!
2 comments:
heran tak bro...hospital tu sekejap je boleh kata bayi tu kena liwat..isyy aku nak cakap cam ni pun dah tak sanggup baru 5 bulan budak.tu...ini kan pula kes saiful bukhari..dah bertahun dah...doktor kata tak de tembusan...cammana la boleh masuk mahkamah..
astaghfirullah al azim...
TAHNIAH DIUCAPKAN diucapkan kepada media kerajaan..propaganda mu terbukti berjaya
Post a Comment