KERAJAAN PERPADUAN DICEMUH DATANG PULAK HENDAK BINCANG
>> Saturday, 6 February 2010
Nik Aziz Perjelas Kenyataan Pelawa Umno Berbincang Dengan PAS
SELAMATKAN DUA TOKGURU
KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan kenyataannya mempelawa Umno untuk duduk semeja berbincang dengan PAS, adalah semata-mata untuk menyelesaikan isu agama Islam yang diperjuangkan parti pembangkang itu.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, perkara berkenaan bukannya baru dan pernah disarankan sejak berpuluh tahun lalu.
"Dalam perbincangan itu, kita menumpukan kepada dua perkara utama saja, iaitu kenapa Umno tidak boleh terima Islam sebagai dasar parti itu, dan apakah salahnya Islam yang diperjuangkan oleh PAS," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau tidak mahu ada pihak yang menyalahtafsirkan pelawaannya hingga menimbulkan salah faham di kalangan pimpinan Umno dan PAS sendiri.
"Saya memang nak berunding atau bermuzakarah lama dah, malah surat yang saya hantar (untuk tujuan itu) kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)tiga bulan lepas, belum terjawab," katanya.
PAS sebelum ini pernah dilanda polemik apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan disokong beberapa pimpinan tertinggi parti itu, termasuk Timbalannya, Nasarudin Mat Isa dan Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali, menyarankan untuk bekerjasama dengan Umno ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan di negara ini.
Tindakan pemimpin itu dikecam hebat oleh Nik Aziz yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan menyarankan supaya diadakan muktamar agung khas bagi menjernihkan kemelut dalaman PAS.
Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada beberapa pemimpin Umno yang menyambut baik pelawaannya dan rata-rata menyifatkan sebagai perkembangan positif.BERNAMA

note:-
kahkahkah...mana pro erdogan...mana pro EGM...mana pro nik aziz...kenapa kamu diam dalam isu ini...kenapa teloq dah masuk dalam ka...takut kerna sergah dengan tok guru ker...kahkahkah...ni perjuangan publisiti ke...dulu hampa hentam pemimpin kamu yang hendak melaksanakan UG,kamu kutuk hj hadi nak masuk umno...kata geng2 terengganu nak masuk umno...apa lagi korang tak kata...siapa dalang atau penasihat TGNA supaya melaksanakan EGM...lu pikir lah...mai sini nak kabor...hubungan antara cikgu pa (mustafa ali) dengan anwar ibrahim kurang baik...malah beliau cikgu pa turut di hentam juga oleh TGNA...lu ingat isu 16 september macamana cigu pa di hentam di cemuh...mana yang anwar tentang mesti disambut baik atau di sokong oleh TGNA...dan akhirnya benar kata2 cigu pa...ok lah tu nak islam kan umno itu patut di sokong...bagi yang cepat melenting pakai lah otak,berprasangka baikla sesama jemaah...dan lu kaji lah dan siasatlah siapa kaki jolok TGNA...siapa meracuni TGNA...siapa siapa siapa...menhalang kerja haji tok guru...lu tanya la kicdeffela...kahkahkah...walhasial manik urai sebenarnya telah tumbang ke umno...kahkahkah..akibat pemimpin kamu yang angkuh
2 comments:
pening aku nak faham cerita ni.. hmmmm
mesti tulang besi, perisik rakyat, greenboc, albakistani spin berita ni, ada lah yang kena spin nanti. Tulang besi mesti cari kembali kitab masteeka hadith yang ayah dia pakai utk buat usrah sebelum geng terengganu rombak teks usrah
Post a Comment